Monday, June 9, 2014

Sydney and Melbourne Part 1 - Berlepas ke Sydney

Kredit terutamanya untuk blogger JM, DJ dan Rozita untuk trip kali ini kerana mereka masih belum lama ke sana. Jadi, fakta-faktanya masih agak relevan.  Juga sahabat-sahabat blogger yang lain.

Inilah percutian pertama kami bertiga melalui klia2. Untuk penerbangan yang menggunakan AAX tempat berlepasnya ialah di bahagian paling belakang sekali iaitu selepas melalui jambatan udara. Maknanya kenalah datang lebih awal untuk mengelakkan sesuatu perkara yang tidak di jangka. Memang agak jauh kena berjalan tapi lebih selesa, kerana semuanya berada di dalam bangunan berbanding LCCT yang dulu.

 Tiba di kawasan perlepasan antarabangsa. Pilih untuk kekiri atau ke kanan bergantung kepada destinasi kita.

 Tempat melepak di tengah-tengah bangunan.

 Kemudahan surau juga ada disediakan di kawasan berlepas.

 Banyak penerbangan ke Australia berlepas pada waktu malam.

 Ada juga disediakan travelator.

 Gate Q12 destinasi Sydney.

Penerbangan KUL-SYD mengambil masa lebih dari lapan jam. Selepas selesai makan, barulah kita orang tidur dengan nyenyaknya. Alhamdulillah sampai di Sydney dengan selamatnya pada jam 9.30 pagi.


Borang ketibaan ini sebenarnya dah diberikan semasa dalam penerbangan lagi. Kalau rasa ada nak repair bolehlah buat di sini. Jika ada bawa barang makanan dan ubatan sila tanda X di nombor satu dan enam, kalau tak pasti.

 Alhamdulillah kami melepasi kaunter Imigresen tanpa banyak soal. Kalau datang bersama keluarga boleh terus ke kaunter secara berkumpulan. Berbaris lagi untuk diperiksa beg yang dibawa oleh pegawai kastam dan anjing. Tak usah risau, anjing tu tak menghidu secara terus ke beg tapi agak berjarak. Jika dia rasa suspek, dia akan berhenti di sebelah beg. Beg itu kemudian akan di periksa oleh pegawai kastam. Kami punya semuanya OK... syukur.

 Selesai semuanya, kami mencari arah untuk ke train. Senang je sebab banyak penunjuk arah.

 Beli tiket di kaunter lebih mudah. Penjaga kaunter akan tanya destinasi kita. Macam kami, kami akan ke Central. Tiketnya ialah AU$16.40 (RM50). Ini di panggil gate pass iaitu nilai yang standard. Mahal betul padahal cuma melepasi tiga stesyen je untuk sampai.

 Beli juga tiket MyMulti Zone 3 di sini yang berharga AU$63 (RM189) untuk penggunaan dalam tempoh seminggu. Walau kami cuma tiga hari je di Sydney tapi memang berbaloi-baloi sebab kami belasah cukup-cukup dan rasanya memang lebih dari nilai pada kad tu. Kad ini boleh digunakan untuk menaiki train, feri, LRT dan bas hingga ke zon 3.

 Platform 1 menuju Central dan berakhir di Circular Quay (sebutan Circular Kay).

 Kebanyakan train di Sydney adalah dua tingkat.

 Sampai di stesyen Central bersama bodyguard yang lain pulak.

Besar juga stesyen Central ni. Dari Central kami ke platform 25 iaitu yang paling hujung untuk ambil Illawarra line. Laluan ini berakhir di Bondi Junction dan kami turun di stesyen King Cross.

 Pintu keluar masuk stesyen King Cross. Memang tidak kami jangka rupanya kawasan ini menjadi meriah pada waktu malam??? Kedai menjual peralatan itu pun ada di sini.

 Tiba di hotel penginapan dalam jam 12 tengah hari, tapi sudah boleh check in.

 Kami bertiga tapi diberi bilik untuk empat orang.

 Kemudahan yang minima tapi cajnya lebih RM300 semalam.

 Pemandangan dari bilik. Harbour bridge nampak sayup-sayup.

Jangan cuba-cuba nak masak dalam bilik ini. Malah wap dari bilik air juga boleh mengaktifkan alat pengesan asap.

51 comments:

  1. Agak ketat undang-undang hotel ini. Hotel Ibis ke?

    Untuk mengelakkan smoke detector menghidu asap, saya selalu tutupkan smoke detector itu dengan plastik. Selamat :)

    Kos sara hidup tinggi dan segala-galanya mahal di Sydney.

    Semasa ke Sydney dahulu saya menginap di rumah kenalan dan kemudiannya di Dewan Malaysia, jadi jimat dan tak membimbangkan poket saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah NA... hotel Ibis. Memang ada bawa travel cooker, tapi tak digunakan langsung. Memang ada idea juga nak tutup smoke detector tu tapi tinggi pulak...

