Monday, June 23, 2014

Sydney and Melbourne Part 7 - Federation Square, Melbourne

Hari pertama kami di Melbourne disambut dengan hujan renyai. Nasib baik hujannya sekejap saja. Sebelum itu kita orang bersarapan dulu di bilik. Hotel ini ada menyediakan sarapan tapi dengan caj AU$9 seorang. Trip yang kami tempah hanya akan bermula keesokan hari dan lusanya. Jadi hari ini jadualnya adalah untuk meronda-ronda bandar Melbourne. Keluar dari hotel jam 10 pagi kerana malam itu kami tidur lewat dan agak keletihan.

Perhentian tram... betul-betul di hadapan hotel.

Banyak bangunan berbentuk klasik di sini.

Dekat sangat dengan Flinders Station.

Ada tram yang berakhir di sini.





Berhadapan dengan Federation Square.


Autumn in Melbourne


Basikal untuk disewa.


Agak lengang bandar Melbourne hari ini, maklumlah hari Ahad. Pagi ini kita orang bercadang nak jalan-jalan dan melepak di sekitar Federation Square. Federation  Square ialah satu kawasan atau dataran pelbagai kegunaan yang terletak di antara Flinders Street dan persimpangan Swanston street/St Kilda road. Di sebelahnya pula terletak sungai Yarra. Banyak bangunan yang menarik di sekitar kawasan ini.

 St Paul Cathedral

 Australian Centre for Moving Images (ACMI) building.

Melbourne Visitor Centre

Eureka Tower... bangunan tertinggi di Melbourne.

Melbourne Visitor Centre terletak betul-betul di hadapan Flinders Station.

Melbourne Art Centre Spire

St Kilda Road, jalan menuju St Kilda beach yang terletak 6 kilometer dari sini.

Bunting... Fiesta Malaysia

Kebetulan masa kami di Melbourne, ada satu event iaitu Fiesta Malaysia yang akan diadakan di kawasan Federation Square ini. Acara bermula dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Tapi kami tak tunggu pun kerana bercadang akan ke sini semula pada petangnya. Lagipun persiapan nampak macam belum siap sepenuhnya.

Cantik... bukan semua pokok berubah warna daunnya.

Federation wharf, Yarra river.

Dari seberang Yarra river


Sungai yang bersih sesuai untuk aktiviti sukan air.

Lebih kurang dua jam kami berada di sini. Destinasi seterusnya ialah Queen Victoria market untuk acara mengempiskan poket. Lagipun dua hari seterusnya memang tak akan ada masa yang boleh diselitkan untuk ke sini sebab ada trip yang akan berakhir pada malam hari. QVM ini ditutup pada hari Isnin dan Rabu. Jadi pandai-pandailah setkan masa jika sesiapa nak ke Melbourne nanti.

45 comments:

  1. aiseh pendek plak entry en mie kali ni...tak panas enjin baca dah abes...hehehe tak sabo la nak baca orang pi sopping kat Victoria market tuh...hehehe berapa beg agaknye beranak nanti tuh...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry saya biasanya memang macam tu, cuma banyak gambar... Adalah shopping sikit kat VM tu. Kebetulan beg yang isi makanan masa datang pun ada banyak ruang kosong. Sumbat aje lah...

      Delete
  2. Memang patut Mie jalan-jalan di Flinders Street dan Federation Square, sebab tempat ini wajib dikunjungi kalau ke Melbourne. Di Federation Square itu selalu ada persembahan/concert samada local atau international. Kami selalu ke sini, lepak-lepak, jumpa kawan, pergi kelas, seminar, conference dan shopping. Anak saya pernah buat persembahan di Federation Square, masuk pertandingan beat-box dan menang no.1, terus disambar recording company di Melbourne buat single.

    Di bangunan hadapan Flinders Street itu ada banyak kedai. Dulu ada kedai di basement yang jual barang souvenir yang murah. Kalau saudara-mara dan kawan-kawan datang Melbourne, saya selalu bawa mereka shopping di situ. Tapi tak pasti sekarang masih ada lagi atau tak.

    Naik tak tram City Circle tu? Basikal naik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang happening kawasan kat Federation Sqyare tu. Petang tu ada pertunjukan silap mata dan persembahan lawak. Ramai juga yang menebeng kat situ.


      Yang menang tu anak NA yang ikut ke Nippon kan.. saya dah tengok persembahannya kat youtube...

      Kedai-kedai yang NA sebutkan tu saya tak singgah, sebab kat Swanston Street pun banyak kedai souvenir... murah juga...

      Sudah tentu saya naik tram yang gratis tu... basikal pulak tak berkesempatan...

      Delete
    2. Memang happening sebab Flinders Street ialah kawasan paling sibuk di Melbourne.

      Ya, yang menang tu anak saya yang ikut ke Nippon. Masa dia menang di Melbourne tu dia baru berumur 16 tahun, sekarang dah 20-an. Wah, Mie pun dah tengok dia di Youtube?

      Swanston Street juga banyak tempat shopping. Tentu Mie seronok memborong :)

      Delete
  3. Suka waktu malam dekat sana.banyak penghibur jalanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah cik Nun melepak dengan ayah kat sana... cayalah...

      Delete
    2. Penghibur jalanan tu selalu jamming depan Flinders Street Station tu.

      Delete
    3. Pak lang mie..haha...ayah kita jiwa muda...anak dia muda kena jadi boyfren anak dia haaa...

      Puan Naramas yer betul tu.macam2.siapa jiwa seni memang sesuai dekat sana tu

      Delete
    4. Untungla CN ada ayah yang sporting...

