Thursday, October 10, 2019

Gold Coast, Queensland Pt 1 - Ketibaan dan Penginapan

Ini adalah trip family. Pada mulanya kami cuma ambil tempoh 5H4M saja ke sana. Tapi Airasia telah menjadualkan semula penerbangannya ke sana. Dapat itinerary baru dari Airasia tapi cuma untuk tempoh 4H3M saja. Ini tak boleh jadi ni kerana kami sudah membuat tempahan penginapan untuk 5H4M. Bukan murah pulak tu sebab kami ambil apartment 3 bilik menghadap laut. Jalan penyelesaiannya kami ke pejabat Airasia di KL Sentral, minta dianjakkan ke belakang tarikhnya bukan ke hadapan seperti yang ditawarkan. Jadi dapatlah kami rehat panjang sikit iaitu 6H5M. Pihak apartment pula menawarkan setengah harga untuk satu hari tambahan tersebut.

Nasib kurang baik kerana dua hari sebelum berlepas salah seorang ahli keluarga telah dimasukkan ke hospital. Si kecik pulak diletakkan di atas nama ibu bapanya. Nasib baik boleh check in bersama ahli keluarga yang lain. Jadi trip ini dari tujuh orang tinggal lima orang saja. Sayang betul dengan apartment yang dah ditempah tu.

Gold Coast Airport, Coolangatta.

Tak ada masalah langsung masa di imigresen maupun kastam. Pemeriksaan makanan pun macam lebih kurang je. Ruang ketibaan antarabangsa ialah di sebelah kiri airport. Sebelum bergerak kami beli dulu GO Card di Hub Convenience untuk memudahkan perjalanan. Kedudukan kedai ini ialah di bahagian kanan airport iaitu berhampiran kawasan check in. Tempat penginapan kami ialah di Surfers Paradise jadi kami cuma perlu ambil bas nmbor 777 untuk ke Broadbeach South iaitu tempat terakhir bas berhenti. Dari situ sambung dengan tram untuk ke Cavill Avenue Station untuk mengambil kunci apartment. Tempat menunggu bas 777 cuma di luar kedai Hub tadi tapi kenapa ada orang yang tak jumpa bas 777 tu. Apa yang boleh dikatakan ialah pengangkutan awam di Gold Coast adalah sangat efisyen. 

Beli GO Card di sini. Deposit AU$10.00 dan boleh top up ikut suka.

Empat kad GO Card bersama top up bernilai AU$200

Tempat menunggu bas 777 di luar airport.

Pilih destinasi ikut kesesuaian.

Sampai di Broadbeach South Station.

Tram Gold Coast.

Sampai di Cavill Avenue station. Sementara menunggu untuk mengambil kunci bolehlah merayau-rayau di sini kerana banyak kedai souvernirs.

Dah dapat kunci... jom bergerak ke tempat penginapan.

The Morrocan Resort, Elkhorn Avenue.

Pemandangan dari tingkat lima. Laut dapat dilihat dari semua bilik.


Dapur dengan induction cooker. Kami bawa sendiri periuk yang bersesuaian dengannya.


Kolam renang pun ada tapi kami tak guna sebab sejuk.

Di Gold Coast pada itu adalah musim bunga dan suhunya diantara 10 hingga 26 darjah Celcius. Jadi memang agak nyaman dan selesa bila berjalan-jalan. Tapi di sini musim bunga tak semeriah seperti di sesetengah negara.

Petang tu kami cuma berehat saja dan merayau sekitar SF pada malamnya.

8 comments:

  1. Replies
    1. Memang best tapi bila malam sejuk yakamat bila angin kuat...

      Delete
  2. Welcome back! Lama Mie tak post entri. Rindu pulak dengan cerita kembara Mie. Apa khabar? Harap sihat walafiat.
    Dah berapa kali ke Queensland?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Itulah... nasib ada kekosongan lagi... masa tu ada lebih kurang tiga bulan lagi sebelum berlepas...

      Delete
  4. wahh wahhhh PLM dalam diamdiam daaaa ke GC dia.
    seronok dapat jalan dengan ahli keluarga ramai2.. n betul2 sayang dengan apartment tu..
    GC ni CT belum plan lagi sebab banyak themepark n sejenis x minat themepark.
    but one day insyallah sbb bucket list nak pergi semua ceruk Aussie hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan visa masih valid pastu dapat tiket agak berpatutan.. so ke GC lah kami. Satu bilik apartment kat belakang kami tak gunakan.. memang sayang sangat. Betul tu GC memang banyak teman tema.. utk orang muda OK je rasanya...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...