Thursday, October 13, 2011

Visa ke China

Update Julai 2014 : Permohonan Visa Ke China

Bagi mereka yang sudah pernah membuatnya mungkin merasakan urusan ini biasa saja. Tapi mungkin berguna kepada orang yang pertama kali ke negara China.

Borang permohonan untuk membuat visa boleh dicetak sendiri melalui website ini. Isikan borang sama ada secara online atau bertulis tangan beserta sekeping gambar. Semasa menyerahkan borang di kaunter mestilah disertakan pasport yang sah laku melebihi enam bulan. Tiket penerbangan dan bukti tempahan hotel penginapan juga perlu disertakan. Tempoh visa siap ialah empat hari bekerja.

Datang awal ke sini untuk mengelakkan daripada berbaris panjang.


Alamat:
Tingkat 2, Plaza OSK,
25 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Malaysia

Lokasi pejabat:





Kadar bayaran:



Setelah siap urusan di kaunter, satu resit akan diberi yang menunjukkan butir-butir permohonan kita. Semak resit tersebut untuk mengelakkan kesilapan.



Jika kita mendarat di Hong Kong dan ingin memasuki negara China dan balik semula melalui Hong Kong, single entry visa sahaja yang diperlukan. Jika mendarat di Shenzhen, China dan memasuki Hong Kong dan balik semula melalui China maka double entry visa adalah diperlukan. Terpulang kepada keperluan masing-masing.

Warganegara Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke Hong Kong atau Macau, walaupun wilayah tersebut kini berada di bawah China kerana ianya merupakan Special Administrative Region yang mempunyai autonomi sendiri dari segi kemasukan warga asing dan penggunaan mata wang.

16 comments:

  1. Salam mie,

    mmmm...kawan aku dah nak ke china... bestnya..

    apa-apa pun TQ atas info yg sgt berguna...manalah tau ada rezeki gi sana pulak...

    ReplyDelete
  2. Man, aku pergi awal Nov, buat awal sikit takut tak ada masa nanti...

    ReplyDelete
  3. Zue, belum mampu nak sponsor lagi, tapi kalau zue nak cenderahati bolehlah. Sila email saya alamat ye... Insyaallah saya poskan.

    ReplyDelete
  4. Huhuh best tu... Pastu beli barang elektrik murah seyyyyy.

    ReplyDelete
  5. EU, saya mungkin lebih lama di HK berbanding di Shenzhen. Barang elektrik Cina kat sini pun dah murah, rasanya tak perlu beli kot...

    ReplyDelete
  6. Salam Mie, lamat ak kesini...lama pulak dah update ye...tak berjalan lagi la tu kot...heheheh....kalu jadi ke china ni mesti best kan...saya tumpang best je la...hehehe

    ReplyDelete
  7. Fadzli, saya akan ke China awal bulan November nanti, tak lama pun cuma lima hari je.

    Fadzli bukan tak boleh pergi pun, cuma belum tiba masanya, satu hari nanti sampailah tu..

    ReplyDelete
  8. Barang2 elektrik lebih murah kat shenzen . Camera sony murah sikit kat sana berbanding kat sini.

    ReplyDelete
  9. Bro Explorer, tapi Cina ni mmg tera bab meniru dan brg2 tiruan pun banyak lebih2 lagi jenama luar. Takut pulak terkena...

    TQ for the info.

    ReplyDelete
  10. Salam, saya nk ke hk bulan june ni...beli flight pergi balik melalui macau...so perlukah saya apply visa ke macau? Risau skang ni cos terdgr kawan2 cerita masuk macau kena visa skang ni? Betul ke? Ada yg kejap takyah..ada yg kata perlu..minta bantuan ya cos saya akan membawa ahli keluarga dlm 8 org ke sana...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Azura, saya ke HK pada bulan November 2011. Memang tak perlu guna Visa untuk masuk ke Macau. Walaupun kedua-duanya sekarang ini telah kembali kepada China tapi ianya merupakan Special Administrative Region (SAR) yang mempunyai kuasa tertentu contohnya dari segi imigresen dan lain2...

      Delete
  11. Hehe thx ya Mie..risau gak ni cos terdgr cite2 kena visa walau dh check byk blog n imigresen pun mcm xpuas hati... So u dh inform ni lega sikit lah hehehe thx byk2 ;)

    ReplyDelete
  12. susah juga yerr... nak register on9 untuk dapatkan visa ke China guangzhou ..
    Ada sepa sepa member yg reti ker nak guna benda nie ..

    ReplyDelete
  13. Salam..jadi nk ke china memanh perlukn visa walaupun hanya 10hari?
    Klu bayaran per single entry + fee hari biasa pickup total berapa actually ? Sbb pening da nak baca yg mne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kita perlu Visa untuk masuk ke negara China walau sehari.

      Untuk info yang lebih terbaru bolehlah masuk ke link sahabat blogger ini. Permohonan Visa ke China

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...