Thursday, June 19, 2014

Sydney and Melbourne Part 5 - Darling Harbour dan Paddy's Market

Dari Sydney Tower kami bergerak pula ke Darling Harbour. Saja jalan-jalan untuk menyeberangi Pyrmont bridge yang kami tak dapat lalui pada hari pertama di Sydney kerana sudah agak lewat malam. Tak jauh jaraknya, cuma kira-kira setengah kilometer melalui Market Street. Jambatan ini merupakan jambatan pedestrian. Kenderaan tidak dibenarkan melaluinya kecuali basikal.

Teksi bandar Sydney.

Best berjalan kat Sydney ni... tiada kesesakan jalanraya.

 Sampai di kawasan Darling Harbour.


Jambatan Pyrmont di Pelabuhan Darling.

Jambatan ini cuma melintasi teluk bukannya sungai.


Jeti bot-bot persendirian.


Cuaca amat baik sekali.

Ramai orang berekreasi di sini.






Kali kedua kami ke Pyrmont Bay station di penghujung jambatan untuk menaiki LRT.

Inilah destinasi yang paling ditunggu-tunggu... Paddy's Market di Market City. LRT berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk.

Paddy's Market beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Ditutup pada hari Isnin dan Selasa.

Banyak kedai menjual barangan cenderamata dan pakaian di bahagian hadapannya.

Sakan kami shopping kat sini. Barang-barang pun agak murah dan boleh tawar-menawar.

Pasar di bahagian belakangnya.


Anggur di sini sangat manis dan rangup.



Hampir tiga jam kami berada di Paddy's Market. Sebelum balik ke hotel sempat kami melepak sekejap di Central station sebab ada free wifi di sini. Di Sydney kami tidak mengambil apa-apa pakej untuk internet kerana ada beberapa spot yang boleh dijadikan tempat untuk beronline.  Jam 4.00 petang barulah kami balik ke hotel untuk mengambil beg. Seterusnya bergerak ke domestik airport untuk ke Melbourne.

34 comments:

  1. Anggur dan limau depa murah sangat. Saya suka shopping kat paddy market. Penjual semua cina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu en Din... anggurnya sangat manis dan rangup... sekilo sekali hadap je... Penjual kebanyakan nya memang orang China... en Din boleh berbahasa Mandarin ke...

      Delete
  2. Replies
    1. Hehe... gigih nampak...en Din memang seorang komentator yang rajin...TQ

      Delete
  3. Paddy's Market ini macam Victoria Market di Melbournelah ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah seakan-akan sama... cuma Paddy's market ada dalam bangunan yang tetap dan lebih teratur...

      Delete
  4. Darling Harbour aritu kitorang tengok dari atas cruise jer...takpi jalan ke situ pun...hehehe Paddy's Market ni laaa tempat kawan-kawan saya giler bershopping!hahaa sampai siap beli 1 beg tarik lg kat sini nak sumbat barang2 shopping...mmg murah2....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruginya tak turun dari ferry... cantik tempatnya. Dahsyatnya sampai beli beg tarik baru... Saya memang bawa beg besar isi makanan setengah je masa pergi. Masa balik isi pulak hasil rembatan...hehe

      Delete
  5. Tak aciii!!!!! Abe MKL komentar pertama

    Betul tu..kalau nk cari buah tangan dan buah mulut sini lah tempatnya...Hari tu JM beli buah anggur dan strawberry..makan sepuas-puasnya...dah le besar manis pulak tu..hayoook...heaven..

    ReplyDelete
  6. Nape blog JM macam ada masalah...

    Betul tu JM semua buah ada kat sana... buah hati je yg kena cari... hehe

    Pastu harga barangan kat situ agak murah dan berbaloi-baloi kalau beli...

    ReplyDelete
  7. Wahh..lepas ni cerita pasal mebourne pulak..boleh la saya nak imbas kenangan kat sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak lama di Melbourne tu... cuma tiga hari je..

