Wednesday, June 11, 2014

Sydney and Melbourne Part 2 - Circular Quay

Selepas berehat sebentar, mengisi perut dan tunaikan kewajipan kami keluar semula untuk ke Circular Quay. Berpandukan peta train yang di bawa mudah saja untuk ke sana. Oleh kerana kami dah beli MyMulti3 jadi kami gunakan train saja sebagai pengangkutan utama. Ada juga pilihan lain iaitu free CBD shuttle bus bernombor 555 yang bergerak dari stesyen Central untuk ke sana.

Dari Kings Cross ke Circular Quay

Perkhidmatan bas ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 3.30 petang pada hari bekerja dan berakhir pada jam 6.00 petang pada hujung minggu. Kekerapannya ialah setiap 10 minit. Walaupun free tapi nampak macam leceh sebab banyak sangat berhenti. Tapi kalau sesiapa yang tak berniat membeli MyMulti, ini mungkin pilihan yang terbaik.

Laluan free CBD shuttle bus No 555 dari stesyen Central.

Dalam stesyen Kings Cross.

Apa yang ada di Circular Quay... Di sini terdapat dermaga feri untuk ke beberapa destinasi seperti Manly, Darling Harbour, Parramatta, Taronga Zoo dan lain-lain. Bangunan Sydney Opera yang gah itu pun terletak tidak jauh dari sini. Sesampai saja di sini kami tidak terus ke bangunan Opera House sebaliknya terus menuju ke wharf No 2 untuk ke Manly. Gunakan kad MyMulti3 untuk melepasi gate. Sebenarnya foto bangunan Opera House lebih cantik jika diambil dari feri. Jadi kami bercadang ke sana selepas balik dari Manly.

Kawasan dermaga feri

Perjalanan akan mengambil masa lebih dari setengah jam. Yang bestnya feri ini dilengkapkan dengan wifi. Masa kami di sana sudah hampir masuk musim sejuk, jadi waktu siangnya agak singkat. Jam 5.00 petang hari sudah mulai gelap dan waktu maghrib pula ialah pada jam 5.15 petang. Jadi semuanya terpaksa dilakukan dengan cepat.

Lebih selesa bersidai di luar.

Foto Bangunan Opera House yang diambil dari feri.

Pemandangan di sekitar Circular Quay.

Bangunan kediaman di sepanjang perjalanan ke Manly.

Sampai di Manly Wharf.

Jarak antara Manly Wharf ke Manly Beach ialah kira-kira setengah kilometer. Sebahagian jalan menuju ke pantai dijadikan kawasan pedestrian yang dipanggil The Corso. Banyak kedai cenderamata dan cafe di sepanjang pedestrian ini.

Kedai cenderamata yang berasaskan kraf masyarakat orang asal.

Makanan tidak menjadi masalah.

Banyak burung camar yang berkeliaran di sini.

Manly Beach

Tidak ramai orang bercanda di tepian pantai kerana bukan hujung minggu.

Pantainya agak landai.

Burung-burung camar sedang menunggu kami makan.

The Corso.. laluan yang sama kami balik ke Manly Wharf.


Antara bangunan yang menarik di sini.

Sebenarnya kami tak lama di sini kerana mahu mengejar sunset semasa menaiki feri menuju ke Circular Quay. Kebetulan cuaca petang itu memang sangat baik.

Sunset di Manly

Bandar Sydney di bahagian seberang Harbour Bridge.

Sebahagian bandar Sydney dan Harbour Bridge dari kejauhan.



Menghampiri Circular Quay ferry wharf.




Sampai di sini barulah kami menuju ke bangunan Opera House. Banyak kedai makanan dan minuman di sepanjang jalan untuk ke sana, tapi kebanyakannya tidak sesuai untuk kita. Ada juga terdapat kedai cenderamata di sini tapi harganya agak tinggi.


Ada wifi percuma jadi melepaklah sekejap di sini.


