Sunday, June 22, 2014

Sydney and Melbourne Part 6 - Berlepas ke Melbourne

Kami sampai di hotel pada jam 4.30 petang untuk mengambil beg-beg dan seterusnya bergerak ke airport. Sebenarnya ada shuttle bus yang betul-betul berhenti di hadapan hotel Ibis ini. Tapi kami memilih untuk naik train kerana kad MyMulti3 masih boleh digunakan lagi.

Selamat tinggal Ibis... Banyak juga tempat yang sempat kami pergi walaupun cuma dua malam menginap di sini.

Walaupun kita boleh gunakan MyMulti3 untuk ke airport, tapi untuk masuk ke kawasan airport masih juga perlu membeli gate pass. Untuk domestic airport harganya ialah AU$12.60 seorang.

Gate pass domestic airport.

Flight yang kami ambil ialah Tiger Air dan berlepas dari terminal 2.

Pintu masuk keTerminal 2

Melalui kawasan baggage claim untuk ke aras berlepas.

Antara restoran yang terletak di kawasan berlepas.

Makan gozleme lagi... macam murtabak. Saiznya besar dan mengenyangkan.

Menuju ke gate berlepas yang terletak paling hujung sekali.

Gate-gate di bahagian hadapan semuanya di monopoli oleh Virgin Australia.

Selamat tinggal Sydney...


Sampai di Tullamarine Airport, Melbourne Terminal 4, sejam setengah kemudian. Dari sini bas akan membawa penumpang ke kawasan baggage claim dalam satu bangunan sementara yang seakan-akan gudang. Selepas itu terpaksa menapak lagi agak jauh untuk ke perhentian skybus di terminal 3. Tiket skybus boleh dibeli secara online di sini. Harganya AU$18 untuk sehala dan AU$30 untuk dua hala. Perhentian terakhirnya ialah di Southern Cross station.

Perhentian Skybus terletak di hadapan Terminal 3 dan satu lagi di Terminal 1. Skybus ini beroperasi 24 jam sehari.

Beli MyKi card di seven eleven sebaik sampai di Southern Cross Station. Harga basic ialah AU$6 dan boleh top-up nilainya ikut suka.

 Jam 11.00 malam di perhentian tram Collin street untuk ke hotel.

Banyak mesin top up ada di perhentian tram. Boleh digunakan untuk melihat baki dan history penggunaannya.

Bermulalah percutian kami di Melbourne.

Hotel Ibis tempat penginapan kami sepanjang berada di Melbourne. Terletak di Elizabeth Street dan tidak jauh dari Flinders station. Sangat strategik lokasinya kan DJ.

48 comments:

  1. Waduh waduh citet melbourne dh kluar, cik nun pun story pasal cuti2 melbourne ni. Si Dj pulak dah lama jejak kaki ke sana, si Jm gigit jari je lah tgk org jenjalan dan baca citer yg d kongsi (dlm hati jelezzzz yer) . Tapi x pe mana tahu klau ada rezeki lebih turn Jm pulak. Saju nk sedapkan hati

    Nampak nya PLM stay hotel yg sama ngan Dj ek nanti kasi review sikit :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai org cakap Melbourne lebih menarik dari Sydney... saya pun setuju. Nanti sampailah giliran JM pulak. Tapi dengarnya JM nak ke Europe pulak...hehe

      Hotel tu memang terbaik dari segi lokasi dan harganya...bolehlah JM cuba... alah untuk tidor je...

      Delete
  2. Haha...keluar dah cerita melbourne nya....bagus juga tingai di hotel Ibis tu tak adalah jauh macam Cik Nun hari2 30min nak kena jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Nun duduk area mana...ok lah jalan jauh sikit... ayah ada... suhu pun nyaman...

