Hari ini adalah hari terakhir kami di Sydney. Flight kami ke Melbourne akan berlepas pada jam lapan malam. Jadi kami memang punya cukup masa untuk kebeberapa tempat lagi sebelum ke airport pada petangnya. Check out hotel jam lapan pagi dan tinggalkan beg di kaunter. Destinasi pertama kami hari ini ialah Queen Victoria Building yang terletak di George Street.
Dari Kings Cross ke stesyen Town Hall untuk ke Queen Victoria Building.
Stesyen Town Hall bersambung terus dengan bangunan Queen Victoria ini di bahagian bawah.
Aras paling atas.
QVB sebuah shopping complex mewah. Memang tak mampu untuk shopping kat sini.
Bersidai sekejap di sini.
Masih awal lagi dan kedai-kedai masih belum dibuka.
QVB klasik dan cantik binaannya.
QVB berusia lebih seratus tahun.
Dari sini kami bergerak pula ke Sydney Tower yang terletak kira-kira 200m dari QVB. Waktu operasinya ialah dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam. Tiket masuknya ialah AU$26 jika beli di kaunter. Kalau booking secara online di sini harganya ialah AU$18.20 seorang iaitu penjimatan sebanyak 30 peratus. Tapi syaratnya mestilah masuk dalam tempoh 9.00 hingga 11.00 pagi. Selepas tu kalau nak duduk kat atas sampai malam pun boleh.
Sydney Tower dari QVB.
Sydney Tower terletak di atas bangunan Westfield.
Pada mulanya agak susah nak cari laluan ke tower. Rupa-rupanya jalan masuknya ialah melalui bangunan Westfield yang merupakan pusat membeli-belah.
Pintu masuk dan kaunter tiketnya berada di aras lima.
Berposing dengan kakak berhampiran kaunter tiket.
Fakta mengenai Sydney Tower:
Ketinggiannya ialah 309 meter hingga ke bahagian spire.
Observation deck terletak di ketinggian 250 meter semantara skywalk di ketinggian 268 meter.
Merupakan bangunan tertinggi di Sydney.
Mengambil masa enam tahun untuk dibina.
Mempunyai 1504 anak tangga.
Boleh menahan kelajuan angin hingga 172 km sejam.
Disokong dengan 56 kabel, 182 meter panjang setiap satunya.
Sebelum naik ke atas di hidangkan dulu dengan tayangan filem pendek 4D tentang tempat-tempat menarik di Sydney. Ada juga percikan air tapi tak sehebat di Universal Studio.
Teropong free ada disediakan.
Untuk yang suka aktiviti ekstrim bolehlah mencuba skywalk. Bayaran tambahan dikenakan.
Foto-foto pemandangan dari atas.
Hyde Park
Darling Harbour
Pyrmont Bridge
Harbour Bridge
Pyrmont Bridge, Darling Harbour
Queen Victoria Building
Boleh nampak Kingsford-Smith Airport, Sydney dari sini.
Sydney CBD
Sayangnya Bangunan Opera House tidak dapat di lihat dari atas menara ini kerana terlindung bangunan lain. Kami berada di atas hampir dua jam sebelum ke destinasi seterusnya.
Skywalk harga brapa Pak lang mie?
ReplyDeleteNaik ke skywalk tu mahal giler... beli di kaunter AU$69... online AU$48.50. Harga ni termasuk tiket ke observation deck...
Deletewaaaa cik nun dah riki riki tuh.. haaaish
Deletesaya ni kat tabung pun ada brapa sen je..
CT kenal cik nun ke... Boleh gi sama2 nanti... hehe
DeleteKenal dalam blog ja pak lang mie..ct nak join x p sydney??jom himpun..
DeleteMenabunglah dari sekarang... insyaAllah boleh tu...
Delete3 hari je pak lang mie d sydney? X sempat paddys market lah ek ke lepas ke sydney tower terus ke sana? Sbb brg kat sana mmg murah banget
ReplyDeleteBestnya dpt jenjalan sama org umah :-)
Haah JM cuma 3H2M saja di Sydney. Mana boleh tak ke Paddy's market. Kitaorang memang tunggu hari terakhir iaitu hari Ahad untuk ke sana. Dua backpack penuh hasil rembatan kami kat sana... kedai 504 tempat JM nyopping tu.
DeleteMemang best... tapi tiap kali jalan-jalan kena bawa juga sorang bodyguard...
Memang Paddy market terbaik....wajib dikunjungi..pasar orang cina berniaga...ramai juga cina Malaysia berniaga di Sydney...
ReplyDeleteBetul tu en Din... harga barang-barangnya pun agak murah. Tempat terbaik untuk beli cenderamata di Sydney...
