Wednesday, November 23, 2011

Shenzhen, Hong Kong dan Macau Pt 5

Macau - The Venetian

Hari berikutnya kami bercadang untuk pergi ke Macau, satu negara yang pernah di jajah oleh Portugal. Kini merupakan SAR kepada negara China. Tidak perlu visa untuk ke sana. Negara Macau terdiri dari Macau Peninsula di utara dan Pulau Taipa di bahagian selatan. Kedua-duanya dihubungkan dengan banyak jambatan yang panjang. Lapangan terbang Macau juga terletak di Taipa.


Kami bertolak agak pagi kerana hendak balik pada sebelah petangnya.  Pada waktu inilah kita dapat lihat betapa ramainya orang yang berpusu-pusu ke tempat kerja. Kedudukan jeti untuk ke Macau terletak lebih kurang setengah km dari hotel penginapan kami. Jadi kami pilih untuk menapak saja ke sana.


Keadaan suhu pagi tu agak nyaman iaitu 26 darjah Celcius, jadi jalan kaki tak ada masalah. Kaunter tiket terletak di tingkat tiga bangunan di jeti tersebut. Kami mengambil tiket untuk perjalanan pergi dan balik, kerana harganya lebih murah iaitu HKD360 (RM144) seorang. Untuk tiket balik baucer diberikan dan ditukar di jeti Macau masa nak balik ke HK.

Harga yang dicetak tak sama seperti yang kami bayar, mungkin termasuk cukai. Sebelah kiri baucer yang perlu di tukar di Macau waktu balik.

Perjalanan ini adalah dengan menggunakan feri laju, Cotaijet Express dan mengambil masa satu jam untuk sampai. Feri ini boleh memuatkan seramai hampir dua ratus penumpang. Jeti feri Cotaijet Express adalah di Pulau Taipa. Ada juga perkhdmatan feri yang terus ke Macau.


Kami terlepas beberapa minit saja untuk menaiki feri yang bergerak pada jam 9.00 pagi. Jadi terpaksa menunggu agak lama di sini untuk mengambil perjalanan seterusnya.

 
Bahasa Portugis masih digunakan secara meluas di Macau terutama di papan tanda.

Di jeti ini ada disediakan bas-bas percuma yang akan membawa kita ke destinasi yang kita hajati. Contohnya jika kita nak ke Venetian, naiklah bas milik hotel/resorts tersebut yang berwarna biru yang bertulis perkataan Venetian di bas tersebut. Begitu juga jika mahu ke tempat-tempat lain. Kami memilih untuk pergi ke sini.


Bas akan menurunkan penumpang di pintu masuk utama kompleks. Untuk mengambil bas waktu balik terpaksa pergi ke tempat meletak bas di bahagian belakang kompleks tersebut. Kompleks Venetian ini sebenarnya merangkumi kasino di bahagian bawah, tempat shopping dan gondola di aras tiga dan juga hotel di bahagian atasnya.

Kompleks resorts/hotel The Venetian

Pemandangan bahagian dalam kompleks iaitu di aras kawasan membeli-belah. Awan yang kelihatan sebenarnya adalah bumbung kompleks yang dibuat sebegitu rupa menyamai keadaan di luar.

Kami berada di sini lebih kurang dua jam sahaja kerana nak ke destinasi seterusnya iaitu Dataran Senado yang terletak di Semenanjung Macau. Oleh kerana jeti pendaratan feri Cotaijet Express ada di kedua-dua pulau, jadi perkhidmatan bas percuma juga ada disediakan ke sana dari sini. Jadi naik saja bas resorts untuk ke  jeti di Macau. Dari jeti Macau, ambil teksi untuk ke Dataran Senado. 

bersambung...

15 comments:

  1. Salam mie..,

    soon......amazing race S,H & M...hehehehe tapi kena buat budget dulu dan menabung....

    * toilet ada paip tak...kalau x der tu yg menyesakkan...aaahhhhhh.

    ReplyDelete
  2. macau i suka tang venetian and senado square jek, you tgk dak cirque tuh?

    ReplyDelete
  3. Besttttt bestt...belum sampai lagi Shenzhen

    Lawa betul the Venetian tu... macamkat Venice je.:)

    ReplyDelete
  4. Salam Azmnor,

    AR tu bisa diatur...

    Toilet kat sana mcm biasa la, diaorang mana nak basuh2. Nampaknya kena bawak paip getah sendiri... :)

    ReplyDelete
  5. Lily,

    Venetian memang terbaik, tak rugi gi sana, cuma jangan singgah yg kat bwh tu.

    Kat Senado square saya suka dg bangunan2nya yg klasik dan dijaga dg baik.

    ReplyDelete
  6. Wa,

    Buat mcm saya, boleh pergi tiga negara sekaligus.

    Venetian mmg lawa, jgn tak tau yg mcm Venice tu ada kat tingkat tiga... :)

    ReplyDelete
  7. Abu Mansur,

    Balanja tak lah banyak sgt kerana tu semua trip bajet je.

    Tiket ambik masa offer, return <RM300. Kalau per pax termasuk hotel, tambang pengangkutan dan tiket masuk<RM1K berbandung pergi dgn pakej hampir RM2.5K...

    ReplyDelete
  8. Salam,

    I link ur blog at mine untuk senang rujukan jalan2 masa akan datang.

    TQ

    ReplyDelete
  9. Thank Nowwa Fitri. Jemput singgah selalu... :)

    ReplyDelete
  10. China hk ferry tu kalo jalan dari exit A tsim sha tsui ikut haiphong road tu yer? Cos saya akan turun flight dari macau than cadang naik ferry kat taipa so turun dekat pulau hk walau tinggal kat yau matei...cos tgk blog n google map mcm jauh lah plak kena menapak kalo jalan kaki dari china hk ferry termnal ke exit A mtr tsim sha tsui tu...ke tK jauh hehehehe thx kalo sudi bg info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya pergi ke Macau dulu, feri saya ambil dari TST, tapi waktu baliknya dia stop kat Pulau Hong Kong. Jadi kena ambil subway metro ke TST. Kalau stay kat Yau Ma Tei, turun saja di stesyen Yau Ma Tei. Kena print peta subway utk memudahkan perjalanan...

      Delete
  11. Lagi satu camane nk ke senado sq tu dari the venetien...thx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Venetian terletak di Pulau Taipa. Dari Venetian ada banyak bas percuma yang menuju ke pangkalan feri di Macau iaitu bahagian yang besambung dengan Tanah Besar China. Ambil bas yang menuju ke sana. Dari situ saya ambil teksi untuk ke Dataran Senado...

      Kalau kurang pasti bas mana yang nak di ambil di Venetian, boleh bertanya dengan pengawal di stesyen bas di situ...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...