Monday, April 29, 2013

Trip to Shanghai Pt 7 - Humble Administrator's Garden, Suzhou

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Shanghai. Tapi penerbangan pulangnya ialah pada jam 1.05 pagi. Jadi kami memang punya masa yang agak panjang untuk meneruskan misi. Setelah check out dan meninggalkan beg di bilik simpanan, kami menuju ke Shanghai Hongqiao Railway Station lagi. Pada mulanya kami bercadang untuk ke salah satu water town yang terdapat di sekitar Shanghai tapi akhirnya terpaksa membatalkannya kerana masing-masing lebih teruja untuk ke Suzhou.


Kedudukan bandar Suzhou, kira-kira 84 km dari Shanghai.

Walaupun kedudukan Suzhou tidak begitu jauh dari Shanghai tetapi ianya terletak di wilayah yang berlainan dan mempunyai penduduk lebih 4 juta orang. Seperti ke Hangzhou, perjalanan ke Suzhou juga menggunakan bullet train. Tambang bagi perjalanan ini ialah 39.50 yuan.  Kami tiba di bandar Suzhou kurang daripada setengah jam. Setibanya di dalam stesyen, kami mula di kejar oleh agen-agen pelancungan yang menawarkan pakej lawatan yang kebanyakannya untuk sehari. Sebenarnya kami memang tak bercadang mengambil apa-apa pakej dan bercadang untuk bergerak sendiri. Untuk mendapatkan teksi di stesyen agak mudah kerana teksi banyak tetapi orang yang menunggu juga sangat ramai.

Di Suzhou destinasi yang kami tuju ialah Humble Administritor's Garden iaitu sebuah taman klasik China. Taman ini agak luas dan memerlukan sekurang-kurang 2 jam untuk melawat seluruh kawasan. Untuk memudahkan berkomunikasi dengan pemandu teksi, kami memang sudah bersiap dengan terjemahan bahasa Mandarin tempat-tempat yang hendak dituju. 

Seperti bandar-bandar lain di China, di Suzhou juga terdapat pedestrian mall. Di Suzhou ianya terletak di sepanjang jalan menuju ke pintu masuk Humble Administrator's Garden dan juga di pusat bandar.


 
 
 
 
Pintu masuk Humble Administrator's Garden. Bayaran masuk adalah mengikut musim. Musim bunga dan musim gugur bayarannya 70 yuan. Musim panas dan sejuk 50 yuan.
 
 
 
 
 
 
 
Pintu keluar
 
Agak lama juga kami berada di dalam taman ini dan masa pun sudah melepasi waktu makan tengah hari. Dari sini kami bercadang untuk ke Masjid Taipingfang di pusat bandar di mana terdapat restoran makanan halal di situ.
 
Kedai cenderamata di hadapan pintu keluar.
 
Di sini agak susah untuk mendapatkan teksi. Setiap teksi yang ditahan semuanya terus berlalu. Jika ada orang turun pun mereka masih tak mahu mengambil penumpang. Lepas tu baru perasan rupanya pemandu teksi di sini cuba mengelakkan warga asing, mungkin masalah komunikasi. Tapi jangan risau kerana di sini juga banyak teksi sapu. Kebanyakan mereka boleh berbahasa Inggeris. Cuma caj yang dikenakan agak tinggi berbanding teksi. Tapi kalau dah terdesak nak buat macam mana kan. Akhirnya kami sampai juga tempat yang hendak di tuju...

Monday, April 22, 2013

Trip to Shanghai Pt 6 - Masjid Fuyou dan Masjid Xiao Tao Yuan

Dari China Pavilion kami bergerak semula menuju ke Yuyuan Garden. Sebelumnya kami ada ternampak sebuah restoran halal di situ dan sudah mengenalpasti lokasinya. Tapi agak susah untuk mencarinya semula kerana kedudukannya di satu jalan yang agak tersorok. Tapi akhirnya kami jumpa juga.
 
