Lepas membasahkan tekak kat warung di luar kawasan Borobudur, kami meneruskan perjalanan untuk ke kawasan tanah tinggi Dieng Plateau. Di Magelang, kami ada dua pilihan sama ada nak ke Ketep Pass atau Dieng Plateau. Kami pilih ke Dieng kerana suasananya lebih menarik cuma perjalanannya agak jauh. Perjalanan mengambil masa lebih dua jam untuk sampai ke sana.
Melalui kota Wonosobo di pertengahan perjalanan untuk ke Dieng.
Memasuki kawasan Dieng Plateau.
Kawasan Dieng ini dikelilingi oleh gunung berapi yang sudah tidak begitu aktif.
Banyak kampung berkelompok seperti ini di kawasan tanah tinggi Dieng.
Kampung lagi.
Banyak masjid yang cantik ada di kawasan tanah tinggi ini.
Tanah di sini juga seakan habis diteroka untuk aktiviti pertanian.
Menghampiri bahagian atas Dieng Plateau. Hotspot untuk berfoto.
Pokok buah carica (karika) atau betik gunung.
Sedikit info fasal buah carica ini. Buah ini bukanlah berasal dari Indonesia tapi telah dibawa masuk oleh penjajah Belanda. Boleh dimakan apabila cukup masak. Tapi kebiasaannya buah carica di sini dijadikan seperti jeruk dan dijual sebagai salah satu buah tangan untuk pelancung. Rasanya memang sedap.
Buah carica yang sudah dikomersilkan.
Ladang kentang
Mengikut kata Nizam, hampir 90% kawasan pertanian di sini ditanam dengan tanaman kentang. Tanaman lain seperti kobis dan lobak juga ada tapi tidak banyak.
Kentang juga ditanam secara teres di lereng bukit.
Kami sampai di kawasan tarikan pertama di sini iaitu telaga warna. Tapi mengikut kata Nizam, tak payah masuk di sini kerana pemandangan adalah lebih cantik jika dilihat dari atas. Lagipun tiket masuknya pun agak mahal. Siap dia turun dari kenderaan dan snap harga tiketnya untuk kami.
Pintu masuk ke kawasan telaga warna.
Tiket masuk yang agak mahal untuk warga asing.
Jadi sebelum memanjat bukit untuk melihat telaga warna, Nizam bawa kami ke kawah Sikidang dulu kerana lokasinya agak jauh sedikit dari sini.
Pintu masuk laluan ke arah kawah Sikidang.
Saluran udara panas geothermal untuk penjanaan tenaga elektrik.
Kedai cenderamata dan makanan yang kurang tersusun di sepanjang jalan menuju kawah. Tempat baru sedang dalam pembinaan.
Kawah Sikidang dari kejauhan.
Antara kawah gunung berapi yang paling mudah untuk kita sampai.
Kawah Sikidang bersaiz agak kecil.
Air yang menggelegak dibahagian tengahnya.
Tak terasa panasnya dan bau belerangnya juga adalah mengikut angin.
Tak perlu mendaki sangat untuk sampai ke tebing kawah.
Dari sini barulah kami bergerak pula ke kawasan Dieng Plateau Theater. Di bahagian belakang theater ini ada bukit yang boleh didaki untuk melihat telaga warna dari atas. Sedikit bayaran dikenakan oleh pemandu arah yang membawa ke sana.
Dataran Dieng Plateau.
The theater
Panggung ini boleh menampung sehingga 60 orang penonton pada satu-satu masa. Di sini kita akan di sajikan dengan dokumentari berdurasi lebih kurang 20 minit mengenai Dieng Plateau dan sejarah awal tentang terbentuknya dataran Dieng ini.
Sebelum mendaki mari kita makan dulu kentang dan cendawan goreng untuk mengumpul tenaga. Sedap dan murah makanan di sini. Kebetulan ada sekumpulan pelancong lapan orang dari Malaysia yang hampir serentak sampai di sini. Jadi kami join dia orang dengan seorang jurupandu masa mendaki bukit kemudiannya.
Telaga warna dan telaga Pengilon di sebelahnya.
Telaga warna merupakan telaga volcanic dan mempunyai warna sedemikian kerana kandungan belerangnya yang tinggi. Apa yang menariknya telaga pengilon di sebelahnya mempunyai air yang jernih walaupun terletak sangat berdekatan dengan telaga warna.
Menggigil kaki nak naik kat atas tunggul batu tu.
Selain pemandangan kawasan tanah tinggi yang agak berbeza dengan tempat kita, kawah Sikidang dan telaga warna adalah antara beberapa tarikan yang ada di sini. Terdapat juga candi-candi lama di sini. Trip diteruskan untuk menuju ke kota Jogjakarta pula. Sebelum check in hotel kami makan dulu di Pizza Hut. Agak murah harganya berbanding makan di tempat kita
Dua malam kami menginap di sini.
