Wednesday, December 3, 2014

Trip Jawa Tengah 7 - Istana Air Taman Sari

Di Jogja lokasi lawatan kami yang pertama ialah Istana Air Taman Sari. Dikenali juga sebagai Taman Sari Keraton Yogyakarta iaitu sebuah bekas taman atau kebun istana. Dibahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya ialah tempat pemandian dan tempat beribadat. Istana ini juga dikenali sebagai bekas tempat istirehat keluarga diraja.

Sampai di kawasan Istana Air Taman Sari.

Pintu masuk utama.

Kami sampai di sini agak awal, jadi pintu utamanya belum dibuka lagi. Tapi di sini ada jurupandu yang akan membawa kita masuk melalui bahagian belakang, Sedikit bayaran dikenakan. Dia akan menerangkan tentang sejarah mengenaii Istana Air ini. Kalau tidak memang kita tak tahu langsung fungsi sesuatu ruang di dalam kawasan ini sebab agak kurang infonya.


Laluan di bawah tanah.
 


Kawasan ini di kelilingi dengan rumah-rumah yang agak padat.

Tangga di tengah bangunan dari empat arah dan satunya terus naik ke aras dua. 

Tempat beribadat keluarga diraja berada di aras bawah tanah.

Keluar dari bahagian belakang berjumpa dengan Taman Kampung Cyber ini. Sebulan sebelumnya pengasas Facebook, Mark Zuckerburg melawat kawasan ini.

Masuk ke kawasan taman air.



Terdapat satu kisah menarik di kawasan ini seperti yang diceritakan oleh jurupandu kami. Kawasan ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah tempat gundik-gundik raja mandi dalam keadaan telanjang. Pada masa itu orang lelaki memang dilarang memasuki kawasan ini. Raja akan duduk di atas menara sambil memerhatikan gundiknya mandi. Dari situ raja akan mencampakkan bunga, dan siapa yang dapat bunga itu akan mandi bersama raja di bahagian yang satu lagi. Eksklusif untuk berdua saja. Best kan... hehe








Inilah tempat mandi yang istimewa itu.

Taman di dalam kawasan ini.

Seakan-akan pokok buah tampoi.

Sepatutnya kita masuk dari sini. Tapi sebelum keluar dari kawasan ini barulah kita orang bayar tiket masuknya.

41 comments:

  1. hehehe untunglaaaa yang dapat bunga tu...dapat mandi kat private pool!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja untung DJ malah keriangan berganda...hehe

      Delete
  2. Terbayang nikmatnya jadi raja Pak Mie. lihat gundik-gundik mandi..haadeuuhhh....
    Astagfirullah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengucap mas Gunadi... raja dulu-dulu memang agak buas dan ganas...baru orang respect...

      Delete
  3. Replies
    1. Terbayang-bayang pulak acara tersebut...huishhhh...

      Delete
  4. memang istimewa tmpt mandi tu, nak2 time panas terik..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang sudah tidak digunakan lagi Jea... sekadar bahan lawatan...

      Delete
  5. Replies
    1. Binaan dulu-dulu memang cantik, berseni dan tahan lama...

      Delete
  6. cantik cantik..akan dijejaki..insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Nekcik akan sampai di sana suatu hari nanti...

      Delete
  7. laluann bawah tanah tu la rupanya yg kawan suruh pegi tu. dulu pegi xtau wujudnya. ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah John... kalau saya explore sendiri mungkin tak jumpa jalan bawah tanah tu sebab tak ada panduan disediakan...

      Delete
  8. Best nya ber imiginasi kat tempat ni.....kalau ada ulang tayang lagi best ni ...hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan en Deen... kalau ada ulang tayang... nanti orang bawah umur tak boleh masuk pulak... hehe

      Delete
  9. Peliknya pokok tu ...x da dahan... awat x terjon En mi..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time nampak pokok tu...agak unik. Memang best kalau dibenarkan mandi kat situ... sebab masa tu memang cuaca panas banget... dah dua bulan tak hujan di Jogja...

      Delete
  10. Raje kerajaan apa ni Pak ?
    Itu jer ler keghojernye ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar ASP ni... Raja dolu-dolu memang macam tu rasanya. Dulu mana ada gajet bagai... jadi itu lah sebahagian hiburan dia orang... kihkihkih...

      Delete
  11. Dulu bolehlah buat macam tu hukum-hakam masih longgar
    Sekarang kalau macam tu tak ada siapa nak respect.

    Tapi satu yg menarik mata kakak seni architecture bangunannya menarik kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kakzakie... dulu siapa berani lawan sultan memang buruk padahnya... Senibinanya agak menarik... ada bahagian bangunan yang sedang dibaikpulih untuk mengembalikannya kebentuk asal...

      Delete
  12. berapa bayaran yagn dikenakan oleh jurupandu tu PLM..mesti lebih dari 1000 rupiah kan

    waktu raja campak bunga tu mesti berebut2 dorang kan...ishhh..klau JM lah kan..kalau raja kacak yg campak bunga mmg bermatian nk dapatkan bunga tu tapi kalau raja tu x kacak..JM pandang sepi je biar dia mandi dgn gundik lain ahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayarannya Rp50K untuk tiga orang... OK lah tu..

