Hari ini kami bercadang nak pergi ke Blue Mountain. Jadi pagi-pagi lagi kami dah keluar untuk mendapatkan kereta api separuh ekspres terawal ke sana. Kat Sydney ni kereta api walaupun waktu pagi tidaklah sepadat seperti di Korea atau Jepun. Jadi agak rilek sikitlah. Sampai di stesyen Central sempat ditegur oleh seorang pekerja kereta api keturunan muslim Fiji. Jadi tak payahlah kami susah payah mencari platform, tanya terus je kat dia.
Untuk kereta api intercity platformnya ialah dari nombor 4 hingga 15. Untuk ke Katoomba iaitu stesyen terdekat ke Blue Mountain ialah platform 4. Jika ke sana perhati betul-betul monitor yang ada di setiap platform. Kedudukan kereta api mungkin boleh berubah. Dengar juga pengumuman yang diberikan. Macam kereta api yang saya naik, untuk ke sana, perlu naik empat koc yang di hadapan.
Bagi yang ada MyMulti 3 memang senang sebab stesyen Katoomba ada di dalam zon 3. Di sepanjang perjalanan beberapa kali pemeriksa tiket akan memeriksa tiket, jadi simpan baik-baik. Kami dapat kereta api yang berlepas pada jam 8.24 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam.
Oleh kerana kereta api adalah intercity, jadi ianya hanya berhenti di stesyen utama sahaja hingga ke Blacktown. Dari situ barulah kereta api akan berhenti di setiap stesyen hingga ke Katoomba.
Platform 4 untuk ke Blue Mountain.
Untuk mendapat pemandangan yang cantik, duduk di tingkat atas. Yang bestnya tempat duduknya boleh di ubah arah dengan mudah, dengan menarik pemegang besi di sisi tempat duduk.
Stesyen Katoomba
Ikut laluan ini untuk ke Katoomba street. Seberangi jalan dan tunggu bas untuk ke Echo Point di depan Hotel Carrington.
Trolley bus Blue Mountain. Tunjukkan MyMulti3 kepada pemandu semasa menaiki bas ini.
Ada beberapa tempat tarikan yang ada di sepanjang jalan ke sana. Antaranya ialah kilang coklat, tapi kami tak turun dan terus ke Echo Point.
Echo Point.
Objek yang paling menjadi tumpuan, three sisters.
Happy sungguh sebab cuaca amat baik sekali.
Bas akan datang ke sini selang setengah jam. Naik semula bas ini untuk ke Scenic World pula.
Antara aktiviti yang boleh di buat di sini ialah menaiki skyway, railway, cableway dan jalan-jalan di walkway. Tiket untuk kesemua aktiviti tersebut berharga AU$35.
Imbas wristband untuk memasuki sesuatu tempat. Ada tiga kawasan masuk yang berlainan untuk setiap aktiviti, kecuali walkway yang ada di penghujung cableway.
Skyway tanpa tiang yang melepasi jurang. Hampir tiga puluh orang boleh masuk sekali gus. Ada lantai cermin di bahagian tengahnya.
Tiga beradik perempuan tu masih dapat dilihat dari sini.
Skyway di Scenic World.
Blue Mountains National Park di hujung perhentian skyway.
Fish and chips serta salad buat mengalas perut. Salad tu macam rumput tapi sedap.
Aktiviti seterusnya ialah menaiki railway.
Kecuramannya mencapai 45 darjah.
Pemegang disediakan di bahagian atas.
Laju semacam je masa turun... kalaulah kabelnya putus. Masa naik semula jalannya pula secara berundur.
Aktiviti terakhir kami di sini ialah menaiki cableway.
Pemandangan dari dalam cableway. Di hujung perhentian cableway ini terdapat walkway, tapi kami skip.
Semua pintu keluar masuk berakhir di dalam kedai cenderamata ini.
Dari kawasan Scenic World, Blue Mountains ini kami terus balik ke stesyen Katoomba. Rancangan seterusnya ialah untuk ke Featherdale Wildlife Park yang terletak di Blacktown. Bandar Blacktown ini terletak dipertengahan perjalanan balik ke stesyen Central. Sampai di stesyen Blacktown sudah menghampiri jam tiga petang. Untuk sampai ke sana mungkin sudah jam empat petang kerana terpaksa mengambil bas. Sedangkan jam lima petang cuaca sudah mulai gelap. Rugi rasanya kalau ke sana sebab masanya singkat sangat. Jadi kami terpaksa membatalkan rancangan untuk ke sana.
Istimewanya Featherdale Wildlife Park ialah binatang yang ada di sini semuanya merupakan binatang eksotik Australia dan boleh beramah mesra dengan binatang yang ada di situ tidak seperti di Taronga Zoo. Tiket masuknya ialah AU$29.
Panduan untuk mereka yang hendak ke sana. Pergi ke stesyen bas yang terletak berdekatan dengan stesyen kereta api Blacktown. Ambil bas bernombor 725 di stand 9. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit.
