Tuesday, July 24, 2018

Siem Reap Pt 7 - Sivatha Road

Hari ini adalah hari terakhri kami di Siem Reap. Flight baliknya pada jam 2.50 petang. Pagi ini pun dah tak ada apa-apa program jadi lepas sarapan kami meronda sekejap di sepanjang jalan Sivatha di mana terletaknya hotel penginapan kami. Jalan ini agak panjang dan merupakan salah satu jalan utama di Siem Reap.

Ada lebih kurang satu km juga kami berjalan hingga ke Lucky Mall. Satu-satunya Mall yang ada di Siem Reap. Kecil dan comel je mallnya tapi seratus peratus harga barang dalam mall ini adalah dalam USD.

Di jalan ini juga ada beberapa buah cawangan bank utama Malaysia.

Suasana pagi di Sivatha Road.

Tuesday, July 17, 2018

Siem Reap Pt 6 - Angkor

Tujuan kami ke Siem Reap bukanlah kerana beriya sangat nak ke Angkor Wat tu. Cuma nak jalan-jalan saja. Kami dah beritahu pada Nasir tentang itu. Katanya tak ada masalah. Kita boleh masuk secara percuma di Kompleks Angkor Wat selepas jam 5.30 petang. Ramai orang yang ambil kesempatan ini. Begitu juga penduduk tempatan. Cuma masanya agak pendek kerana hari cepat menjadi gelap. Bayaran masuk ke Angkor agak mahal sekarang ni iaitu US$37.

Kami hanya sempat berfoto di Angkor Wat dan Angkor Thom tapi tak rasa terkilan langsung. Pilihan di tangan masing-masing. Boleh saja kalau nak pergi ke semua tempat tapi kena mengulang ke sini setiap petang. Kedudukanya pun tak berapa jauh dari bandar Siem Reap.

Selepas jam 5.30 petang boleh masuk secara percuma.

Tuesday, July 10, 2018

Lombok, Nusa Tenggara Barat

Trip ke Lombok ini disertai empat orang ahli keluarga, tapi anak yang seorang tu menyertai group lain untuk mendaki Gunung Rinjani selama 4H3M. Jadi kami jumpa semula pada hari terakhir di airport. 

Kita tengok foto-foto dulu lah ye... 

Lombok International Airport.

Monday, July 2, 2018

Siem Reap Pt 5 - Tasik Tonle Sap | Lotus Farm

Dari Madrasah Ar Rafe'ah kami bergerak ke jeti Tasik Tonle Sap. Lokasinya tidak jauh lebih kurang sepuluh minit perjalanan. Jalan ke sini agak berhabuk kerana ada sebahagiannya yang masih belum bertar lagi. Nasib baik cuaca pada hari itu agak baik tapi tak tahulah macam mana kalau hujan. 

Memang dari mula lagi kami tidak bercadang untuk mengikuti trip untuk ke Tasik Tonle Sap. Ada terbaca beberapa pengalaman pengunjung ke sana yang mengatakan tak ada apa yang menarik di sana kecuali melihat kehidupan penduduk di sekitar pinggir tasik. Lagipun sungainya agak cetek dan keruh mungkin sebab sudah lama tak hujan.