      Delete
  8. Banding paddy market dgn victoria market mana best lagi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lebih suka Paddy's market, sebab ada kat dalam bangunan tetap dan lebih teratur...

      Delete
  9. Seronok tngok gambar gambar Mie ambik..rasa macm ada kat sana pulak..ewah ewah..
    Ada gerai orang chinese malaysian jual T shits kat situ...boleh mintak harga sedara..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah nampak macam Nekcik nak ke sana lagi...bolehlah langsung ke Melbourne pulak. Memang best shopping kat situ... harganya agak murah dan boleh bargain lagi...

      Delete
  10. Kalau cerita pasal Sydney, saya suka baca part Darling Harbour. Xtau pasal apa, tapi suka dengar nama tempat tu. Banyak dah soksek kedai murah kat Paddy's Market, list down 1-1. Esok2 nak gi, senang katanye. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantiklah tu Bie... bolehlah buat itinerary awal-awal... senang bila nak ke sana nanti. Takkan nak mengulang ke Korea lagi... pergilah ke Selatan pulak ... :)

      Delete
  11. Wah... sangat menarik dan tertariklah Paddy's Market tu? dekat tak dengan Sydney Fish Market? Dengar kata kat SFM ni boleh makan seafood yang segar.. lepas makan boleh la shopping pulak. ok ke PLM? hehehe.... (dah terbayang melalui pic2 PLM dlm entry2 Aussie ni) hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best shopping kat Paddy's Market. Taklah jauh sangat Sydney Fish Market tu... naik LRT yang sama boleh terus sampai ke sana. Saya tak sempat nak pergi... tapi katanya memang tempat makan makanan seafood yang segar...

      Berapa lama kat sana nanti? Pandai-pandailah set masa untuk cover semua tempat ...saya cuma 3H2M je...

      Delete
  12. Syoknya masuk pasar dia org bersih sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat bersih SR... selesa dan tidak berbau... perkara biasa kat negara maju ni...

      Delete
  13. huuhuhu.. kalau time travel CT suka cari buah-buahan diorang. eventho hanya tembikai tapi tetap rasa tergedik gedik nak beli. ini rasanya kalau CT singgah sini buah yang CT beli lebih kot ooonomnom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka buah-buahan. Tapi yang kena pilih gak... anggur, stroberi dan ceri.... sbb senang nak makan...

      Delete
  14. baju bajan semua ade kat paddy market ek mie? so x yah la beli serbenier kat tmpt lain kan? best2..x sabo nak pi ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah nak ke Aussie ke... best best. Semua ada kat situ tak payah beli kat tempat lain...

      Delete
  15. salam..mie..nak tumpang tanye lagi buleh? hehe...jgn mare.
    just nak tanye,, kalo kita nak gi Paddy's market dari airport..kita amik airport train and turun kat central je ye? Stop kat Central tu ke yg berenti btui2 kat paddy's market or kita kena amik train lain dri central yek? ..mekacih ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Miss boleh turun kat Central. Pastu keluar kat gate utamanya. Betul-betul kat depan gate tu ada LRT. Naik je LRT tu dan perhentiannya betul-betul kat depan Paddy's market...

      Delete
  16. ohhh satu lagi..bape lama mase nak amik dr airport smpi ke paddy's market naik train yek!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 45 minit ke satu jam kot.. sebab stesyen Central ni besar yakamat. Kena menapak ke main gate untuk dapatkan LRT...

      Delete
    2. mekacih mie tuk jejawapan semua..yup nak pi tapi jap ja..transit 1 hr kt sydney..jadi la dr xdok ekekek....thanks again

      Delete
    3. Kalau transit cuma satu jam macam mana nak gi Paddy's Market tu. Ooo... nak NZ lattew...

      Delete
    4. bukan 1 jam..1 hari le mie....thehehe insyallah smpi le ke sana bulan depan gamaknye ^^

      Delete
    5. I thought I hour... hehe. Ok happy holiday...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...