Monday, January 14, 2019

Langkawi 2019 Pt 1 - Restoran Siti Fatimah | Chenang yang tenang

Baru perasan rupanya bulan Januari adalah low season di Langkawi. Booking tiket beberapa minggu sebelum ke sana tapi masih dapat tiket murah. Cuma yang agak merisaukan masa itu ribut Pabuk sedang mabuk di bahagian selatan Thailand dan tempiasnya hingga ke utara semenanjung. Masa kat kawasan domestik airport ada terjumpa Mat Salleh yang baru balik dari sana katanya angin agak kuat sehari sebelumnya. Alhamdulillah masa kami sampai semuanya sudah tenang.

 Dataran Pantai Chenang.

Penerbangan kami berlepas sebelah malam. Sampai di Langkawi terus ambil kereta sewa yang dihantar oleh pemiliknya di airport. Kami ambil pakej homestay dan kenderaan sekali. Memang tak ada apa-apa aktiviti untuk hari itu. Cuma keluar sekejap untuk makan malam.

Pagi esoknya kami ke Pantai Chenang. Sebelum itu singgah dulu bersarapan di Restoran Siti Fatimah yang terletak di Jalan Mata Air tak jauh dari homestay kami di Kampung Perana. Kalau ikut review katanya makanan di restoran ini agak sedap dan memuaskan. Tapi kami tak sempat pun nak makan tengah hari di sini.

 Restoran Siti Fatimah.

Nasi lemak yang di bungkus dengan daun pisang keseluruhannya. Makan sebungkus memang tak cukup.

Roti goyang yang menggetarkan.

Roti John special.

Selesai bersarapan kami terus ke Pantai Chenang. Jalan di sepanjang pantai di sini sudah dijadikan jalan sehala. Jadi pergerakan agak lancar tapi kalau terlepas tempat yang kita nak singgah terpaksalah buat satu lagi pusingan. Nak cari tempat parking agak payah walaupun masih pagi. Tapi nasib kami baik pagi itu kerana terjumpa satu kawasan parking berbayar yang masih belum mengenakan caj. Tak banyak kenderaan di situ, mungkin orang tidak tahu. Lokasinya bertentangan dengan Chenang Mall.

Dataran yang nampak macam baru siap dibina.

Tak perasan ada yang menebeng kat situ.

Pantai Chenang dah semakin cantik.



Mandilah sekejap. Air pun baru nak pasang.

Kawasan untuk mandi sudah di buat satu sempadan. Jetski dan lain-lain aktiviti mesti dibuat di bahagian luar sempadan.

Seronok sikecik ni. 

Tugas kita hanya memantau saja.

19 comments:

  1. Mkn sokmo PLM...haha... nasi lemam tu authentic sungguh nmpknya... ooh bru thu bln 1 off peak di lngkawi eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak tu boleh habis 3 bungkus sekali makan... Januari budak2 kan dah naik sekolah... itu yang lega sikit..

      Delete
  2. saya perli langkawi last november belum siap lagi renovate area chenang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah cantik... banyak kedai baru kat tepi pantai tapi belum dibuka..

      Delete
  3. kadang2 tak faham dengan orang yang suka duduk kat landmark org nak amek gambar. adoiyai.. wah wah PLM.. pembuka 2019 dah ada trip. mana laggggiii tu nak pergi tahun ni jeng jeng jeng.. tahu2 je PLM dah sampai..

    btw.. nasi lemak tu hahaha mana cukup sebungkus =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. JJDN je CT... tahun ni trip macam sendu sikt nampaknya...

      Delete
  4. dah habis musim cuti sekolah...untung tiket murah org tak ramai berbanding masa hujung tahun,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul tu NA.. anyway masih tak dapek masuk lagi blog NA tu...

      Delete
    2. Sedih den...ramai yg kata tak boleh masuk

      Delete
  5. semakin cantik Pantai Cenang...best, tak ramai orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab baru habis cuti sekolah... tiket flight pun agak murah...

      Delete
  6. restoran siti fatimah memang best. lauk tengahari pun banyak dan sedap. ada banyak kerabu kalau tak salah.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Memang Pantai Chenang semakin cantik sekarang ni...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...