Di sini saya senaraikan perbelanjaan untuk seorang selama lapan hari ke Sydney dan Melbourne. Mungkin boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang hendak ke sana. Perbelanjaan ini tidak termasuk makan, jajan dan shopping kerana setiap orang berlainan kemahuannya. Keseluruhannya saya agak berpuashati kerana dengan perbelanjaan kurang daripada RM3K saya dapat pergi ke dua bandar utama di Australia sekali gus.
Kos mungkin dapat dikurangkan jika kita memilih untuk tinggal di hostel. Pakej lawatan yang lebih murah terutamanya di Melbourne juga boleh didapati tapi mungkin berbeza sikit aturcaranya. Tak percaya boleh tanya DJ, Cik Nun dan Kak Kiah. Untuk tiket penerbangan mungkin agak susah untuk mendapat tiket semurah itu lagi. Bayaran yang lain adalah agak standard.