Wednesday, January 22, 2020

Dalat Datanla Pt 1 - Pemandu dan Restoran Halal

Dalat merupakan destinasi terbaru Airasia di Vietnam yang memulakan operasinya pada 20 Disember 2019. Sempena pelancarannya kami berjaya mendapat harga RM300 lebih untuk penerbangan pergi balik. Agak berbaloi. Beli tiket untuk enam orang tapi hanya bertiga saja yang dapat ke sana. Airasia merupakan syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang terbang ke sini.

Lapangan terbangnya agak lengang. Dari airport kami ambil teksi yang bermeter, jadi tak payah nak nego bagai. Tambangnya VND350K. Penginapan kami terletak di District 1 iaitu berhampiran kawasan pasar malam.

 Dalat Datanla. Jadi apa tunggu lagi silalah datang ke Dalat.

Friday, January 10, 2020

Gold Coast, Queensland Pt 4 - Brisbane

Pagi ini kami nak bergerak ke Brisbane. Trip touch n go saja sebab petangnya nak mencari sedikit souvenirs sebelum balik pada esok paginya. Agak awal kami keluar untuk mengejar masa. Untuk ke Brisbane dari Gold Coast agak mudah sekarang ni kerana perhentian terakhir tram GC adalah di Helensvale. Dari situ terus boleh ambil kereta api separuh ekspres untuk ke Brisbane. Kereta api ini hanya berhenti di stesyen utama saja. Perjalanan mengambil masa lebih satu jam. Kami berhenti di stesyen South Brisbane.

 Brisbane Southbank Parkland.