Thursday, June 27, 2019

Perth 2019 Pt 3 - Lancelin Sand Dunes | Pinnacles Desert Cervantes

Dari Guilderton perjalanan diteruskan untuk ke Lancelin. Ada yang berhajat nak meluncur sandboarding di Sand Dunes. Di sepanjang jalan menuju ke sand dunes ada banyak kedai yang menyediakan kidmat penyewaan sandboard. Kami singgah di salah satu kedainya. Sewa untuk sekeping sandboard ialah AU$10 dan depositnya sebanyak AU$50. 

Antara kedai yang menyewakan sandboard.

Susur masuk ke kawasan sand dunes ini adalah melalui kawasan perumahan dan selepas itu barulah kawasan berpasir. Di awal kawasan masuk sudah diberi peringatan supaya berhati-hati melalui jalan berpasir ini. Siap diberikan nombor telefon jika berlaku kejadian kereta terkandas di pasir. 

Nasib agak malang kerana salah satu dari kereta kumpulan kami terperangkap dalam pasir. Nasib baik ada beberapa orang Mc Gyver dalam kumpulan kami jadi masalah dapat diselesaikan walaupun dalam keadaan bersusah payah.


Antara 'Kak Kiah' yang ada dalam kumpulan kami.








Selesai di sand dunes kami pergi ke salah satu pantai yang ada di Lancelin ini untuk makan tengah hari. Agak bagus tempat ini kerana ada bilik air yang besar dan kawasan meja berbumbung tempat untuk makan-makan. Di tepi pantai ini pulak ada banyak pokok rendang jadi memang sesuai sangat untuk dijadikan tempat bersolat.



Ada sesekali nampak kelibat dolphin di sini.

Destinasi terakhir hari ini ialah Pinnacle Desert yang terletak di Nambung National Park. Gurun batu-batu pacak ini boleh dikatakan destinasi wajib bila ke WA. Ada lebih kurang 70 km lagi perjalanan dari Lancelin. Jalan di WA ini memang sangat-sangat rata dan kebanyakannya lurus. Susah nak nampak jalan yang berlubang. Rasa macam nak merempit biar cepatlah sikit perjalanan. Tapi memikirkan saman yang akan kena bayar jika kantoi jadi kita terpaksalah jadi pemandu yang berhemah.

Papan tanda sebegini banyak terdapat di kawasan luar bandar.

Bayaran masuk yang dikenakan.

Pemandangan batu-batu pacak dari kawasan atas.





Budak kecik ni dah sampai ke gurun. Anda bila lagi?








Tak lama kami di sini sebab nak mengelakkan perjalanan waktu malam. Waktu ini jam enam petang sudah mulai gelap. Alhamdulillah kami selamat sampai di Perth menjelang maghrib.

5 comments:

  1. Wah sangat menarik sandboarding ni...tak pernah mengalaminya. Tak perlu pakai cermin mata ke? Debu pasir tak masuk mata ke?
    Rasa pipi ni tertampak dengan ayat "Budak kecik ni dah sampai gurun? Anda bila lagi? P :D Saya pernah sampai di gurun tapi di Mongolia, bukan di Australia.

    ReplyDelete
  2. Keadaannya sama seperti dahulu masih tidak berubah.

    ReplyDelete
  3. jalan lurus bawak 70km mmg kena sabo byk2..kalau haiwan2 wildlife tu melintas best jg..hehe..

    ReplyDelete
  4. Wah.... best bca ni... mcm tau3 ja kita pon nk ke sna hujung thn ni.. blh la timba2 ilmu...

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...