Dari Opera House kami menuju semula ke ferry wharf. Cadangannya ialah hendak ke Darling Harbour pula. Untuk ke sana ferinya terletak di wharf no 5. Selepas melepasi gate, ada ternampak sebuah feri yang hampir berlepas. Tanpa  melihat kiri kanan kami terus masuk. Rupa di wharf ini ada dua destinasi yang berlainan. Kami sudah menaiki feri yang salah. Nak tahu ke mana destinasinya... Parramata yang mengambil masa hampir dua jam pergi balik. Masa tu dah terpikir macam manalah kami nak balik jika feri tu menamatkan perkhidmatannya. Nasib baiklah pada malam itu penumpang agak kurang. Penumpang semuanya sudah habis turun apabila sampai di Chiswick iaitu pertangahan perjalanan dan feri berpatah balik semula ke Circular Quay. Lega betul rasanya masa tu...

Tapi tetap juga kami nak ke Darling Harbour walaupun hari sudah agak lewat. Sampai di sana kami tidak turun di jeti pertama tapi di jeti kedua berhampiran Australian National Maritime Museum. Jadi tak dapatlah kami melintasi Pyrmont bridge dengan pemandangan yang cantik di situ. Sebenarnya dapat juga kami menyeberangi Pyrmont Bridge pada hari hari terakhir di Sydney.


Sampai saja di Pyrmont kami terus mencari stesyen LRT yang terletak di bawah satu bangunan. Inilah satu-satunya laluan LRT di bandar Sydney. Dalam LRT ini ada seorang konduktor tiket seperti dalam bas. Bagi pemegang MyMulti3 tunjukkan saja kad dan resit zone 2 akan diberikan sebagai bukti pembayaran.


Perhentian LRT, Yang uniknya kat sini kita boleh melintas atas landasan, malah disediakan laluan untuk melintasinya.

Laluan LRT untuk ke Central. Bagi yang mahu makan makanan laut boleh ambil LRT ini dan berhenti di perhentian Fish Market yang dibuka pada waktu siang. Begitu juga untuk ke Paddy's markets.

LRT kota sydney, cuma mempunyai dua coach.

Sampai di King Cross sudah hampir sebelas malam. Nasiblah Mr Deno masih belum menutup kedainya. Pemilik kedai ini ialah orang berketurunan Turki. Sempat kami membeli tiga kebab untuk makan malam yang dah terlewat. Harganya AU$10 setiap satunya. Tiga biji kebab berharga RM90... fuhh. Tapi memang kenyanglah sebab saiznya XL gitu.


 Pizza dan Gozleme pun ada.

52 comments:

  1. Oh saya tak sempat nkpi Manly aritu...adik sy yg dh pnah ke sana ckp ada 1 kdai burger halal yg best kt sana....wah cantiknyaaaa gambar sunset tuh....nyaman je rasa...rasa mcm saya pun ada atas ferry tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugila tak ke sana... Best burger tu memang pernah dengar tapi kami tak cari pun sebab kalau setakat nak isi perut taklah susah sangat kat sana...

      Memang best naik feri tu...ada wifi lagi...

      Delete
    2. Makanan halal memang mudah dicari sebab ramai orang Islam di sana. Hidangan makanannya biasanya besar/banyak.

      Delete
    3. Betul tu... kita tak perlu risau sangat bila pergi Aussie ni... cuma harganya agak tinggi...

      Delete
  2. Pak Lang Mie : JM balik umah semalam dh sampai 'ole2' dari Aussie. Kebetulah adik ada di rumah dia yg tolong accept barang tu. Wah!!..terus jadi sumber inspirasi nk ke Melboure..JM lekat kat partition

    Suka sgt Aussie sbb langit kat sana biru mata hitamku. Sunset di Harbour bridge tu mmg ohsem cuma x best kan sbb malam cepat. wow..berjalan sungguh jam 11 mlm baru sampai hotel :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah sampai...

      Gitulah JM sesekali sampai, kita rondalah sampai takat mana yang larat... Memang siangnya agak singkat. Kalau nak panjang kenalah pergi musim panas, tapi tek best lah pulak... buat basah ketiak je...

