Monday, March 25, 2019

Guilin Pt 4 - Reed Flute Cave

Sebaik sampai dari Yangshuo kami singgah di hotel dulu. Belum sampai waktu check in sebenarnya tapi banyak bilik yang kosong jadi kami dibenarkan masuk. Esoknya dah nak balik dan kebetulan cuaca petang ini agak baik jadi kami bercadang nak ke Reed Flute Cave. Lokasinya pun tak berapa jauh dari kota Guilin jadi kami ambil teksi saja ke sana. 

Bagus betul pemandu teksinya. Siap tolong belikan tiket untuk kami. Masa tu memang tak perasan langsung ada perkhidmatan monorel untuk naik ke atas. Dia bersungguh-sungguh tunjukkan monorelnya. Monorel ini bergerak sehala saja iaitu untuk naik. Syukur, selamat lutut kami yang dah tak berapa steady ni. Untuk turun terpaksa menapak melalui jalan raya dan tepian tasik.

Tiket masuknya 90 yuan dan tiket monorel 35 yuan.

Tasik di hadapan kawasan letak kereta Reed Flute Cave.

Sementara menunggu monorel bergerak...

Reed Flute Cave ini sebenarnya tak bebeza sangat dengan gua yang ada di Halong Bay, Vietnam. Bahagian dalamnya dihiasi dengan lampu berwarna warni untuk mendapatkan kesan dramatik. Tapi gua ini lebih besar dan berbaloi untuk dilawati. Banyak formasi yang unik dan menakjubkan yang terbentuk secara semulajadi.















Kawasan paling tengah bahagian gua ini.

Sampai saja di sini OR dah mula macam tak berapa selesa pernafasannya. Rasa macam tak cukup oksigen katanya. Keadaan serupa berlaku masa masuk ke dalam rumah bawah tanah di Cappadocia, Turkey. Tangkap foto mana yang sempat. Lepas tu terus cepat-cepat cari jalan keluar. Tak sempat nak menikmati keseluruhan bahagian gua.



Jalan keluar melalui tepian tasik tapi cuaca agak berjerebu. Nasib baik tak hujan macam hari-hari sebelumnya. 



Laluannya juga selesa.

Bukit-bukit batu kapur terdapat di mana-mana.


Sebelum balik kami pekena air buah delima dulu. Manis dan segar tanpa apa-apa campuran air atau gula. Harga pun murah cuma 5 yuan segelas. Canggih juga nyonya ni sebab bayaran boleh imbas guna hp saja pada QR code kat atas meja jualannya.

Untuk pulang ke hotel kami tunggu saja teksi di tepi jalan. Perkhidmatan bas pun ada tapi kami pilih naik teksi sebab nak minta terus hantarkan kami di kawasan masjid untuk menapau makanan untuk makan malam. Ada dua jenis teksi di sini. Satu yang menggunakann meter dan satu lagi guna tawar menawar. Mula-mula tanya kepada teksi tanpa meter tapi mahal sangat. Yang bagusnya diaorang syorkan kalau nak murah naik teksi bermeter. Tak ada nak marah-marah pun sebab tak naik teksi diaorang. 

Terbanyak pulak makanannya sampai cukup untuk sarapan pagi esoknya.

Malam itu kami berkemas untuk pulang dan tak sabar rasanya kerana salah seorang ahli keluarga dimasukkan ke wad di pertengahan percutian kami. Alhamdulillah tak ada masalah serius.

9 comments:

  1. Bagusnya. Mie dah banyak cover negara China nampaknya.
    Sedapnya jus delima tu. Saya suka.
    Sekarang ni di China semua pakai QR code je, kan? Cash tak pakai, kan?
    Pandainya Mie naik teksi di China.
    Semoga ahli keluarga Mie itu sihat kembali. Kalau ahli keluarga sihat barulah seronok berjalan dan lebih bermakna perjalanan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos ke China ni agak murah... itu yang boleh pergi banyak kali. Alhamdulillah trip ke Guilin semuanya lancar kecuali hujan sikit... Kalau ada yang mengajak ke bahagian lain China mungkin akan pergi lagi...

      Delete
  2. nampak cantik dalam gua tu dengan lampu warna warni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Formasi dalan gua tu semuanya hampir sama walaupun berlainan tempat... cantik pun sebab ada kesan lampu...

      Delete
  3. tasik kat sana awat ada reflection lawa2.. cantik kot cemtu..
    kat Gua Kelam bukan ada jugak ke lampu2 macam tu ? x sure hehe lama da xpi.
    tapi kalo x memerlukan kudrat nak memanjat CT pun on je nak pegi cave tu. lawa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan tasik tengah tenang tu yang boleh dapat reflection yang cantik sikit. Gua kelam kat Perlis ke... tu simple sangat CT. Naik ke atas tu ada monorel so no hal punya...

      Delete
  4. Tak lepas-lepas kami ke China lagi...singgah baca buat homework dulu lah nampaknya

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...