      Wah berimaginasi rupanya JM... agak kelakar kan... lucah pun ada... hehe

      Delete
    2. alamak!!..ada elemen lu*** ke...minta maaf ye PLM..

      Delete
    3. Takde lah bukan JM... tapi bila kita bayangkan kisah yang diceritakan guide kat situ...hehe

      Delete
  13. Isyaallah tempat yang perlu dilawati ni.. Boleh masuk list...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul... lokasinya pun dalam bandar dan mudah utk ke sana...

      Delete
  14. Replies
    1. Best la jugak... tapi panas yakamat masa saya di sana...dah dua bulzn tak hujan...

      Delete
  15. Owh... menarik jugak sini ek. Rumah padat padat tu nampak rare. Sayang pulak tak ke sana haritu. Next trip lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak menarik juga...kalau orang suka bab sejarah...

      Delete
  16. Best tu kalau ada rumah sendiri macam tu.. boleh terjun mana2 jer.. hahahaa.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat satu kalau ada tanah luas kat kampong... boleh berendam seharian... hehe

      Delete
  17. amboi pakcik 'best kan heheh' mahal bebenor ayatnya..
    kan best kalo diorang open tempat tu untuk public mandi.. CT sukalah tempat main air cemni. swimming pool sort of heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni macam tempat bersejarah jadi tak bolehlah nak buka pada awam untuk bercanda dalam kolam tu... Tapi kat situ panas yakamat...kalau berendam pun tak selesa...

      Delete
  18. Menarik cerita gundik rebut bunga untuk dapat bersiram dengan raja :D
    Gundik tu, perempuan simpanan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya macam tu lah... takkan isteri ramai sangat pulak kan...tapi zaman dulu semuanya boleh terjadi...

      Delete
  19. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami dapat bagi harga yang berpatutan tentunya dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

    Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga tidak mengikat, kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

    Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)

    1st day (pusat kerajinan gerabah Kasongan, Parangtritis beach, Pusat kerajinan kulit Manding)

    11.15-11.45 airport
    11.45-12.15 goto localresto
    12.15-13.00 lunch
    13.00-13.30 go to hotel c/in
    13.30-14.30 istirahat sejenak di hotel
    14.30-15.15 go to pusat kerajinan gerabah kasongan
    15.15-16.00 kasongan
    16.00-16.30 goto parangtritis
    16.30-17.30 parangtritis
    17.30-18.15 go to pusat kerajinan kulit manding
    18.15-19.00 manding
    19.00-19.30 go to local resto
    19.30-20.00 dinner
    20.00-20.30 drop hotel

    2nd day (Borobudur, Lava tour merapi using jeep, chocolate Tugu / monggo, Masjid mataram kotagede (bole diganti dengan pusat kerajinan batik), Pusat kerajinan perak kotagede)

    08.00-09.30 go to borobudur
    09.30-10.30 borobudur
    10.30-11.30 goto local resto
    11.30-12.00 lunch
    12.00-13.00 go to lava tour merapi
    13.00-14.30 lava tour merapi
    14.30-15.30 menuju chocolate monggo
    15.30-16.00 chocolate monggo
    16.00-16.15 go to masjid mataram kotagede
    16.15-17.00 masjid mataram kotagede
    17.00-17.15 menuju pusat kerajinan perak kotagede
    17.15-18.00 pusat kerajinan perak kotagede
    18.00-18.30 menuju local resto
    18.30-19.00 dinner
    19.00-20.00 drop hotel

    3rd day (Kraton, Tamansari, Goa pindul, Indrayanti beach, Bukit bintang)

    08.30-09.00 go to kraton
    09.00-10.00 kraton
    10.00-10.15 go to tamansari
    10.15-11.30 tamansari
    11.30-12.00 go to local resto
    12.00-12.30 lunch
    12.30-14.00 goto goa pindul
    14.00-15.00 cave tubing goa pindul
    15.00-16.00 goto indrayanti beach
    16.00-17.00 indrayanti beach
    17.00-18.00 goto bukit bintang
    18.00-19.00 bukit bintang
    19.00-19.30 dinner @bukit bintang
    19.30-20.30 drop hotel

    4th day (drop airport, bole mampir tempat oleh2)
    tba c/out hotel
    tba drop airport

    Price start from: RM 482

    All package types include:
    • Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
    • Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
    • Driver
    • Driver Meals
    • Parking fees
    • Tour guide
    • Entrance ticket’s stated in itinerary
    • Dinner and lunch based itinerary
    • Documentation (by request)

    Exclude:
    • Airport taxes
    • Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
    • Additional menu for dinner / lunch (if included)
    • Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

    Note:
    Harga dapat berubah sewaktu-waktu
    Harga tidak berlaku bagi high season

    Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010 / whatsapp saya di +628985101301 (FREE). Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...