Wednesday, October 30, 2019

Gold Coast, Queensland Pt 2 - Sea World

Hari ini kami nak ke Sea World. Tak jauh mana dari penginapan kami. Jadi kami keluar agak lewat sikit. Mudah saja nak ke sana. Kita cuma perlu ke Gold Coast Highway untuk naik bas bernombor 705. Highway ni bukanlah macam highway yang besar tu, cuma jalan selorong dua hala macam jalan biasa. Tunggulah di mana-mana bus stop yang ada di sepanjang jalan itu bergantung di mana tempat kita menginap. Sea World terletak di perhentian terakhir bas 705.

Sunrise dari apartment penginapan kami.

Untuk masuk ke Sea World, tiket kami beli dari Klook. Sangat murah berbanding beli di kaunter atau website lain. Oleh kerana kami ada sikecik bersama jadi kena pilih taman tema yang bersesuaian. Jadi kami ambil pakej combo Sea World dan Paradise Country saja.

Cuaca pagi ini sangat cerah dan udara pun sangat nyaman. Di Gold Coast ini banyak bangunan apartment berbanding bangunan pejabat. Bandarnya bersih dan tidak hiruk pikuk seperti sesetengah bandar besar lain.





Bersemangat sikecik ni.

Perhentian bas agak jauh dari kawasan pintu masuknya.

Beli tiket di sini.


Kalau dah ada tiket yang dibeli online boleh terus berbaris di sini untuk masuk. Setiap keluarga akan diambil fotonya di pintu masuk jadi pergerakan agak lambat. Ramai orang hari ini sebab kebetulan bersamaan dengan musim cuti sekolah di sana.

Monorail yang boleh di naiki secara percuma. Ada tiga stesyennya di dalam kawasan Sea World.

Penting peta ini untuk mengetahui jadual persembahan dan lokasinya.

Antara Tarikan yang ada di sini :
* Penguin Encounter
* Sea Jellies Illuminated
* Stingray Reef
* Polar Bear Shores
* Seal Harbour
* Shark Bay
* Little Penguin Point
* Dolphin Nursery
* Sea Bird Rehabilitaion Pool
* Midway Games

Sudut untuk berfoto. Sikecik takut gila dengan patung seal ini.

Spesis burung laut.


Antara persembahan yang sempat kami tonton.


Banyak kedai mini yang menjual churos di sini. Agak besar sesuai untuk mengalas perut. Harganya AU$5 setiap satu.

Tempat makan pun ada tapi macam tak sesuai untuk kita.

Seperti taman tema lain di sini pun ada banyak pemainan yang boleh dicuba.


Polar bear yang rimas sebab tempat ini tak cukup sejuk.

Kawasan untuk Thunder Lake Stunt Show.

Jam 2.00 petang kami dah keluar dari taman ini. Ingatkan ada benda yang boleh dimakan dalam kawasan Sea World ini rupanya tak ada pun. Ada satu kedai Fish and Chips yang terletak satu perhentian dari perhentian Sea World ini. Mulanya nak singgah tapi masing-masng cadangkan supaya makan di Gold Coast saja.

Kami makan di sini. Banyak kedai kebab di sekitar Gold Coast ini.

Kawasan Surfers Paradise pada waktu malam. 

Dalam seminggu ada tiga kali di adakan Beachfront Night Market iaitu pada hari Ahad, Rabu dan Jumaat tapi tidak banyak gerai yang menjual makanan. Makanannya pun tidak sesuai untuk kita jadi kami jalan-jalan saja untuk cuci mata.

9 comments:

  1. Burung laut tu, Pelican kan? Tentu seronok tengok budak-budak naik kuda pusing. Saya tak akan cuba naik roller coaster yang berbelit-belit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Game yang ada di situ ada yang sesuai untuk kanak-kanak dan remaja. Yang senior macam kami ni zamannya sudah berlalu, tak mau ambil risiko...

      Delete
  2. Replies
    1. Seronok melayan diaorang... weols ambil angin je...

      Delete
  3. betul la tu kan.. bawak kanak2 kena suit their interest juga.
    tapi kalo CT rasanya Sea World paling excited nak pi. takot p theme park main yang tidak2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... tapi CT masih sesuai nak main game2 yang ada di situ... kalau brannn lah...

      Delete
    2. hihi hakikatnya jiwa saya tak seberani mana pun PLM. hehe..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...