Saturday, March 31, 2012

Bagusnya kalau selalu macam ni

Alhamdulillah, bulan ini saya ada menerima beberapa buah tangan dari saudara-mara dan sahabat yang bercuti, berkursus dan lain-lain urusan di luar negara. Memang jarang sekali dapat buah tangan secara 'berjemaah' seperti ini. Lagipun bulan ini memang tak ada berjalan-jalan kemana-mana pun.

Walaupun ianya tidaklah begitu mahal tetapi semuanya diterima dengan besar hati. Ada sedikit cerita disebaliknya.

T-Shirt dan Fridge Magnet dari HCM City, Vietnam
Salah seorang rakan sekerja bersama isteri dan rombongannya pergi bercuti ke HCM City pada cuti sekolah yang baru lalu. Isterinya seorang guru dan pergi secara pakej dengan penerbangan MAS. Saya tanya berapa kos untuk seorang. Saya beritahu dia kalau kita pergi sendiri dengan Airasia dan uruskan semuanya, kosnya cuma separuh dari pakej yang dia ambil. Dia kata apa nak buat isterinya tak mahu naik Airasia. Apa kelas kan... Maklumlah cikgu sekarang ni antara kerjaya yang lumayan.

Sejadah dan Fridge Magnet dari Amman, Jordan
Sejadah dan FM ini pula di beri oleh ahli keluarga yang menunaikan ibadah umrah awal bulan ini. Pakejnya termasuk ziarah ke Amman, Jordan untuk sehari. Sempat juga melawat tempat-tempat bersejarah dan singgah di Laut Mati.

Aneka barangan dari Seoul, Korea
Barangan dari Korea ini pula diberi oleh ahli keluarga yang ke Seoul, atas urusan kursus tahun akhirnya di universiti. Kos yang dikeluarkan untuk ke sana cuma RM200 saja. Selebihnya ditanggung oleh pihak universiti dan tajaan oleh syarikat. Untung budak-budak sekarang ni.

Fridge Magnet dari Dubendorf, Switzerland
Yang ini pula diberi oleh rakan sekerja yang berlainan jabatan. Sebelumnya dia merupakan rakan sejabatan. Satu hari ketua jabatannya mengarahkannya untuk  pergi berkursus dan dia pun menyetujuinya tanpa banyak alasan. Lepas tu dia tanya, passport masih sah laku atau tidak. Dia agak terkejut kerana tidak menyangka akan pergi berkursus sejauh itu. Rezeki orang siapa tahu kan. Saya sendiri hanya tahu dia ke sana melalui statusnya di FB.

Monday, March 5, 2012

Miri dan Brunei Pt 5



DAY 4

Hari ini adalah hari terakhir kami di Miri. Hari ini baru berkesempatan bersiar-siar di sekitar hotel penginapan.  Di sebelah hotel ini terletaknya Wisma Pelita Tunku. Nampak macam bangunan pejabat, tapi tak sangka rupanya ada pusat membeli-belah di dalamnya. Ada beberapa kedai yang menjual T-shirt  Miri dan lain-lain cenderamata. Walaupun hotel penginapan kami terletak di hujung bandar, ada kemudahan lain yang terletak berhampiranya. Antaranya ialah stesyen bas utama bandar Miri dan Pusat Penerangan Pelancong.

Aktiviti hari ini cuma meronda-ronda sekitar bandar untuk mencari apa-apa yang belum dibeli. Sempat juga singgah di Bintang Mega Mall.

Kami menginap di hotel ini.  Bilik yang di tempah boleh memuatkan empat orang dewasa dengan dua katil besar.
Jimat... Pokok Bougainvillea yang paling tinggi pernah saya lihat terdapat di sebelah hotel ini.

Tamu Muhibbah berhampiran hotel

Lupa nak tanya nama buah ini.


Sekitar bandar raya Miri

Bintang Mega Mall antara kompleks belibelah yang terbaik di Miri. Kalau di Lembah Klang ia setaraf Jusco.

Sebelum bertolak ke airport sempat makan laksa Sarawak sekali lagi. Yang ini lebih sedap. Air bandung cincaunya
 pun terangkat.

Boleh drop in kunci jika kereta dipulangkan di luar waktu pejabat.

Secara keseluruhannya, Miri sesuai di jadikan tempat percutian keluarga. Bagi yang mempunyai pasport pula boleh menyeberang ke negara Brunei. Bagi yang sukakan adventure banyak taman negara yang boleh di terokai seperti Taman Negara Mulu, Gua Niah dan Lambir.