Hotel Summer Season terletak dekat sangat dengan Jalan Malioboro.
wow.. jap rasanya CT baca entry SS ke tempat yang sama mcm pakcik pergi ni tapi itulah orang kata.. pngalaman manusia tu berbeza beza. baca entry pakcik rasa mcm menarik pulak tempat ni. tapi untuk pergi tidak la kot.. CT baca ajelah crita orang.
ReplyDeletebaru nak puji cakap braninyaaa panjat tebing tu hahaa da mengaku kaki da gigil. eee tngk pun seram. apa lagi la nak memanjat ke situ. ttb trbayang scene iceberg dalam ice age jatuh :P
bukan CT reti nak sebut.. plateau..?? (platu) (platiu) (platieeeu..) hahaa which one..
Takpelah... satu hari nanti CT akan sampai ke sana...
DeleteKalau orang muda rasanya takde masalah nak panjat batu tu...CT pun boleh... hehe
Entah mana satu sebutan yang betul... tapi macam perkataan French... eja lain bunyi lain...
beza kelangit harga tiket local & pelancong.
ReplyDeletecantik view dr tmpt tgi tu.
Tu lah... kalau nak bezakan pun patutnya bukan sampai berpuluh kali ganda mahalnya...tapi view memang cantik...
DeleteCantik view tmpt plm duduk tu. Berbaloilah gigil nk naik atas tu. Ahaks.
ReplyDeleteByk betol beza harga tiket masuk. Nasib malayisa dikira part of nusantara kan
Terpaksalah John... bukan selalu nak sampai ke sana... panjat jugalah walaupun gegar...
DeleteMalaysia dikira asing juga... nusantara mungkin untuk warga mereka dari kepulauan yang lain...
cantiknye view telaga tu dari atas
ReplyDeleteMemang cantik... tapi mencabar juga nak naik ke atas tu...
DeleteBeza Harga local ngn tourist mmg mlampau kan...sama gk kat borobudur tu...
ReplyDeleteWah sy yg tgk pun ketaq lutut tau...hish seram...klo saya naik kot retak batunya...xpsl lps ni xde org leh amek gmbar gitu dah.hehe
Pizza hut di indon mmg feveret saya!best!hehe
Memang melampau... kalau 2, 3 kali ganda masih OK lagi rasanya. Ini sampai 20x ganda....
DeleteKo ni DJ... kihkihkih takkan lah sampai retak batu...melampau... Kesian orang lain nanti tak dapat bergedik kat situ lagi...
Setuju... lebih murah dan ada kelainannya...
Kesihan lihat pak Polisi di kota Wonosobo itu. Diam membisu. Kena kutuk kah Polisi itu Pak Mie sehingga jadi patung batu ....hehe.
ReplyDeleteTapi memang berkesan cara begitu mas Gunadi... sebab dari jauh nampak real dan orang tentu akan lebih berhati-hati...
DeleteCntik kawasan lereng2 tu esp yg tnm sawah padi tu... 1st time dngr psl buah carica.penjual2 tu jenis paksa2 beli x? Bkn ape klu jt tmpt2 lain kt indon, ade yg jenis ekstrim suka paksa2...huhu
ReplyDeleteCantik dan nyaman udaranya... agak beza sikit berbanding Cameron Highlands. Saya pun first time tahu fasal buah carica tu. Penjualnya pun OK, tidak memaksa mungkin dipengaruhi suasana yang nyaman dan kurang tekanan hidup berbanding di kawasan pelancongan lain...
DeleteCili Dieng dan Caracanya best
ReplyDeleteTu lah en Din... rugi saya tak beli banyak buah carica tu sebab rasanya sedap dan unik... macam rasa nanas pun ada...
DeleteKalau ikut Dieng Plateau Theater, takde bayaran masuk, cuma bayar pada tour guide je..berbaloi drpd bayar 100K-150K tu..tengok telaga yang sama ke...mesti sedap buah2an, kentang disini..tanah subur..
ReplyDeleteBetul tu ... pemandangan pun lebih cantik dan bayarannya pun lebih murah... Kentang dan cendawan goreng tu memanag sodap sebab memang terbaik dari ladang...
DeleteWow...mesti cuace nye nyaman aja ya Pak...
ReplyDeleteTahniah...berjaya memanjat....kehkehkeh..
Boleh masuk list ni...cantik dataran tinggi nya...
Ya betul ibu ASP... tapi saya lebih suka Cameron Highlands...
DeleteMemanjat bukit macam tu bolehlah tapi mana boleh nak lawan ASP... Memang direkomen untuk ke sana...
Nekcik baca pon sompuut blom mendaki lagii....
ReplyDeleteKalau daki slow2... boleh je sampai atas tu Nekcik...
Deletedua malam di sana? ok jeles.
ReplyDeletedan boleh tengok telaga warna dari atas sahaja??? oh my. kene repeat nih!!!