Stesyen Blacktown.
Stand nombor 9 (cilok dari Google)
Kami tak turun pun di stesyen Blacktown dan meneruskan perjalanan ke Central dan terus ke hotel. Banyak betul berjalan di Blue Mountains tadi. Sendi-sendi perlu direhatkan dulu sebelum keluar lagi pada sebelah malamnya.
Esoknya adalah hari terakhir kami di Sydney dan aktivitinya sudah agak padat. Jadi malam tu kami bercadang nak ke Bondi Beach untuk melepak kononnya. Stesyen Bondi Jucntion terletak hanya dua perhentian saja dari hotel penginapan kami di Kings Cross.
Besar gedabak punya sign board.
Wei... tempe pun ada...hehe
Sampai di Bondi Junction kami ambil bas yang menuju ke Bondi Beach. kalau tengok pada map, kita boleh berhenti di penghujung bas stop untuk ke pantai. Tapi nan hado...kata orang.. Rupanya sampai di kawasan perumahan Dover Heights dan dijerit oleh pemandu bas untuk turun. Tu lah konfiden sangat... tak mahu bertanya.
Posinglah sekejap sebagai tanda kami dah sampai sini. Korang dah sampai sini ke... hehe
Gozleme... inti telur dan sayur bayam. Sedaplah juga.. AU$10 saja.
Nasib baik sebelum ke sini sempat beli bekalan di kedai Mr Deno. Melepaklah kami di sini sambil makan sementara menunggu bas yang seterusnya. Rupanya pantai Bondi terletak di pertengahan jalan. Masa perjalanan balik baru perasan, tapi malas pulak nak singgah. Badan pun dah letih teramat.
Waduh.waduh...fish & chips tu buat saya rasa nak terbang sekarang juga ke Australia...lama tak makan makanan sedap ni ....yum yum yum....
ReplyDeleteBlue Mountain tu saya sekeluarga dah pernah pergi. Kami memandu dari Melbourne ke Sydney. Tapi Bondi Beach tu tak pernah pergi. Ingat Bondi ingat Mr Bean. :D
Fish & chips tu memang sedap...sebab agak garing gorengannya... terliur pulak...
DeleteIpar saya juga ke sana selang seminggu dengan saya. Dia menyewa kereta dan memandu dari Mebourne ke Sydney... katanya kosnya lebih mahal... Mungkin disebabkan NA tinggal di sana, keadaannya berlainan...
Bondi beach... saya pun tak sampai sebenarnya... sebab tersesat..
bestnya naik segala way yang ada di Scenic World tu...saya dulu hujan dan berangin kuat giler...plus masa tak banyak...so skip je situ...hehehe takde rezeki la...nakpi lagi, tak tau bila tah...hehehe
ReplyDeleteeh pekerja muslim kat platform train nakpi Blue Mountain tu, ntah2 pakcik janggut yang sama tegur saya dulu...baik btol pakcik tu siap tlg ambilkan pamplet lg utk ktorg...terharu....
orang ckp, malu bertanya, sesat jalan...haaaa kan dah sesat smpai masuk kawasan rumah org...hehehe masa lalu tepi pantai tu mmg taknampak ke?takde lampu ke pantai tu malam2?hehehe
Maknanya DJ cuma ronda-ronda aje lah ye... ruginya... Tapi ada alasan nak pergi lagi...
DeleteHaah memang abang janggut... Mungkin orang yang sama. Siap tunjukkan arah masjid lagi di Surry Hill tu dengan h/p nya...sebab hari tu hari Jumaat...
Ye lah DJ... pengajaran tu. Tapi kat map di stesyen bas tu tunjuk boleh je ke pantai di perhentian terakhir. Jalan pun agak gelap malam tu... takde rezeki nampaknya...
Kawan baru balik dari Blue Mountains haritu, gambar dia kelabu asap je sebab banyak sangat kabus. Scenic World tu menarik minat saya. Best dapat tengok scenery dari tempat tinggi. Doable gak Sydney dalam 3-4 hari kan. Kalau saya, memang akan singgah kat kilang choc tu. Hihi hantu cekelat.
ReplyDeleteWah nampaknya saya sangat bernasib baik sebab cuaca memang amat baik sepanjang berada di Sydney. Blue mountains ni memang tempat wajib dilawati kalau ke Sydney... maybe your next trip... Banyak juga tempat boleh cover, cuma kena plan betul-betul...
DeleteCuaca cantik gambar-gambar pun cantik.
ReplyDeleteSyukur... cuaca menyebelahi saya. Udara pun nyaman je...
DeleteTeringin sangat nak naik railway tu...
ReplyDeleteSilalah repeat ke Aussie lagi cik nun... hehe
DeleteHahaha...InsyaAllah..
DeleteJom gi lagi... saya akan kr sana lagi tahun depan... tapi lain destinasi...:)
DeleteBetul ke ni???nak ikot!!bulan brapa tu?lain destinasi tu ke mana??
