Hari kedua pada sebelah pagi kami bercadang nak pergi meninjau ke Disneyland Resorts. Kami tak bercadang untuk masuk kerana bukan nak main-main apa-apa games pun kat dalam tu. Lainlah kalau anak-anak ikut sama. Lagipun suatu ketika dulu pernah masuk ke Disneyland Tokyo, jadi taklah teruja sangat.
Kompleks Disneyland Resorts ini terletak di Pulau Lantau iaitu pulau yang sama terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong di Chek Lap Kok.
Dari Tsim Sha Tsui kami mengambil train hingga ke Lai King, kemudian tukar line ke Sunny Bay. Dari Sunny Bay train khusus untuk ke Disneyland ada disediakan yang hanya mempunyai satu stesyen. Waktu ini masih agak awal. Train hanya dipenuhi oleh pekerja-pekerja Disneyland dan beberapa orang pelawat termasuk kami. Resorts ini hanya dibuka pada jam 9.30 pagi.
Train ke Disneyland yang menarik dengan tingkapnya di bentuk seperti kepala Mickey Mouse. Susunan dan bentuk bangku di dalamnya juga tidak seperti train biasa di mana ianya di buat seakan sofa berbanding train biasa yang dibuat dari keluli atau plastik.
Pintu gerbang yang menyambut kedatangan pelawat-pelawat ke Disneyland. Jarak antara pintu gerbang ini dengan pintu masuk utama kira-kira tiga ratus meter.
Pancuran air berhampiran pintu masuk utama
Taman di sepanjang laluan menuju ke jeti
Jeti ini terletak berhampiran resorts. Ianya kelihatan baru dan seakan masih belum digunakan. Di jeti ini ramai pemancing mengambil kesempatan untuk memancing kerana airnya yang agak dalam.
Karakter-karakter popular Disney di abadikan di tiang-tiang lampu di sepanjang jalan menuju ke pintu utama dan ke arah jeti. Sementara patung Mickey Mouse dan Donald Duck menjadi hiasan di dalam train.
Hotel yang terdapat di dalam kawasan resorts
Pemandangan di dalam kawasan resorts iaitu selepas pintu masuk utama.
Kami menghabiskan masa di sini hampir dua jam sebelum pulang semula ke Tsim Sha Tsui dan seterusnya bercadang untuk ke The Peak di Pulau Hong Kong pada sebelah petangnya.
salam mie...,
ReplyDeletewalt disney diaorg mungkin setaraf kat LA USA...
best dpt sampai kesana..
seronoknya... dapat jalan jauh2...
ReplyDeleteSalam Man,
ReplyDeleteAku rasa setiap taman tema Disneyland tak banyak bezanya diantara satu sama lain.
Yg beza harga tiket masuk dan cuacanya je kot... :)
dwaty,
ReplyDeleteTQ sudi singgah. dwaty pun boleh buat gak, budget travel je tu...
wah...pergi cuti2 ke Hong KOng...syok nyer..
ReplyDeleteWah, bestnya dapat tengok tempat orang..
ReplyDeletePapa_Mifz,
ReplyDeleteSesekali jalan jauh sikit. Tu pun sbb dpt tiket bajet.
Nanti Mifz besar sikit bolehlah gi, sbb saya tengok ada juga yang bawa anak kecil berjalan ke sana.
nmkhairulazlan,
ReplyDeleteCikgu kan banyak cuti, suatu hari nanti sampailah ke sana... Masa tengah solo ni lah senang nak jalan-jalan, cara bajet je tak perlu pakai pakej...
Katakan saya nk ke ngong ping dulu than baru masuk ke disneyland rasa2 sempat tak habiskan semua bahagian dlm disneyland tu? Cos cadang masuk ke disneyland hari khamis mean weekdays...rasa ok tak? Cos mula2 cadang nk trus ke disneyland je s ski ngong ping...
ReplyDeleteSaya tak sempat ke Ngong Ping dan premium outlet kat situ. Rasanya susah juga nak cover kedua2 tempat dalam sehari. Kat HK ni weekdays pun orang ramai kat Disneyland tu...
DeleteTu la bila baca yg jarak naik cable car kat ngong ping tu smp ke big budha tu dh dekat 5km so kalo dh kat sana takan nk turun naik kan rugi je rasa..so nmpknya kenalah skip ngong ping hehehe thx
ReplyDelete