      Memang segalanya mahal... ipar saya yang pergi seminggu selepas saya pun mengakui bab itu. Dia cakap kos kat UK tak semahal itu sebab dia pernah study kat sana...

      Memang untung kalau ada kenalan kat sana, sebab lodging mengambil kos agak besar untuk trip ke sana...

      Delete
  2. Replies
    1. Memang best ZF tapi kos agak tinggi... kalau gi solo mungkin lain ceritanya....

      Delete
  3. Replies
    1. Tu lah en Din... padahal kemudahannya sangat minima...

      Delete
  4. Replies
    1. InsyaAllah en Din... tapi ambil masa sikitlah...

      Delete
  5. bestnya KLIA2..tak sabo ni..tak lama lagi, InsyaAllah..

    Seronok kalau perjalanan semuanya smooth. .memang berbaloi beli pass..belasah habis2an..cuma larat dgn x larat je nak jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...nohas nak ke mana tu...

      Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Kad tu memang sangat berbaloi membelinya...

      Delete
    2. dekat je..seberang tambak...naik bas pun boleh..hehe..

      Delete
    3. Dekat pun takpe janji jalan-jalan...

      Delete
  6. lain negara lain pulak kekdahnya kan... mesti baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tulah CS... blog sahabat blogger memang banyak membantu... Kita belajar dari pengalaman mereka...

      Delete
  7. Saya rasa segala galanya memang mahal di Sydney...nak buat camner...pejam mata aje ye en.mie kalau tak, tak meraa berjalan ke Sydney kannnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cik Ta... kalau beli apa-apa pun jangan nak convert sangat... nanti satu benda pun tak jadi...

      Delete
  8. Sy dulu pun duk kt king cross...dlm hotel mcm hotel sy dulu..Formule1 ke?sy check in dulu mlm..apa yg meriahnya mlm kat situ? Xnmpk apa pun?peralatan apa tg dimksudkan en mie?

    Sydney bersih, cantik...nyaman....i loike...tp loike melben moreee....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe samalah kita DJ. Saya banyak rujuk blog DJ, even untuk beli minyak wangi kat My Chemist tu...

      DJ tak perasan ke kat kedai sederet dengan pintu keluar masuk stesyen King Cross tu banyak kelab yang ada show separuh bogel. Kedai peralatan triple X pun ada kat situ. Saya terperasan sebab ditegur oleh pemandu teksi Muslim semasa membeli kebab kat situ...

      Setuju dengan DJ, semuanya bersih, cantik dan nyaman... tapi lebih suka melben jugak...

      Delete
    2. oo yeke...patut mcm kenal deco hotel tu...hehehe eh yeke?saya duk 1mlm je situ..smpai hostel pun dah lewat malam, naik bas mmg terus berhenti dpn hostel...so tak perasan pape plak kat situ...hahaha haish rugi laaaa....hahahahaha

      Delete
    3. Hahaha DJ manyak rugi lor....

      Delete
  9. Pak Lang Mie : Bila baca story ni ibarat JM travel bersama pulak..Hai..ramai nyer body guard..lebih kurang sebaya je dgn body gurd yg pegi ke Busan hari tu kan maybe yg ini abgnya ek..mesti lebih selesa travel bersama anak2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai JM nak ke sana lagilah tu agaknya... Ok ini kali JM gi Melbourne dan Adelaide sekali...

      Saya ada tiga orang bodyguard... kalau trip mesti bawa salah seorang. Kena tengok betul2 masa cuti dia orang...

      Delete
  10. hemm..senang je ek nak naik train dr airport..tapi tiket dia mak datuk mahai...uhukk... ritu book Malaysian hall alhamdulilah dapat..nak kene cari direction pi sana lak ..yg multiple pass tu mmg seminggu je ek limit dia ke ada mcm2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang semuanya agak mudah tapi mahal banget... Saya malas nak book Malaysia Hall sebab agak jauh dari town. Lagipun depositnya agak tinggi. Dah nak balik baru dapat balik duit tu...

      Kad MyMulti tu ada beberapa kategori. Yang saya ambil boleh digunakan sehingga zon 3 untuk tempoh seminggu saja. Tapi memang berbaloi...

      Delete
  11. Malahnya hotel itu Pak Mie. Harga bintang 4 kalau di Bogor... hehe.
    Bersihnya Bandar Sidney. Statsiun keretapi itu seperti sepi dan kosong ya ? tidak banyak yang naik keretapi kah Pak Mie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belanja untuk penginapan di sana memang mahal banget padahal cuma hotel budget...nangis. Bandarnya memang bersih, maklum negara maju. Sebenarnya ramai orang, cuma kebetulan semua orang baru keluar dari kereta api, baru kami ambil foto. Lagipun stesyen ini besar banget mas Gunadi...selain di atas ada juga laluan kereta api bawah tanah...