      Delete
    5. Alhamdulillah...tak da kawan nak join jjalan.ayah pun jadi lah..

      Delete
  4. cantiknyaaaa pokok dah mula oren :D adoooiyai kena gigih ni menabung ikat perut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi taklah secantik autumn di Korea atau Jepun... Yup.. menabung tu wajib...

      Delete
    2. Betul autumnya tidak secantik di Jepun atau di Amerika Utara. Ini disebabkan iklimnya berbeza.

      Delete
  5. Wah menariknya ada sewa basikal. Basikal itu cara sewanya bagaimana tuh Pak Mie ? saya tidak lihat orang yang menyewakan basikalnya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas Gunadi, saya sendiri kurang faham cara penyewaannya sebab saya tidak menyewa.

      Tapi dari info yang saya dapat... kita perlu membayar wang sewaan di pejabatnya, kemudian baru di berikan nombor pin untuk membuka kunci basikal tersebut...

      Delete
    2. Mas Gunadi,
      Untuk menyewa basikal ini, Mas boleh baca di blog saya. Sila klik di sini:
      http://nota-kembara.blogspot.com/2012/04/melbourne-9-aktiviti-lasak-seronok-yang.html

      Delete
  6. Aduhhhh...memang lawa sangat2 Melbourne ni Mie... teringat sekeping gambar Kemang kat depan bangunan tu..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja lawa, malah bandar yang tenang sebab tidak banyak kenderaan, terutamanya di dalan kawasan CBDnya. Kemang pernah ke sana... kenapa blognya yang dulu semacam dah di gunakan orang lain...

      Delete
  7. Replies
    1. Welcome Arjunakirana. Kali pertama membuat komen di sini. Saya selalu je singgah blog AK sebab linknya ada kat sebelah...

      Delete
  8. Moment yang cukup indah kan PLM..... kalau boleh nanti PLM buatkan jumlah perbelanjaan ke Aussie senang nak bajet perbelanjaan. itinerary dah hampir siap.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kenangan yang terindah... entah bila boleh sampai lagi. Bajet akan cuba diusahakan di akhir entry nanti. Farel kena tunggu sampai semuanya selesai...:)

      Delete
  9. Sob sob sob menangis di mesin atm mcm mana nsk melancong brlum gsmi duit dh kering
    Waduh2 farel nk ke melbourne ke no wonderlah dok korek info dari PLM
    Dari pengamatan Jm lepas baca entri ni rasanya melbourne lgi BEST dari Sydney tul tak? Ke Jm salah guess

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Jm... Farel tu nak ke sana tahun depan katanya...

      Ramai yang cakap Melbourne lebih best dari Sydney. Orang kampong, NA pun cakap macam tu... jadi sohih lah tu...

      Delete
    2. Hehehe.... pecah lobang awal-awal lagi dah dgn kak JM... hehehe insyallah nampak gayanye mcm tu ler... tu yang gigih korek tips-tips daripada PLM.

      Delete
    3. Bolehlah JM join trip farel sekali...

      Delete
    4. Jm nk pegi dgn PLM, x nk pegi dgn org lain sambil hentak2 kaki
      *matilah d cop mengada ngada pulak, PLM, Jm gurau je tau :-)

      Delete
    5. Kalau saya nak mengulang memang lambat lagi,,, dengan farel tahun depan je... sempat lagi tabung ayam tu penuh... :)

      Delete
    6. A'ah kak JM kalau nak join mai la.. lagi pun trip ni ada je member farel. Pompuan. Ustazah lagik tau.. gituuu... kalau nak join pm je farel.

      Delete
    7. So JM... green light tu...janganlah malu-malu... :)

      Delete
  10. rindu lak kat melbourne. antara city yg sesuai kalo nak migrate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah John, macam dah ada niat tu...saya setuju tempat yangsesuai untuk mihrate... orang Asia pun ramai kat sana...

      Delete
  11. X sewa basikal ker pusing2...? he..he... kiranya flinders area ni central lah ye..? cntik gmbr pokok2 yg sedang menguning tu kan.. nak masuk winterlah katekan...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak berbasikal kat sana... Jadi cik Fari tak ke Melbourne selepas Sydney rupanya...

      Flinders tu terutama Federation kira macam kawasan yang agak happening di Melbourne... Cantik pokok2 tu tapi tak berapa meriah autumn nya...

      Delete
  12. Xtau kenapa tapi suka sangat tengok suasana kat Melbourne. Nak lagi kalau tengok orang bergambar depan Flinders Station tu. Rasa macam feeling klasik gila. Buildings kat sana memang lawa2 kan. Kena gigih menabung ni, xnak berangan tengok orang posing depan Flinders tu je. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tiba masanya Bie jalan-jalan ke bahagian Selatan pulak... tukar angin... Kalau dapat pergi dua minggu pun best...

      Delete
  13. Assalam pak mie. Belom pg2 lagi lah ke oz ni. InsyaALLAH sarah besar sket next destination oz nih. Haih bila nak sampaiiiii tah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je Beb bawa anak kecik jalan-jalan, tapi penat sikitla. Nak tunggu besar, nanti ada satu lagi pulak... hehe

      Delete
  14. Bestnya.... Jangan gelapkan muka. Sekali-sekala tunjukkan muka yg handsome tu... Anaknya handsome tentu abahnya pun handsome...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ada sponsor nak bayar model tu en Din... tu yang terpaksa kaburkan muka... hehe

      En Din... harap lepas cover trip mabuhay tu... trip Aussie lah pulak... :)

      Delete
  15. Dulu baca, sekarang baca balik pasal akan ke mel hujung tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya dapat mengulang ke Melbourne... jangan lupa postingnya...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...