Thursday, May 30, 2019

Perth 2019 Pt 1 - Comfort Inn | Elizabeth Quay | Blue Boat House | Fremantle Market | Rainbow Sea Container | Caversham Wildlife Park | Masjid Mirrabooka | Chocolate Factory | Cottesloe Beach

Lama betul tak bersiaran.

Dua minggu sebelum puasa kami berlepas ke Perth Misi membawa sikecik berkenalan dengan dunia travel. Trip kali ini santai-santai saja dan banyak ke tempat-tempat yang dulunya kami tak sempat singgah. 

Seperti biasa penerbangan Air Asia X ke destinasi di Australia kebanyakannya berlepas lewat malam dan awal pagi. Semuanya berjalan lancar dan sampai di Perth International Airport pada jam 5.00 pagi. Proses di imigresen dan kastam pun tak ada masalah langsung. Bekalan makanan kami letakkan dalam satu beg dan diaorang check lebih kurang dan terus lepaskan. Senarai makanan dah siap sedia tapi langsung tak diminta.

Comfort Inn & Suites tempat penginapan selama beberapa hari di Perth.

Trip kali ini kami tidak keluar jauh dari Perth jadi selama beberapa hari kami menginap di tempat yang sama. Lokasinya di Adelaide Terrace Perth CBD. Berhampiran dengan pasar raya 24 jam dan tak jauh dari tempat kereta sewa yang akan kami ambil pada esoknya. Kami ambil apartment dua bilik yang agak selesa dengan kemudahan dapur, meja makan dan ruang menonton TV. Agak berbaloi kerana cajnya di bawah RM500 untuk semalam untuk seramai empat orang. Yang penting ada kemudahan tempat letak kereta di bahagian bawahnya. 

Sampai di hotel pada jam 9.00 pagi dan kami bernasib baik kerana boleh terus check in. Sempat berehat-rehat dulu kerana pada hari ini kami cuma bercadang untuk meronda di Perth CBD. Esoknya baru kami mula menggunakan kereta. Hampir menjelang tengah hari kami keluar untuk makan di Insan's Cafe di Hay Street. Hari kami sampai ialah hari cuti umum di Perth jadi bas CAT tidak beroperasi. Nasib baik lokasi penginapan agak dekat dengan Hay Street jadi kami menapak saja.

Di sebelah Insan's Cafe ada kedai Chemist Warehouse. Di sini banyak pilihan minyak wangi yang dijual dengan harga yang agak murah berbanding di tempat kita. Nampaknya hari pertama sampai masing-masing dah mula menyoping. 



Berjalan agak jauh hari ini hingga ke Elizabeth Quay. Feri untuk ke South Perth berpangkalan di sini.

Trip yang dulu tempat ini masih dalam pembinaan lagi.

Corolla Altis. Kereta yang kami gunakan selama beberapa hari di sana. 

Catatan ringkas untuk trip hari ini.

Hari berikutnya baru kami menggunakan kereta. Banyak tempat kami nak pergi hari ini. Agak mudah memandu di Perth ini. Tak ada traffic jam walaupun kenderaan agak banyak. Cuaca pun memang cerah sepanjang kami di sana. Jadi sebelum ke Fremantle kami sempat singgah di South Perth sekadar nak berfoto berlatarbelakangkan bandar Perth. Sekejap saja kami di sini.

Pemandangan kota Perth dari South Perth berhampiran jeti Mend Street.

Blue Boat House antara lokasi yang agak popular untuk berfoto. Jadi kami pun singgah juga di sini tapi tempat letak kenderaan agak jauh sikit. Tak lama selepas kami sampai berderet orang menunggu giliran untuk berfoto. Nasib baik kami sampai cepat.

Banyak angsa hitam di sini dan mungkin sebab itu sungai ini dinamakan Swan River.

Binaan yang sudah hampir sembilan puluh tahun kewujudannya tapi sudah banyak kali direnovasi.



Fremantle Market tempat wajib singgah bagi yang datang ke Perth. Tapi kena pastikan harinya kerana ianya cuma dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad saja. Kedai souvenir Megabes pun dan berpindah ke sini dari E-Shed. Banyak juga kedai makanan halal di sini selain kedai buah-buahan dan sayuran serta cenderamata.

Bangunannya nampak cantik dan klasik.

Untuk makan tengah hari kami ke Kaili's sebab dulu pernah makan di Cicerellos. Masih agak awal tapi banyak lagi misi selepas ini jadi kami kena isi perut dulu. Pemandangan dari Kaili's pun sangat cantik walaupun banyak diganggu oleh burung camar.



Panggilan manja untuk Fremantle.



Tarikan yang agak terbaru di Fremantle ialah rainbow sea container. Siap di pasang pada bulan Ogos 2016. Pandai diaorang ni, kontena pun boleh dijadikan daya tarikan walaupun binaannya agak ringkas. 

Rainbow Sea Container.

Caversham Wildlife Park merupakan satu lagi tempat wajib singgah bagi yang pertama kali ke Perth. Tiket masuknya sekarang ni dah jadi AU$30 seorang. Trip yang dulu cuma AU$27 saja. Nasib baik nilai dollar Australia ikut sama mengecut macam ringgit kita.

Misi bawa sikecik untuk bermain dengan kangaro.

Sesi berfoto dengan wombat. Sekarang ni sudah disediakan dua set tempat untuk berfoto jadi masa menunggu jadi lebih cepat. 

Tapi kami sengaja pilih untuk berfoto dengan cik mek Aussie yang comel ini. Sikecik ni tidurlah pulak.

Laluan ke kawasan koala. Tempat berfoto paling popular.

Barisan yang menunggu agak panjang tapi cepat selesai kerana sudah disediakan tujuh ruang untuk berfoto. Setiap sesi berfoto cuma di hadkan kepada setengah jam. Kalau terlepas kena tunggu sesi berikutnya.



Seterusnya kami ke Margaret River Chocolate Company yang terletak tak jauh dari Caversham iaitu di kawasan Swan Valley. Tak ada membeli sangat pun cuma nak membasahkan tekak dengan hot chocolate nya yang sedap tu.

Orang pun tak berapa ramai.

Tempat terkhir hari ini kami nak bersunset di Cottesloe Beach. Jadi kami singgah dulu untuk tunaikan kewajipan di Masjid At Taqwa, di Mirrabooka. Masjidnya agak besar, Banyak komuniti muslim dari berlainan negara ada di masjid ini pada waktu itu. Selesai solat ada orang yang bermurah hati membahagikan kueh-kueh kepada kami.

Anak-anak yang ada di kawasan masjid.

Kedai-kedai di belakang masjid. Charcoal chicken pun ada. Ada juga sebuah supermarket yang agak besar dan banyak menjual makanan serta daging halal.

Agak jauh juga perjalanan dari Mirrabooka untuk ke Cottesloe Beach. Sampai di sini matahari pun dah hampir terbenam. Kecewalah juga tapi nasib baik langit pun cerah jadi dapatlah saki baki sunset di sini.

Sunset di Cottesloe Beach.

9 comments:

  1. wahh..bawa cucu..umur brp? bertemu pelbagai bangsa umat Islam di masjid..

    ReplyDelete
  2. hintongler cucu Atuk suka travel..boleh jadi travel buddy atuk

    ReplyDelete
  3. Seronoknya ada cucu...bertuahnya kecik-kecik dah sampai Perth. Saya yang dah tua pun belum sampai.
    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin buat Mie sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. bestnya baca..dah gi perth 2017 tapi belum habis explore.

    ReplyDelete
  5. seronoknya si kecik dpt ikot jln...

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...