      Delete
    2. Boleh dikatakan bersih dan terjaga persekitarannya... Eh... en Din kan ke sana...

      Delete
  12. Selalu kalau orang gi Australia ni memang akan jadi seriau part checking kat airport kan. Alhamdulillah Mie & family settled kejap je. Boleh tahan rate hotel tu. Tapi kalau dah lokasi strategik, kira berbaloi gak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa di periksa dengan anjing kita orang staedy je sebab memang cuma bawa barang2 yang dijangka memang lepas.

      Rate hotel yu memang tak menahan mahalnya walaupun cuma bajet hotel. Nak kata strategi tak juga sebab bukan di city center sangat macam JM duduk tu... JM jugak...

      Delete
    2. Uhuk uhuk uhuk rasa nk terbatuk pulak
      Nak ke melbourne nak blog PLM jadi rujukan JM tau

      Delete
    3. Boleh saja JM, tapi kat Melbourne kalau nak jalan2 kena ikut tour group... tak payah nak fikir sangat cara nak pergi...

      Delete
  13. Replies
    1. Memang mahal tapi itu untuk tiga orang. Ada pilihan lain iaitu stay kat hostel, tapi cik wife tak mahu sebab kena kongsi toilet...

      Delete
  14. mahalnya...kalau kat malaysia dah berbintang2 hotelnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sana semuanya memang mahal... hotel macam tu mungkin bertaraf satu bintang je...

      Delete
  15. Kisah pengembaraan di Australia pun bermula.. Setuju sangat kalau nak pi aussie refer blog Kak JM, Kak DJ.. tapi Rozita tu siapa pulak erk.. huhuhuu :D *baru nak blog walking hahahaa :P
    Tak boleh masak tak apa la.. asalkan ada pantry untuk buat air panas.. nak guna microwave kan atleast :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afif kalau nak tahu siapa Rozita, masuklah ke blognya. Saya panggil dia cik Ta, kaki jalan juga dia tu

      Haah... nasib baik ada kemudahan microwave dan air panas kat pantrynya. Boleh juga mengeteh, mengopi dan memeggi kat bilik...

      Delete
  16. Salam, naik flight malam ya..? senangkan sampai pagi...kami hari tu naik flight pagi coz flight malam waktu tu mahal plak bila check... Saya rasa imigresen check dkt sydney x seketat di Gold Coast la..kalu di Gold Coast sampai 3x check makanan lepas tu ada anjing bagai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... flight saya malam dan sampai pagi... untung sikitlah pasal masa. Dapat waktu tu pun sebab booking dah lama. Tu lah, rasanya macam simple je pemeriksaannya... kalau tau memang bawa macam2 makanan...

      Delete
  17. tertinggal keteapi...nekcik coti coti pantai jerk..tu yg tenet tngrlam timbol ni
    iyalah kat sydney duit abis blii air mineral ngan biskut tim tam jer
    nasi goreng kat msian hall pun rm30 sepinggan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah Nekcik bercanda di tepian pantai ke... best juga tu... cuti2 Malaysia...

      Betullah Nekcik... segalanya mahal kat Aussie ni...kebab seketul pun RM30... Tapi entah kenapa rasa nak pergi ke sana lagi pulak... hehe

      Delete
  18. mahalnyaaaaa harga bilik.. kering poket cenggini o.O

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal gila kan... walaupun cuma ada kemudahan simple je... CT boleh cari yg lebih murah tapi hostel lah...

      Delete
    2. As salam...nak tanya ada x transport dari sydney ke melbourne selain flight...blh email ke amirmuslim23@yahoo.com
      Terima kasih

      Delete
    3. Ada perkhidmatan bas dan kereta api di antara dua bandar tu tapi ambil masa yang agak panjang...Harga pun tak jauh beza jika naik flight bila ada offer...

      Delete
  19. En Mie, masa booking ibis budget Hotel tu WAJIB bayar juga ke kos VAT tu? atau takyah masukkan pun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau kita buat tempahan melalui booking.com akan ada pecahan harga iaitu untuk bilik dan VAT sekali. Sekarang ni potongan tidak dibuat serta merta tapi dalam seminggu sebelum kita check in. Pembatalan boleh dibuat bila-bila tanpa caj sebelum tarikh tersebut. Tapi kalau kita buat tempahan melalui website Ibis sendiri lain situasinya...

      Delete
  20. Pak, boleh tanya ini bilik 4 orang di Hotel Ibis Sidney yang beralamat di mana ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Jupini...

      Hotel Ibis Budget Sydney East, William Street berhampiran King Cross metro station...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...