      Delete
    2. Wah... hari-hari boleh nyoping sakan... :)

      Delete
    3. Hahaha...mana ada masa.CN pergi sabtu-selasa..tak salah isnin victoria market tu tutup

      Delete
  3. Hotel Ibis memang di tengah-tengah CBD. Mudah untuk jalan-jalan ke Victoria Market, Flinders Street, Collin St dan semua tarikan utama di Melbourne. Makanan halalpun mudah untuk didapati di sana. Nampaknya dah bertambah canggih teknologi di Melbourne. Lama bebenor saya tak balik kampung saya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokasi hotel Ibis tu memang terbaik... dekat dengan macam2 kemudahan... apa lagi orang kampung pun dah mrngesahkan...hehe

      Bilalah agaknya NA nak balik kampung lagi...

      Delete
    2. Saya selalu lalu depan Hotel Ibis tu semasa ke CBD. Memang tengah-tengah bandar yang strategik. Anak-anak dah bising ajak balik kampung, tapi hati tu teringin nak jalan ke negara lain yang tak pernah pergi lagi. Kena penuhkan tabung ayam jugak nak pergi semua tempat ni.

      Delete
    3. Kekadang terasa macam tu juga... lebih baik ke tempat yang baru dari mengulang kesesuatu tempat berulang kali. Lebih-lebih lagi tempat yang kosnya tinggi. Tapi kata orang tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula kampung halaman... :)

      Delete
  4. adoooiyai teringinnya nak ke australia.. tapi tengok banyaknya pass nak kena beli o.O tak complicated ke nak uruskan hihi.. maybe kalau ada rezeki saya ke australia saya kena korek balik entry entry blogger lain and study.. syioknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de mssalah sangat CT... yang penting ongkosnya... semuanya mahal banget...

      Saya pun banyak merujuk pengalaman blogger lain masa buat itinerary dulu...

      Delete
    2. kan kan.. ada ongkos mmg semua jalan T.T saya ni kerja pun tak ada lagi so kena padamkan angan-angan nak jalan sakan ni.. huhu.. tngk ajelah org lain travel buat smangat.

      Delete
  5. Wah..En Mi ke Melbourne dah.... saya juga x habis2 lagi citer Sydney... Terhegeh2... Hi..hi.. Ok ke naik Tiger Air...? Macam AA kite ke dr segi size tmpt duduk, etc.? saya slalu dengar citer Tiger Air suka cancel2 flight...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya punya entry tak banyak drama... gambar je yang lebih... tu yang laju je. Lagipun dah dekat nak puasa... takut tertangguh...

      Tiger air ni OK je... semua lebih kurang AAsia juga... flight pun on time. Cuma landingnya di terminal 4... agak jauh kena nrnapak di laluan terbuka...

      Cik Fari ke Melbourne juga ke...

      Delete
    2. x p...gi sydner jer..huhuhu..:(
      tngkler thn dpn plak..ha..ha..!! saje jer kan... mcm x de keja..

      Delete
  6. Aduh...jelesnyaaaa baca......waaaaaaaa..... nak pergi..kena fikir 10 kali.. Kena tunggu amsyar faham araham dulu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya faham masalah Wa... memang payah menjaga anak macam Amsyar tu. Takpe masanya akan tiba nanti... mungkin lima tahun lagi...

      Delete
  7. wallaweii.... dah sampai melbern... syiok layan gambor PLM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah farel...tiga hari je kat Sydney tu... Banyak gambar je tapi info tetap ada... :)

      Delete
  8. Hehe Ibis Melben tu mmg best sgt lokasi dia..harga pun ok utk bilik 4 org tu...wah dah smpi melben ni yg sy excited nk dgr cerita ni..hehe rindu plak kt melben nih...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM suruh review hotel tu, tapi takde pulak foto biliknya... Tapi memang terbaiklah dari segi lokasi dan harganya. Biliknya pun not bad...

      Tak banyak tempat pun yang dapat cover masa kat Melben sebab cuma tiga hari je kat sana...

      Delete
    2. En mie pinjam je gmbr sy tu utk buat review..tiada masalah...tu pun klo sama la bentuk biliknya...hehe

      Melben ni mmg kna pi lama sbb byk tmpt best dia luar dr city...mmg mkn masa sikit la...hehe

      Delete
    3. Takpelah nanti suruh JM contact DJ... personal review gitu... :)

      Betul tu... trip yang jauh-jauh pulak, makan sehari suntuk...kena pergi lagi ni nampaknya...