Kami memilih tiga makanan yang berlainan. Lamien tetap ada.
 
Kawasan Yuyuan Garden ini merupakan tempat yang paling sesuai sekali untuk mendapatkan cenderamata jika ke Shanghai. Sempat kami meronda di kawasan ini bagi pusingan kedua untuk mencari apa-apa yang masih tertinggal.
 
Antara deretan kedai cenderamata di kawasan Yuyuan Garden.
 
Bagi mereka yang hendak ke Masjid Jalan Fuyou, cara paling mudah ialah keluar melalui exit 3 di stesyen Yuyuan Garden. Exit 3 ini terletak betul-betul di persimpangan Jalan Fuyou dan masjidnya terletak kira-kira 200m dari situ.
 
Masjid Jalan Fuyou, Yuyuan Garden. Dari luar nampak kecil, tapi bahagian dalamnya agak luas.
 
Gerai kecil bersebelahan masjid. Ada karipap inti sayur dan ondeh-ondeh...
 
Dari sini kami mencuba untuk mencari satu lagi masjid yang agak besar di Shanghai ini. Masjid itu ialah Masjid Xiao Tao Yuan di mana terdapat masjid berasingan untuk wanita. Ia terletak kira-kira 1km dari Yuyuan Garden. Untuk ke sana kami mengambil teksi dan menunjukkan peta serta tulisan dalam bahasa China kepada pemandunya.
 
 
Pemandangan masjid dari jejantas yang mempunyai escalator dan lif.
 
Dua masjid yang terletak berdekatan.
 
Pandangan masjid dari hadapan.


Gerai menjual makanan dan kueh tempatan di hadapan masjid wanita.

Masjid untuk lelaki dan masjid wanita yang terletak berhampiran.

Antara yang paling saya nak cari di sini ialah sate kambing seperti yang di ceritakan oleh blogger Nota Kembara. Gerai ini hanya ada pada hari Jumaat sahaja dan kami dah set untuk ke sini pada hari tersebut. Memang tak sia-sia kami ke sini. Cuma sate yang dijual agak terhad dan ramai yang menunggu. Kami cuma dapat 10 cucuk sahaja. Rasanya memang sangat sedap. Daging kambingnya pun lembut dan aromanya sukar digambarkan. Tak perlu kuah macam sate di tempat kita. Dah tu tak perlu nak bungkus bagai, hulur macam tu saja kepada pelanggan. Harganya cuma 3 yuan secucuk.

Bukan main smart lagi penjual sate di sini.

Dari sini kami bergerak semula ke Yuyuan Garden untuk meneruskan perjalanan ke East Nanjing Road untuk kali kedua. Ada sedikit pakaian yang nak dibeli buat mereka yang tak dapat menyertai acara jalan-jalan kami pada kali ini.

Esoknya kami akan meneruskan perjalanan ke bandar Suzhou pula...

Thursday, April 18, 2013

Trip to Shanghai Pt 5 - Lujiazui dan China Art Museum

Hari ini kami kembali semula meronda kota Shanghai. Destinasi pertama kami ialah Lujiazui di kawasan Pudong. Kawasan ini  menempatkan beberapa bangunan pencakar langit antara yang tertinggi di dunia.
 
Kota Shanghai ini dibahagikan kepada dua bahagian yang dipisahkan oleh Sungai Huangpu. Kawasan bandar lama dan bersejarah terletak di wilayah Puxi di bahagian barat dan kawasan pembangunan baru terletak di wilayah Pudong di bahagian timur. Antara bangunan terkenal yang terletak di sini ialah Jin Mao Tower dan Shanghai World Financial Tower. Di sini juga terletaknya Oriental Pearl Tower iaitu menara komunikasi untuk radio dan TV.
 
Cuaca pagi tu masih agak berjerebu dan pemandangan juga agak terhad. Tapi jika kita memandang ke arah bangunan tinggi nampak macam berkabus pulak. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah naik ke aras pemandangan di Jin Mao Tower atau Oriental Pearl Tower.
 
