Masa terbangun waktu pagi terasa lebih sejuk daripada biasa. Rupanya hujan hari ini. Jika ikut pengalaman dulu, hujan di Jepun ini tidak boleh ditunggu bila akan berhenti. Jadi walaupun hujan terpaksa juga keluar. Kalau tunggu juga jawabnya mereputlah kat dalam bilik seharian.
Program hari ini ialah nak ke beberapa tempat di sekitar Kyoto dan balik semula ke hotel menjelang malam. Langsung tak bawa bekalan makanan kerana kami bercadang nak makan di sebuah restoran halal berhampiran Pusat Islam Kyoto di Kawaramachi.
Keluar dari hotel terus saja ke kedai Lawson yang terletak berhampiran untuk mencari payung. Terpaksa beli tiga payung lutsinar yang berharga 500 yen setiap satu. Payung yang paling murah dan macam konsep pakai buang kaedahnya.
Sampai di stesyen Saga Arashiyama.