      Delete
    4. Haha orait no prob...ehem dh ada planning nk repeat ke tuh...boleh lajak skali ke tasmania...mcm cantik jer...

      Delete
    5. Hehe...jom... alah lama lagi lah nak repeat tu... susah betul nak penuhkan tabung ayam tu....

      Delete
  9. Salam Em.Mie..

    nak tanya sikit, dari airport mmg kena ambil sky bus atau ada option lain yang lebih murah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada empat orang dan bawa banyak beg... rasanya naik teksi lagi murah. Lagipun boleh hantar terus ke hotel...

      Delete
    2. kalau sorang2?? hehehe...mmg takde public bas ke en.mie?? traffic dari airport ke city macam mana pula ya en.mie?? maaf byk sgt tanya huhuhu..Insyallah akan transit di mel beberapa jam sebelum terbang ke destinasi berikutnya...

      Delete
    3. Kalau sorang naik je skybus. Saya pun tak survey pulak tentang public bus. Tapi train macam takde pulak ke airport. Perjalanan dengan skybus cuma 20 minit je.

      Wah nak ke mana lagi tu Zilla.... NZ ke...

      Delete
    4. nmpk gayanya mmg kena naik skybus jugalah ne..bukan apa en.mie, kot2lah ada transport yg lebih murah dari skybus tu...tu yg ingat nak cari yg murah je hehehe..

      tak berani nk ckp lagi, En.Mie takut tak jadi pula nanti huhuhu

      Delete
    5. Haah nampaknya gitulah...skybus adalah cara yang paling mudah...

      Delete
    6. Slm..sy nt br4..nek teksi lg murh ker dr skybus..

      Delete
    7. Kalau berempat lebih baik naik teksi... boleh hantar ke hotel terus...lebih-lebih lagi kalau ada banyak beg..

      Tak banyak beza kosnya...

      Delete
  10. Bestnyerrr jalan-jalan
    Bw :)
    Salam singgah dari irra
    http://www.irrayyan.com
    Selamat berpuasa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Irra for visiting here. Selamat berpuasa juga...

      Delete
  11. Mi , dr Southern Cross Bus nak p ke Ibis Hostel tu naik tram no berapa ye?

    ReplyDelete
  12. Mi , dr Southern Cross Bus nak p ke Ibis Hostel tu naik tram no berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanie kena berjalan sikit dari Southern Cross Station ke Collins Street. Tunggu tram di situ. Mana-mana tram yang lalu di situ boleh naik dan berhenti di persimpangan Elizabeth Street iaitu empat perhentian dari tempat kita naik di Collins Street...

      Delete
  13. salam encik, tumpang tanya. nampak gmbr encik sampai melbourne waktu mlm kan. mcm mana suasana malam tu.sunyi tak. lengang sangat ke. kami plan gi melbourne.bajet smp airport dlm pukul 9:30. menginap kat atlantis tower di cbd. plan nak naik skybus. tapi tak tau samada dari southern cross station tu nak jln kaki aje ke atlantis tower atau kena naik teksi. kami sekeluarga husband n wife and a toddler and a baby.boleh buat suggestion tak perlu ke naik teksi dari southern cross station tu ke atlantis tower

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam pn Yus... Kalau ikut Google map jarak Skybus terminal di Southern Cross tu cuma lebih kurang 400m dari Atlantis Tower. Boleh je jalan kaki.

      Suasana malam di sana Insya Allah selamat...

      Delete
  14. Salam.boleh tak saya dapatkan itinerary awak di Sydney dan Melbourne.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,
    Nak Tanya, ok ke berjalan dari T4 ke T2 di Melbourne Airport bagi warga emas umur 67 thn dan kanak-kanak 7thn. Berapa lama ye masa berjalan dari T4 ke T2? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... tak jauh sangat T4 ke T2 sebab semua bangunannya bersambungan. Jalan saja ikut pace sendiri... insya Allah warga emas pun takde hal rasanya...

      ReplyDelete

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...