Deletesaya memang tak pergi langsung la tower dan QV mall tu...takdan langsung...almaklum ada sehari stgh je pi sydney aritu...hehehe
ReplyDeleteAda alasan nak ke sana lagi kan DJ... ataupun buat tempat transit untuk ke Tasmania atau NZ...)
DeleteInsyaAllahh klo ada rezeki lg....hehehe
DeleteHehe... pergi jangan tak pergi...
DeleteMemang tiket masuk bangunan, tower, muzium mahal di sana. Pejam mata je...
ReplyDeleteDi Sydney ada tak orang sana cam yang Mie orang Malaysia? Semasa saya di Sydney, ada juga dua tiga orang tegur saya dan tanya, "Are you Malaysian?" Ini disebabkan orang Sydney ramai yang pernah bekerja/tinggal di Malaysia.
Terpaksalah pejam mata... sebab bukan selalu nak ke sana...
DeleteMemang ada... terutama kat Paddy's market. Yang best peniaga tu terus cakap Melayu... tapi bukan Mat Salleh... biasanya orang China...
bilaaaaaaaaaaaaaaaaa nak kaya ni. nak pergi australia jugak..!!!
ReplyDeleteSabar CT... kitaorang pun masa muda2 dulu mana ada jalan2 sangat... Nanti tiba giliran CT pulak... :)
DeleteMie cuba skywalk tak? Takde photo selain di preparation area? :)
ReplyDeleteSaya tak mencuba skywalk mas Indra. Saya memang takut dengan ketinggian... Kalau lihat di websitenya.. di atas sana ada disediakan lantai bercermin...
Deletequeen victoria building tu dah nak macam design Flinders Street Station kt melbourne kan?? mcm europe jugak kan...beli online harga lebih murah :)
ReplyDeleteSenibinanya memang seakan-akan sama... Nampak sangat klasik dan cantik. Kalau boleh semua nak beli online... jadi tak payah bawa duit banyak2...
Deletesaya suka beli online sebab :
Delete1) lebih murah
2) mudah uruskan cash
3) mudah nak budget untuk expenses mkn and lain2
Saya setuju sangat-sangat dengan zila...
DeleteBoleh gak main teropong2 mie... Kami p malam, dah la gelap, x tau apesal mika tutup lampu, nak bagi romantik kah...? bila dah gelap, teropong ape pon x nampak...hihihi... tp okla... janji dapat naik...
ReplyDeleteOh ye ke.. nasib baik saya pergi waktu siang.. ingatkan waktu malam lebih cantik. Takpelah janji dapat naik kan cik Fari...
DeleteSuka tengok interior design QVB. Dahlah dari luar pun klasik sangat. Mak aii dapat diskaun 30% tapi kena datang awal tu ok lagi. Tapi kalau nak tengok view malam, memang masak lah kan kena stay kat atas tu sampai malam lak. Saya pernah tanya diri, kalau jumpa skywalk tu kat mana2 tower agak2 berani x nak try. Hahaha setakat ni xjumpa lagi skywalk so xde jawapan lagi.
ReplyDeleteMemang cantik sangat QVB tu walaupun usianya sudah lebih seratus tahun. Naik siang pun Ok je sebab Farikica yang naik pada waktu malam katanya gelap pemandangan je sekelilingnya. Skywalk kat sini berlantai cermin Bie... so ada berani...
DeleteMemang betul en.mie, saya pun beli online jugak tiket nak ke sydney tower tu..rega lebih murah tapi kena masuk awal la...
ReplyDeleteOhh...en.mie pun macam kami jugak ek...dari sydney ke melbourne plak. Best best...
Masuk awal pun OK kalau cuaca baik dan yang penting dapat harga lebih murah... sebab belanja pun ciput je...
DeleteHaah saya datang ikut Sydney dan balik ikut Melbourne macam cik Ta... memang best, kiranya dua dalam satu gitu...
QVB itu nampak unik, artistik dan klasik. Wah padatnya kawasan Sydney CBD Pak Mie, banyaknya gedung tinggi-tinggi. Pasti isinya manusia semua kah Pak MIe ??
ReplyDeleteMemang unik sekali QVB tu... CBDnya agak padat tapi tidak nampak satu bangunan yang ikonik atau menonjol dan kebanyakannya adalah bangunan pejabat bukan untuk kediaman...
Deletekena percik air...tengok 4D memang best..
ReplyDeleteQVB..lama jg 100 tahun...klasik sungguh..
Haah nohas... serupa pertunjukan 4D di Universal Studio Singapore tu...
DeleteQVB berusia lebih seratus tahun dan masih cantik...