Sunday, April 26, 2015

Surabaya > Bromo Pt 4 - Sunrise di Penanjakan

Seawal jam empat pagi kami dah keluar. Di sini, melihat sunrise adalah salah satu aktiviti yang tidak boleh dilepaskan. Suhu pagi itu sangatlah sejuk. Nasib baik ada orang yang menjual barang-barang yang boleh dijadikan penebat badan. Memang tidak menyangka suhu sesejuk itu pada waktu pagi di sana. Belilah juga sarung tangan yang berharga Rp10K sepasang. Agak murah.

Lainlah ada orang tu yang balik bercuti dari musim sejuk ekstrem di luar negara dan terus ke sana. Katanya biasa-biasa saja sejuknya. 

Sebelum tu nak beritahu bayaran masuk ke Taman Nasional Bromo Tengger Semeru ialah Rp267K untuk seorang. Elakkan datang ke sini pada waktu cuti kerana bayaran masuknya adalah hampir dua kali ganda. Sementara bayaran untuk sebuah jeep dan naik kuda untuk tiga orang ialah Rp165K.

Bagi yang nak bersolat ada di sediakan sebuah wakaf di Penanjakan. Sebaiknya siap berwuduk sekali sebelum keluar dari hotel.

Jeep yang digunakan untuk ke Penanjakan.

Tuesday, April 21, 2015

Surabaya > Bromo Pt 3 - Sekitar kota Malang dan Batu

Selepas sarapan pagi yang tak berapa memuaskan, kami terus check out. Alhamdulillah cuaca pagi ini sangat cerah. Hari ini pak supir akan bawa kami ke kota wisata Batu. Di kawasan kota Batu udaranya agak nyaman kerana terletak di kawasan tanah tinggi. Di sini juga terdapat banyak taman tema dan tarikan lainnya. Antaranya ialah Jatim Park 1, Jatim Park 2, Batu Night Spectacular, Muzium Angkut, Pasar Apung, Zoo dan pusat pelancungan agro.

Dari yang banyak-banyak tu kami cuma masuk ke Kusuma Agrowisata saja. Yang lain-lainnya kami buat lintas hormat saja. Tapi kalau bawa anak-anak tempat ini memang agak sesuai untuk dilawati. Sebelumnya kami bercadang untuk masuk ke muzium angkut tapi bila nampak terlalu ramai warga tempatan yang berbaris nak masuk, terpaksa kami batalkan.

Bahagian hadapan Hotel Sahid Montana Dua, Kota Malang.

Tuesday, April 14, 2015

Surabaya > Bromo Pt 2 - Surabaya ke Malang

Pagi itu sebelum meneruskan perjalanan ke Malang, supir bawa kami meronda lagi ke beberapa tempat tarikan di sekitar kota Surabaya. Tempat pertama yang di singgahi ialah muzium rokok. Waktu masih agak awal jadi muzium pun masih belum dibuka. Kami semua memang tak berapa minat nak melawat apa-apa muzium pun. Kebetulan kami semuanya bukan perokok. Jadi kami cuma ambil foto di sekitar kawasan muzium ini saja.

Sampoerna - antara jenama rokok yang terkenal di Indonesia.

Wednesday, April 8, 2015

Surabaya > Bromo Pt 1 - Sekitar Surabaya

Trip Surabaya dan Bromo ini dirancang lebih kurang sebulan sebelum berlepas. Memang malas sangat nak buat research. Lebih-lebih lagi masa tu kena juga buat persediaan untuk trip ke Guangzhou. Jadi soal itinerary kami serahkan kepada pak supir untuk menguruskannya.

Lepas tu rasa macam panjang sangat tempoh di sana padahal tujuan utama kami cuma untuk bersiar sekitar Surabaya dan Bromo saja.

Dari empat orang yang nak pergi pada mulanya cuma tinggal tiga saja yang jadi pergi. Jadi kami pakat untuk ambil satu bilik saja dengan katil tambahan.
 
Rakan-rakan untuk trip kali ini.