      Delete
  3. Subhanallah lawanye gambar sunset tu. Banyak lak tu dapat snap. So Opera House memang perfect nak snap masa atas ferry, ok tu amik note awal2. Hihi peginya insha Allah. Bak kata John, no tix no talk nanti kena cerca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kamera canggih tentu hasilnya lagi cantik... Kalau naik feri kurang sikit halangan untuk ambil foto opera house tu... Tapi Bie macam dah ada tiket je... hehe

      Delete
  4. Subhanallah...cantiknya view sunset. Saya suka entry mie yang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik.., nanti zila bolehlah terjah Sydney pulak...

      Delete
    2. Ya, saya pun suka gambar-gambar dalam entri ini. Cantik sangat-sangat. Mesti kamera baru yang jenis baik punya.

      Terjah Sydney Zila...

      Delete
    3. Kebetulan cuaca pun amat baik... tapi kualiti foto kurang memuaskan hati saya... pakai kamera lama juga...

      Zila... apa lagi...

      Delete
    4. Hehehe..InsyaAllah..hati saya ni sebenarnya melonjak2 spend masa kat tempat yang dikelilingi salji..masih mencari-cari tempat yang sesuai..tapi Sydney memangpun saya nak pegi...tamak pulak rasanya..hehe

      Delete
    5. Wah zila nak ke Europe lagi lah tu... kalau tak mungkin ke Kashmir atau NZ...

      Takdelah tamak...selagi masih muda,solo dan berkemampuan ni jalan-jalanlah puas-puas... hobi katanya...

      Delete
  5. Sunset di Hambour bridge sangat indah. Burung camar banyak banget Pak Mie. mungkin karena tidak ada yang mengganggu, burung liar pun bebas berkeliaran di bandar tidak takut sama manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca agak baik, itu yang dapat hasil yang agak cantik juga... Burung camar tu sepatutnya makan ikan, tapi mungkin dah jemu... mahu mencuba makanan lain... hehe

      Itulah yang menghairankan, mengapa haiwan liar di sana kebanyakannya tidak takut dengan manusia...

      Delete
  6. Alhamdulillah..saya pun baru pulang malaysia.best sangat dekat ausie tu.tapi sayang tak p sydney.seronok lihat ala2 sunset dkt picture harbour bridge tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik nun pergi mana kat Aussie tu,,, Melben ke? Sunset tu agak menarik padahal baru jam lima petang...

      Delete
    2. Yup melben ja.Cakap tentang kul 5.geram ngan waktu.kul 5 ke 6 dah gelap.mcm kul 9 malam kan.

      Delete
    3. Betul tu... nak ronda-ronda pun tak selesa...anyway saya lebih suka Melben dari Sydney...

      Delete
    4. Haa..masa nak ke GOR ada sorang nie dari uk.dia pun bagitawa yang melben lagi best dr sydney tu..

      Delete
    5. Tapi kenapa cik nun tak pergi Sydney... ruginya... hehe

      Delete
  7. Replies
    1. Bolehlah shin... semua dengan keizinanNya jua...

      Delete
  8. banyak kedai kebabs..senang nak cari makan...layan view sunset and opera house..awesome..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... memang senang fasal makanan tu tapi harganya yang tak tahan... sunset cantik sebab kebetulan cuaca baik waktu itu..

      Delete
  9. Ha..ha.. mana2 pergi memang carik wifi aje kan... saya dan kawan2 pon lepak lama dkt2 sydney opera house tu (yg dekat2 restoren), guna wifi freee... laju plak tu... sampai x nak balik... Memang gambar opera House dari atas feri lagi terang dan cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain kat sekitar opera house, kat Central station pun ada wifi... lama juga kitaorang melepak kat depan stesyen LRT... Cik Fari pun naik feri ke untuk amik foto opera tu...

