Tuesday, November 5, 2019

Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Sempena cuti hujung minggu selama beberapa hari akhir bulan Oktober lepas, kami ke sini iaitu ke Masjid Sri Sendayan.

Masjid ini terletak di bandar Sri Sendayan, dalam kawasan Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan. Senibinanya agak unik dan ada pengaruh masjid yang ada di negara Arab. Oleh kerana sudah menjadi viral di media sosial ramai pelawat yang datang dari serata tempat berkunjung ke sini.

 Masjid Sri Sendayan.


Ada banyak tempat letak kereta di depan dan di halaman masjid.

Mula dibina pada tahun 2015 dan siap sepenuhnya pada bulan September 2017. Boleh menampung sehingga 5000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini telah di wakafkan oleh tokoh perbankan terkemuka Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain yang telah menelan belanja sebanyak RM100 juta.

Ada dua dewan serbaguna di kiri kanannya berhadapan pintu masuk utama.

Ada pengaruh senibina Timur Tengah.

Terdapat tiga kubah kecil dan sebuah kubah besar serta dua menara.

Tempat mengambil wuduk di bahagian luar selain yang ada di kawasan bilik air.

Pintu masuk utama.

Kawasan mimbar.

Sebahagian hiasan dalamannya.


Ruang solat dengan karpet yang tebal. 

Pandangan dari dalam masjid ke bahagian halaman dengan dewan serbaguna di kiri kanannya.



Ada banyak pokok kurma menghiasi landskap bahagian luar pagarnya.

7 comments:

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...