Stesyen metro Lujiazui (line 2) Pudong.

Pilih sahaja arah mana nak pergi.

Bulatan di kawasan elevated pedestrian ini di hias indah sempena kedatangan musim bunga.

Pembahagi jalan juga di hias indah.

Untuk naik hingga ke upper globe Oriental Pearl Tower ini bayarannya ialah 120 yuan. Agak mahal dan dengan jarak pemandangan yang terhad rasanya tidak berbalui jika naik kearas pemandangannya. Tinggi menara ini ialah 468m.

Puncak menara hilang ditelan kabus. Bangunan di tengah yang sedang dalam pembinaan apabila siap kelak akan menjadi bangunan tertinggi di Shanghai. Bangunan itu ialah bangunan Shanghai Tower yang mempunyai 128 tingkat dengan ketinggian 632m.

Shanghai Ocean Aquarium. Tiket masuk 160 yuan.

Kawasan The Bund di seberang sungai Huangpu yang dapat dilihat dari sini.
 
Selepas penat mendongak dan melopong di sini kami meneruskan perjalanan hari ini untuk ke China Art Museum yang terletak di bekas tapak World Expo 2010 di kawasan Pudong. Tarikan utama di sini ialah China Pavilion yang dikekalkan bangunannya setelah expo selesai dan dijadikan muzium seni China. Semua pavilion dari negara lain sudah pun diruntuhkan.
 
The China pavilion at Expo 2010 in Shanghai, China, colloquially known as the Oriental Crown was the largest national pavilion at the Shanghai Expo and the largest display in the history of the World Expo. It was also the most expensive pavilion at the Shanghai Expo costing an estimated US$220 million. The pavilion showcases China’s illustrious civilisation and modern achievements by combining traditional and modern elements in its architecture, landscaping and exhibits. The pavilion was reopened on December 1, 2010 for the first time since the end of the Shanghai Expo and will continue to be open to the public until May 31, 2011 in the with the exhibits shown during the expo. Afterwards, the pavilion will be converted into a museum of Chinese culture and history.
 
Pavilion ini terletak betul-betul di sebelah stesyen metro Zhonghua-yishugong di line 8.
 
 
Senibinanya yang agak unik
 
China Art Museum, Shanghai.
 
Antara hasil seni yang terdapat di sini
 
Kawasan pameran yang sangat luas, masih banyak ruang yang masih boleh di isi.
 
Bagi peminat-peminat seni mungkin boleh menperuntukkan banyak masa di sini kerana ada pelbagai ruang hasil seni yang di letak mengikut tema. Walaubagaimanapun tingkat atas pavilion ini tidak dibuka kepada orang ramai. Masuk adalah percuma tapi menggunakan tiket khas yang boleh didapati daripada pengawal berhampiran pintu masuk. Kamera pun dibenarkan di bawa masuk, tidak seperti muzium lain yang lazimnya melarang penggunaan kamera.
 
Keluar dari ruang pameran kami terus ke sini iaitu kedai aiskrim Turkish style.
 
Penjual aiskrim yang berasal dari Turki. Macam-macam trick yang dilakukannya sebelum kita dapat aiskrim yang kita beli.
 
Aiskrim paling mahal pernah saya beli sebab tak perasan harganya dan terus order. Satu kun berharga 25 yuan (RM12.50). Hah ambik kau... Tapi memang sedap dan likat, tak seperti aiskrim biasa.
 
 
Selesai lawatan di sini kami cadang nak meronda di kawasan Yuyuan Garden lagi untuk mencari restoran China Muslim untuk makan tengahari.

Friday, April 12, 2013

Trip to Shanghai Pt 4 - Masjid Phoenix dan Hefang Road, Hangzhou

Misi seterusnya ialah untuk ke Masjid Phoenix. Walaupun berbekalkan peta tapi masih juga sesat barat untuk mencari lokasinya. Dalam sesat itulah kami terjumpa dengan sebuah restoran muslim. Banyak kali kami bertanya kepada orang yang lalu lalang tapi akhirnya pemilik kedai muslim tu yang dapat menyelesaikan masalah.