DeleteHehehe... betul.. tiket pun dah ada, tapi nantilah dulu... saya gi dengan family...
DeleteItinerary pun dah ada... sahabat blogger bermurah hati berkongsi info... :)
Wah best nya..nanti kongsikan info ok..
DeleteBoleh je... tapi lambat lagilah CN...
DeleteTakpa..CN tunggu..hehehe
DeleteRailway tu..berdebar jugak kalau naik.
ReplyDeleteTu anak en.mie eh? Gambar melompat tu mmg terbaik!
Masa turun memang mendebarkan... rasa macam train tu dilepaskan begitu je...
DeleteHaah Ujie... kebetulan dia sorang saja yang free... sebab cuti semester..
kami baru balik dari Perth..Mmg best Aussie..:)
ReplyDeletePasni bolehlah ariana ke Sydney dan Melbourne pulak...hehe
DeletePak lang mie ooo pak lang mie, Jm nampak pak lang mie kat dlm tren tu heee
ReplyDeleteAlamak blue mountain! Teringat kenangan d sana, angin cukup kuat sampai nk tercabut tudung
PLM x gayat ke naik railway 45 darjah tu hik hero mana boleh takut kan heeeP
Sampai bila nak menyorok kan JM, Macam ada blogger tersohor tu yang JM suka layan, gambar anak pun dia sorok...hehe
DeleteMaknanya kalau nak ke Sydney kenalah pergi pada bulan Mei... kerana cuacanya sangat OK...
Taklah gayat mana railway tu banding naik roller coaster...
lawanyer pemandangan #suka
ReplyDeleteshin kena pergilah ke sana nampaknya... kerana tengok live lagi cantik...
DeleteSaya berada di sini semalam...., best utk trekking & jalan2 kaki
ReplyDeleteMaknanya en Din sekarang masih berada di Sydney... best kan... suhu pun tengah nyaman... memang sesuai untuk jalan2...
DeleteBaca entry Mie ni teringat masa nak gi tgk Mount Fuji..tukar2 transport..:) sama tapi tak serupa...tapi view mmg lawala....
ReplyDeleteSebenarnya nak ke sana tak banyak tukar kenderaan... cuma kat scenic world tu disediakan beberapa ways untuk melihat pemandangan...
Deleterailway tu nampak gayat..mcm nak naik bkt bendera..
ReplyDeletewahh..berkelah..dinner di kaw perumahan..sesat di hujung jalan, balik semula ke pangkalnya..yg penting enjoy the moment..
Tapi railway kat sini laju berdesup...ngeri jugak la...
DeleteHehe... tersesat pun kekadang best juga...
Ok enjoy your seberang tambak trip...
Salah 1 tempat impian saya :)
ReplyDeleteGozleme tu nampak macam murtabak...gluppp ..hehe
Kena pergi tu.. boleh dijadikan tempat transit untuk ke NZ nanti... point terdekat untuk ke sana melalui Aussie...
DeleteHaah macam murtabak... cuma intinya lain sikit... tapi sodap... :)
haai berapa kali plan nak ke aussie tapi tak dapat-dapat..
ReplyDeleteasyik tertunda and banyak halangan..
semoga one day dapat jugak pergi..
amin :D
InsyaAllah satu hari nanti sampailahtu CT...
Deletewah....dah sampai Malaysia...saje lawat blog Mie...tak sempat sangat kat sana...I love Aussie.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selamat pulang... Memang perlu masa yang panjang untuk melawat kat sana... Takpelah... janji dah sampai.
DeleteHarap2 en Din buat entrynya selepas Mabuhay pinoy tu selesai...
Alamak..en mie dah sampai citer blue mountain....cpt tol.. hihiihi..camno nak kejar ni..? saya paling suka naik scenic train tu.... berkali2 naik..
ReplyDeleteCik Fari... tak kisahlah sapa dulu... Saya cuma ada 3H2M saja di Sydney... Hari kedua dah ke Blue Mountain... tu yang cepat entry keluar tu...
DeleteMemang best scenic train tu... meluncur laju je... tapi kalau terputus ...
aihhh keren banget foto-fotonya. oya boleh sharing-sharing ceritanya juga ke http://blog.goindonesia.com/kirim-ceritamu mungkin minat mengikuti lomba pengalaman unik dan berkesan di negeri sendiri atau negeri lain.
ReplyDeleteTQ for inviting...
DeleteWaaa..cantiknya cuaca kat blue mountains tu..jelezzzzz iiiii...sebab masa saya pergi tu mendung ajer...
ReplyDeleteKami pun makan fish n chips ngan salad yang macam rumput tu...sedapkannnn salad tu..
Kami pun tak singgah featherdale wlidlif park sebab kesuntukan masa...
Alhamdulillah memang cantik sangat cuaca masa kami di Sydney. Wah macam sama je aktiviti kita kat sana... fish & chips ngan salad rumput tu memang sedap... Sayang betul tak dapat singgah wildlife park tu...
Delete