Wednesday, January 23, 2019

Langkawi 2019 Pt 2 - Buffalo Park | Wildlife Park | Oriental Village | Pasar Malam | Kompleks HIG

Selesai bercanda di pantai Chenang kami balik dulu ke homestay. Tukar semua pakaian kemudian bergerak semula. Tempat pertama kami nak singgah ialah di Buffalo Park. Macam tak pernah nampak kerbau pulak. Tapi anak-anak yang dibesarkan di kota mana sempat nak berkenalan dengan haiwan yang semakin menjadi glamer disebabkan oleh si Syukur Mowgli Malaysia tu. Lagipun di kampung pun memang tak ada sawah.

Jalan masuk ke kawasan ini agak sempit kena berhati-hati untuk berselisih. Cuaca hari itu cerah dan panas berdenting.

Dah macam pintu gerbang High Chapparal pulak.

Tak ramai pelawat pada hari itu.

Ada cafe berhampiran pintu masuk.

Harga tiket cuma RM5 saja.

Antara aktiviti yang ada. Tapi sebahagiannya macam dah tak wujud lagi.

Kami disambut oleh kerbau yang segak ini.

Rajin abang ini melayan kami. 

Banyak rumput yang dibekalkan untuk diberi makan pada kerbau. Kerbau pun laju je makan mungkin dah tiba waktu lunch. Mengikut kata abang tu, musuh utama kerbau di sini ialah anjing liar yang menyusup masuk. Sasarannya ialah anak kerbau. Masa kami sampai doktor veterinar baru saja selesai menjahit luka salah satu anak kerbau di situ.


Melayan anak-anak kerbau.

Antara produk dari kerbau yang dibuat di sini.

Sedap aiskrim dari susu kerbau ni.

Keluar dari sini hampir jam dua belas tengah hari. Seterusnya kami nak cari tempat untuk makan tengah hari. Destinasinya ialah Restoran Kak Yan Nasi Campur yang terkenal tu di Jalan Ulu Melaka. Tapi rupanya restoran tu tak beroperasi pada hari Ahad.

Restoran Kasih Anak Mama.

Jadi perjalanan diteruskan ke Jalan Air Hangat. Tujuannya ialah untuk ke Wildlife Park. Dalam perjalanan ternampak satu restoran yang agak besar. Tempat letak kenderaannya pun luas. Kalau warung tepi jalan yang lain biasanya tempat parking memang agak terhad. Restoran ini menyediakan makanan nasi campur. Harga makanan agak berpatutan dan yang penting sedap.

Lepas makan terus ke Taman Hidupan Liar. Saja ke sini sebab nak tengok reaksi  sikecik tu terhadap haiwan. Tempat ini diberi kedudukan ke 20 zoo terbaik di Asia oleh TripAdvisor.

Harga tiket masuknya ialah RM24 untuk pemegang Mykad dan RM39 untuk warga asing. Pek makanan untuk haiwan berharga RM6 setiap satu. Macam-macam jenis makanan untuk haiwan yang berlainan disediakan dalam pek tersebut.

Langkawi Wildlife Park.

Di sini juga ada kedai bebas cukai.

















Lokasi terakhir petang ini ialah ke Oriental Village. Sekadar meronda-ronda saja di sini. Tak satu pun aktiviti yang kami ambil kerana masing-masing tak mahu. Dah biasa katanya.















Sebelum balik ke homestay sempat singgah di pasar malam di Padang Matsirat. Kat Langkawi ni setiap malam ada pasar malam tapi di tempat-tempat yang berlainan. Jadi pilihlah sendiri berdasarkah hari kita di sana.


Pasar malam Padang Mat Sirat.

Malamnya keluar lagi. Kali ini ke Kompleks Haji Ismail Group. Kalau ke sini memang tak ada aktiviti lain selain memborong coklat. Esoknya dah tinggal untuk nyoping benda-benda lain sebelum berangkat balik ke pangkal jalan.

Kompleks HIG pusat jualan coklat terbesar di Langkawi. Barang-barang keperluan lain juga ada.

Antara coklat yang di jual di sini.

6 comments:

  1. rambang mata tengok coklat kt HIG...burung flamingo kaki kurus tu hidup ke? nampak mcm patung tk bergerak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke HIG mmg coklatlah targetnya... Flamingo tu hidup... ori punya bukan replika..

      Delete
  2. the best thing to do in Langkawi adalah shopping chocolates !! CT akan borong Loacker sebab murah yang amat. btw tak penah tahu pasal Buffalo Park tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak boleh makan lebih2... manis potong kaku ni...hehe. Lama dah ada tempat kobau tu CT...

      Delete
  3. Ada tak part 3 untuk trip ini ? Nak tanya berapa budget allocated sebab I nak buat tour pergi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde dah... cuma ada dua hari je di sana. Waktu sampai pun dah malam... Tak sempat nak jejak tmpt2 lain...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...