Banyak kedai-kedai berjenama mewah terletak di sepanjang jalan menghadapi West Lake ini.

Restoran muslim yang kami jumpa secara kebetulan

Sebaik lalu di hadapan restoran ini pemiliknya sudah melemparkan senyuman. Hilang semua rasa penat. Alang-alang sudah terjumpa restoran ini, kami ambil keputusan untuk makan tengah hari di sini saja, walaupun kami tahu berhampiran masjid pun ada restoran muslim. Tapi masjidnya pun belum nampak bayang lagi. Kami makan lamien, iaitu seakan-akan mee sup yang dicampur daging kambing.

Mee akan hanya disediakan jika ada pesanan. Mangkuknya besar gedabak, tapi sedap punya pasal, habis semua kami bedal.

Harga untuk tiga mangkuk lamien bersama dengan tiga botol minuman tak sampai RM20. Agak murah tu. Selesai makan kami tanya lokasi Masjid Phoenix dengan menunjukkan gambarnya. Cepat saja dia tunjuk. Rupanya dah tak jauh dari restoran tersebut. Masjid ini terletak di permulaan pedestrian street di bandar Hangzhou ini. Di hadapan masjid ini terdapat sebuah hotel yang sangat sesuai jika bercadang untuk menginap di Hangzhou. Hotel itu ialah hotel JinJiang Inn yang terletak di Zhongshan Middle Road.

X - Lokasi Masjid Phoenix. Sementara garisan berwarna merah ialah kawasan pedestrian.
X - Restoran halal, tapi bukan restoran yang kami singgahi sebab terlupa lokasinya.

Restoran halal berhampiran Masjid Phoenix.

Tidak banyak kenderaan, walaupun bandar ini agak besar. Foto ini diambil dari atas jejantas. Yang bagusnya jejantas ini mempunyai escalator.  

Terserempak dengan 'kawan lama' di satu persimpangan

Bahagian hadapan pintu utama di bahagian luar masjid yang terletak di permulaan kawasan pedestrian di Zhongshan Middle Road.

Pejabat masjid yang bersambung dengan pintu utama.

Info mengenai sejarah masjid ini.

Masjid Phoenix ini diiktiraf sebagai tapak warisan yang penting bagi bandar Hangzhou. Ia di buka untuk lawatan untuk semua orang.

Ruang solat kedua.  Agak besar saiz masjid ini.

Selesai menyelesaikan kewajipan kami beredar semula untuk meronda di sepanjang pedestrian yang agak panjang. Lagipun kami perlu balik pada hari yang sama. Risau pulak kehabisan tiket untuk balik ke Shanghai.

Kawasan pedestrian di hadapan masjid. Tidak banyak peniaga jalanan di sini.

Crocodile jadi Clio Coddle... macam-macam kat China ni

Memasuki kawasan pedestrian di kawasan Hefang Old Road.



Membuat gula ketuk bercampur kacang


Membuat sikat dari tanduk

Kebanyakan barangan cenderamata di sini adalah yang berunsur kesenian orang China. Tidak berjumpa langsung dengan kedai yang menjual FM. T-Shirt yang berunsur bandar Hangzhou pun tak ada. Jadinya memang kami tak membeli apa-apa pun cenderamata di sini. Cik wife ada menyambar sedikit barangan personal dia.  Anggaran panjang jalan ini lebih satu kilometer. Nasib baik cuaca agak nyaman, jadi taklah terasa penat sangat. Tapi untuk balik semula ke stesyen keretapi, memang tak larat dah walaupun tidak begitu jauh. Dari kini kami mengambil teksi saja untuk ke stesyen kereta api. Dapat tiket bullet train untuk perjalanan jam tujuh malam. Huh...lega. Maka tamatlah lawatan kami sehari suntuk ke bandar Hangzhou.