Hari ini adalah hari yang paling lama menempuh perjalanan. Jarak dari Pamukkale ke Cappadocia ialah hampir 650 kilometer dan mengambil masa lebih tujuh jam. Jadi kena keluar dari hotel agak awal sikit. Bas berhenti di bandar Konya untuk ke Muzium Mevlana Jalaluddin Rumi iaitu pengasas tarian whirling derwish atau tarian sufi sebelum sampai di Cappadocia. Masa banyak dihabiskan dalam perjalanan jadi tak banyak tempat lawatan pada hari ini. Cuaca pun tidak begitu cerah.
Pemandangan di hadapan Collossae Therm Hotel, Pamukkale.