Monday, November 18, 2019

Lexis Hibiscus, Port Dickson

Dari Masjid Sri Sendayan kami ke Lexis Hibiscus, Pasir Panjang, Port Dickson. Sampai di sini pada jam dua petang. Terus beratur di kaunter check in. Waktu check in nya ialah pada jam tiga petang. Ramai sungguh tetamu pada hari ini sempena cuti hujung minggu selama tiga hari. Tempat letak kereta di hadapan hotel penuh hingga sampai ke jalan masuk di bahagian kiri kanannya. Pilihan yang ada ialah di bangunan parking bertingkat. Agak leceh jugalah sebab laluannya agak sempit. Jadi dapatlah parking di tingkat tiga.

Papantanda yang besar boleh dilihat dari jauh, jadi tak akan terlepas jalan masuknya.

Pemandangan sebahagian bilik penginapan dari bangunan parking bertingkat.

Pemandangan keseluruhan resort (Foto Google).

Info mengenai tempat penginapan ini :

Di bahagikan kepada dua bahagian iaitu di bangunan bertingkat di daratan dan yang di atas air. Yang di atas air susunannya adalah berbentuk sekuntum bunga raya. Harga setiap bahagiannya adalah berbeza iaitu bahagian daun, petal dan stigma. Yang paling mahal ialah di bahagian stigma yang mencapai ribuan ringgit untuk satu malam. Setiap satu dari biliknya mempunyai kolam renang persendirian.

Keseluruhan resort ini mempunyai sebanyak 639 unit bilik iaitu 522 unit di atas air dan 117 unit di bangunan di daratan. Resort ini juga adalah pemegang dua Guiness World Record kerana mempunyai bilik di atas air dan kolam renang yang paling banyak sekali di dunia.

 Kaunter check in. Masa check out tak ramai orang.

 Buggy hantar sampai ke depan pintu bilik.

Bilik premium pool villa. Sesuai untuk empat orang tapi kami sumbat sampai enam orang. 

 Dua bangku panjang sebagai esktra bed.

 Ada lantai bercermin di hadapan bilik air.

 Tak sabar si kecik ni nak mandi. Bilik kecil di sebelah kiri itu ialah bilik sauna.


 Kolam renangnya agak kecil tapi bolehlah juga kalau nak berkuak lentang. Tapi jangan terjun tiruk ye sebab takut habis air melimpah keluar.


Di sini ada banyak aktiviti yang boleh kita buat antaranya berbasikal, memanah, naik cruise, water park, meronda di hibiscus walk dan macam-macam lagi. Nak naik helikopter pun boleh tapi bayarannya tak terjangkau poket kami.


Malamnya kami keluar makan di Medan Ikan Bakar di pekan Port Dickson. Agak jauh dari lokasinya dari tempat ini tapi gagahkan juga untuk ke sana sebab ada orang nak belanja.

Sarapan pagi cuma disediakan untuk dua orang saja. Jadi kami check out awal sikit dari waktu check out nya iaitu pada jam 11.00 pagi.

12 comments:

  1. Replies
    1. NR boleh semak kat website nya. Saya booking masa MATTA Fair jadi dapat kurang sikit harganya...

      Delete
  2. Ada juga simpam niat nak ke sini dengan kawan-kawan perempuan w anak-anak je. Tapi masih belum tertunai lagi. Kawan pernah pergi harga 1 malam, weekend dalam RM800.00

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weekend dan public holiday ada extra charge RM100...

      Delete
  3. Replies
    1. Sesuai untuk keluarga mulan yang empat orang tu...

      Delete
  4. size kolam di Lexis Penang separuh size kolam tu.. kuak 2x da sampai hujung hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau CT nak ke sini lebih baik ambil yang kat tower block tu.. pemandangan pun lebih cantik... kolamnya pun sama saiz dg yang di atas air...

      Delete
  5. nak kena menabung lah ni..teringin jugak dak berendam dlm kolam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta anak² sponsor je nekcik... gi reramai...

      Delete
  6. mau jalan jalan ke luar negeri atau dalam negeri ? ada paket tour disini nanti, simpan website kami atau langganan postingan kami,... selain itu juga menyediakan Sewa mobil Elf dengan kapasitas 19 penumpang.

    salam wisata

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...