Dua malam tu di Jogja GB, bukan di Dieng...haah boleh tengok dari atas saja... bayar pun murah .. supir tak bawa ke sana ke...
Deletesantek gegambo kampung bekelompok tuh!!
ReplyDeleteMemang cantik dan mendamaikan...udara pun nyaman...
Deletedalam menggigil tu berani jugak PLM naik hihhi...saje je kan..HERO mana leh takut2 kan hikss
ReplyDeleteNasib baik si Nizam tu jujur cakap view lagi cantik dari atas kalau tak melayang 100K rupiah..mahal tu..nampak nya JM akan booking si Nizam ni
Mestilah kena naik JM walaupun gigil... bukan selalu nak ke sana...
DeleteMemang lebih cantik dari atas... tapi teringin juga nak tengok dari dekat...
Kalau JM nak booking si Nizam ni kena awal-awal sebab jadual dia agak ketat...
Sejuk tak kat Dieng Plateau ni?
ReplyDeleteSejuk lagi Cameron Highlands.Tak tau lah belah pagi sebab sampai di sana pun dah tengah hari...
DeleteDieng bisa turun salju kok :), biasanya bulan agustus cek https://ekaandrisusanto.wordpress.com/2012/09/28/snow-falls-at-dieng-high-mountain-east-java-indonesia-salju-turun-di-pegunungan-dieng-jawa-tengah-indonesia/
DeleteWah tidak pernah tahu ni... Terima kasih infonya mas...
Deletekalau mau lebih sejuk dari CM datanglah ke kebun teh kayu aro kerinci(hamparan kebun teh terluas di dunia) vie lebih menarik karena terletak dibawah kaki gunung kerinci gunung api tertinggi di asia tenggara
DeleteAssalamualaikum wr wb.
ReplyDeleteSebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.
Kami bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..
Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa, Bandung dan lain-lain.
Ada juga sewa kereta (avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50) seats dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.
Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
Day 1
Kami jemput Tuan/ Puan/ Abang/ Akak di airport. Selepas itu kita nak pergi ke local resto untuk makan tegah hari. Lalu menuju ke hotel guna check in. Selepas istirahat sekejap di hotel kita menuju Kasongan iaitu tempat kerajinan gerabah yang ada di Bantul, selepas itu menuju Pantai Parangtritis, disini kita bole naik delman (kereta kuda dengan dua roda), atau naik ATV atau bole duduk2 sahaja di pinggir pantai. Selepas dari pantai Parangtritis kita menuju Manding, iaitu pusat kerajinan kulit semacam dompet, kasut, jaket dan lain sebagainya. Selepas shopping di manding kita menuju local resto untuk makan malam, lalu menuju hotel untuk istirahat perseiapan tour esok hari.
Day 2
Pagi hari sekitar pukul 07.00 kita menuju Borobudur Temple iaitu candi Budha yang dulu pernah menjadi satu dari keajaiban dunia, selepas itu kita menuju gunung merapi menikmati sisa erupsi merapi guna jeep adventure. Selepas itu kita makan tengah hari lalu melanjutkan menuju masjid tertua di Jogja yang masih meninggalkan bangunan Hindu kerana pada masa itu merupakan peralihan dari kebudayaan Hindu ke Islam. Selepas dari masjid Kotagede kita menuju ke pusat kerajinan Silver dan chocolate di Kotagede, lalu menuju local resto untuk makan malam. Kembali ke hotel untuk istirahat.
Day 3
Menuju Kraton, iaitu bangunan peninggalan dari Raja Hamengkubuwono dan juga sebagai salah satu icon Jogja. Lalu menuju tamansari watercastle, tempat pemandian gundik raja, bilaman sempat bole tengok masjid bawah tanah. Selepas dari Tamansari Watercastle kita nak menuju local resto guna makan tengah hari. Setelah itu kita menuju Goa pindul iaitu menyusuri sungai bawah goa menggunakan ban. Selepas itu kita menuju indrayanti / drini / baron beach (optional), lalu menuju bukit bintang untuk menikmati keindahan kota Jogja dari atas. Kembali menuju hotel.
Day 4
Drop airport
Harga bermula dari: RM 482
All package types include:
• Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
• Hotels 3 nights *2/*3/*4 (optional)
• Driver
• Driver Meals
• Parking fees
• Tour guide (by request)
• Entrance ticket’s stated in itinerary
• Dinner and lunch based itinerary
• Documentation (by request)
Exclude:
• Airport taxes
• Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
• Additional menu for dinner / lunch (if included)
• Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)
Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season
Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010, atau
whatsapp +628985101301 (FREE).
Email: ganeshabantul@yahoo.com
FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.
Wassalamualaikum Wr Wb
Pesona Dieng Plateau memang sangat memukau, salah satu Objek wisata di jawa tengah selain wisata candi borobudur, wisata candi gedong songo, wisata umbul sidomukti, wisata pantai lembupurwo dll.
ReplyDelete