      Delete
  10. Alhamdulilah souviner dari Sydney telah selamat diterima. TQ PLM. Suka sangat ni. hehe...
    Tengok dan baca pulak sambungan story PLM ke Aussie ni sangat mengujakan dengan pic yang sgt super marvellous gitu!.... Tak sabar nak ke sana pulak!
    TQ jugak PLM sebab berkongsikan Itinerary Aussie. Kebetulan destinasi yang akan dituju sama. Insyallah akan dijadikan panduan kami nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur dah sampai. Farel akan kedua-dua city tu ke...bagus..bagus.. bolehlah menabung lebih awal... hehe.

      Delete
    2. Ye.. Insyallah. dari sydney ke melben to PLM naik flight ape? Brapa harga? skang tengah survey antara JetStar dgn Tigerair. Paling murah pergi balik dlm RM481. tu dah kira murah ke?

      Delete
    3. Nape pulak jadi faizal ni,,,:)

      Dulu saya ambil one way je sebab balik KUL ikut Melben. Tiger Air... tambangnya AU$49/pax(RM150)... sangat murah tu...Kalau RM481 return rasanya masih OK lagi...

      Delete
    4. Hehe....tetiba bertukar name pulak. kekeke.... Ooo.. patut ler murah. Igt PLM ambik return flight. Kat Melben tu pun ada 2 airport. takut gak kalau salah terminal. Tak nak ambik risiko, cari yang turun dekat Tullamarine. Senang situ banyak info leh cari dari bloggers lain.

      Delete
    5. Tiger air mmg landing kat Tullamarine airport.... terminal 4. Pastu ambik skybus kat terminal 3.. sonang je...

      Delete
  11. Cantik gambar opera house dengan langit biru tu..untung laaa sebab masa saya pergi langit kelabu jek sob sob sob...
    Kalau pergi travel ni...kita memang guna maksimum masa yang ada kan en. mie...pedulikan penat ke tidak...Tau tau sampai bilik hotel baru terasa kaki lenguh, badan sakit hehehe...Berjalan dari awal pagi sampai lewat malam tu biasa laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah... saya ke sana masa autumn gitu...jadi cuaca pun agak baik... Takpe cik Ta boleh repeat lagi ke sana... maybe terus ke NZ pulak.

      Memang penat tapi hati puas... bukan selalu nak ke sana... lagipun kosnya bukan sikit...

      Delete
  12. difoto sunsetnya indah sekali, apalagi aslinya ya pasti lebih indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul... yang aslinya memang sangat cantik... mesti alami sendiri...

      Delete
  13. Lawanye Manly Beach. Tidak ramai turis pulak. Apa kerana sedang winter ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah keadaannya di negara maju... semuanya nampak lawa dan teratur. Indra kan pernah ke Europe... bila kelapangan nanti bolehlah ke Aussie pula...

      Delete
  14. Sekarang winter di aussie... Winter tu best... Suam2 je... Tak sejuk pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah en Din respeklah... jalan-jalan secara marathon sejak awal tahun lalu... memang best dan nyaman sangat kalau ke sana pada waktu ini...

      Delete
  15. wah untung lah Mie walau pun cepat gelap..gambar cantik cantik dan terang. nrkcik gi lbig kurang time ni jugak tapi pukol 5 tu da gelap meraba
    sib baik tak stranded naik Tiger Airways..kami dok dlm kapal 3 jam..dia tak.mngauuum...skrew longgar hu..hu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ruginya pergi musim sejuk, waktu siangnya agak singkat... yang bestnya persekitarannya nyaman sekali...

      Oh Nekcik pun ambik Tiger air ke... tapi dari Sydney ke Gold Coast kan...tiga jam... boleh tahan lama juga tu...

      Delete
    2. Mie..flight SYD - BRISBANE tu cuma 1 jam ke camtu ...yg 3 jam tu dok dlm kapalterbang YG TAK TERBANG kat airport...ada teknikal prob..tunggu engineer chek smua..cuaak jugak..tapi hanya dapat air mineral jer!!!

      Delete
    3. Kalau dah tau ada masalah ,ngapalah disuruhnya masuk dulu dalam kapalterbang tu...dahtu kedekut pulak tu...

      Tapi memang cuaklah kalau mende tu berlaku... Nekcik bila lagi nak terobang ni... dah lama sangat berehat...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...