Selesai saja lawatan sekitar Semarang kami meneruskan perjalanan untuk ke Magelang pula. Hujan amat lebat sekali tapi perjalanan agak lancar.
Restoran SS Sambal Special. 27 jenis sambal tu...fuhh
Perjalanan mengambil masa hampir dua jam. Sampai di Magelang kami minta supir singgah untuk makan malam. Dia rekomen makan di Restoran SS. Ada banyak cawangannya di kawasan Jawa Tengah. Di Magelang saja terdapat tiga buah restoran ini. Kami makan disalah satu cwangannya dan rasanya yang terbesar sekali. Boleh pilih untuk makan di meja atau cara lesehan. Harga makanannya memang agak murah.
Enam gelas jus alpukat untuk empat orang. Memang tak boleh tinggal minuman ini kalau pergi Indonesia.
Menunya agak ringkas tapi memang sesuai dengan tekak kami.
Selesai makan, kali ini adalah misi menjejak hotel pula. Lokasinya berhampiran Kompleks Borobudur dan jauh dari kota Magelang. Waktu tu dah hampir sepuluh malam. Masalah timbul kerana rupanya ada dua tempat penginapan yang menggunakan nama Borobudur Inn. Waze pula menunjukkan jalan ke arah tempat yang satu lagi. Mungkin tempat itu sudah lebih dulu beroperasi. Susah pulak nak jumpa kerana terletak di kawasan kampung dan melalui lorong-lorong gelap. Bila dah sampai nampak tempat macam pelik dan lain dari gambar yang ditunjukkan. Kiranya macam guest house gitulah. Sah-sah memang dah salah tempat ni... Terpaksa keluar semula ke jalan utama dan bertanyakan penduduk setempat. Rupanya hotel ini memang agak baru dan tak jauh pun dari kompleks Borobudur tu. Alhamdulillah akhirnya sampai juga.
Hotel Borobudur Inn pada waktu paginya.
Destinasi pagi ini ialah kompleks Borobudur. Pada mulanya Nizam ada menawarkan diri untuk bawa kami menaiki Bukit Punthuk untuk melihat sunrise. Tapi terpaksa keluar dalam jam empat pagi. Jadi kami pilih untuk tidur saja. Hotel penginapan kami cuma terletak beberapa kilometer dari kompleks Borobudur jadi sekejap saja kami sudah sampai. Waktu itu baru jam lapan pagi tapi sudah panas sesangat. Masa tu ada pulak ibu-ibu yang menjual topi. Terpaksalah beli juga walaupun cuma digunakan kat situ saja. Tiket masuk ke kawasan ini ialah Rp240K untuk pelawat asing dan ada pintu khasnya. Di sini kita akan disediakan minuman selepas melalui pemeriksa tiket.
Peta kawasan kompleks Borobudur.
Pelawat dikehendaki memakai kain ikatan ini.
Agak jauh juga berjalan untuk sampai.
Borobudur merupakan salah satu tapak warisan dunia UNESCO.
Baru sampai sini awek tu dah sakit pinggang.
Masih agak awal, orang pun belum ramai lagi.
Panas berdenting...
Legakan lutut sekejap.
Kawasan yang paling curam dengan anak tangga yang tingginya lebih dari sekaki.
Di kawasan paling atas.
Sebenarnya tak ada apa sangat yang nak ditengok kat atas ni. Pemandangan sekitar pun agak suram kerana berjerebu. Setengah jam kat atas kami dah selesai pusing-pusing kawasan ini. Bagi peminat seni mungkin akan ambil masa lebih panjang untuk menghayatinya.
Berteduh di bawah pokok.
Kawasan keluar dipenuhi dengan kedai-kedai cenderamata. Satu pun kami tak beli kerana kebanyakannya mempunyai foto atau objek yang kurang sesuai untuk kita.
waduh warung SS tu mmg syiok abes...smpai berasap jadinya makan kat situ...hehehe
ReplyDeleteyezza yogja lagi atas borobudur tu mmg panas lain macam!huhuhu teringat2 terik matahari kat atas borobudur tuh...tapi tetap bergigihan bergambar kan...hehehe
Setuju Restoran SS memang best... murah pulak tu... berasap berapi dek sambalnya...hehe
DeleteWalaupun panas tetap nak naik sampai atas juga... sebab memang tak akan jejak lagi untuk kali kedua ke situ...
waduh kasihan awek itu sakit pinggang Pak Mie. Untung lah Pak Mie tak sakit pinggang...
ReplyDeleteTaklah sampai sakit pinggang sebab tak terlalu tinggi dan panjat slow2 sikit... Cik wife cuma naik hingga pertengahan saja...
DeleteRestoran SS tu...curious jg nak tau, sampai 27 jenis sambal...bekas letak nasi putih tu menarik..
ReplyDeleteItulah nampaknya lebih banyak sambal dari lauk... memang special...saya cuma ambil dua jenis sambal je...
Deletenak pergi sini kena pagi. Kalo tak....mau mcm Ikan goreng bila kat atas.
ReplyDeleteMacam ikan kena goreng kan...hehe. Tapi lapan pagi pun dah panas sebab matahari terbit jam lima suku pagi...
Deletemakan secara lesehan? apa tu
ReplyDeleteextra lagi 2 gelas jus alpukat tu mesti PLM punya kan hihih..jus tu mmg sedap ..pekat melekat kan
dorang hidang atas pinggan apa tu PLM ..periuk tanah ke
Kalau JM pun mesti naik sekejap je kat atas tu..tambah pans berdenting mmg i oulss x leh ber lama2...kulit sawa mantag ni cepat je gelap
Makan cara lesehan tu JM, makan cara duduk di lantai tapi ada meja...
DeleteDua gelas untuk saya, yang satu lagi diaorang share... tamak kan... tapi licin...
Entahlah JM, macam tembikar ada, macam kepingan kayu pun ada...
Yelah orang tu suka negara empat musim je... mana nak gi tempat2 macam ni...
Kami tak pakai ikatan tu... Kami pi sebagai local.. Pasal anak dulu belajar kat sana.
ReplyDeleteUntuk banyak kalau dapat masuk sebagai lokal... murah berganda tiketnya... ini tidak adil... tidak adil...kata Yuna... hehe
Delete27 sambal?? pengsan...hihi
ReplyDeletesy dulu pon mcm tu jugak, masuk ikot pintu depan, kuar ikot pintu blkg. dah takde pusing2 lg dah..mmg tak gemo sejarah2 ni (mengaku saya..hihi). tapi rugi lah buat camtu sbb tiket wancanegara mahal bangat..
Memang betul ada dalam senarai menunya... memula macam tak percaya juga...
DeleteNampaknya samalah kita...tempat2 macam tu memang sekali lalu je...
wancanegara ke mancanegara? (sejarah fail, bahasa pon fail jugak..) hihi
Deletehuurm tengok gambar pun memang boleh jangka dah panas nye macam mana. adoi panas kat georgetown pun CT dah tak tahan kekeke.. sunburn mcm oreo dah jadinya. hehek awek tu badan keding da sakit pinggang.. CT kalo panjat cem mano la jadinya. suku journey aje mengeluh.. tapi berbaloi la itu namanya travelling kan.. x best la kalau x sakit sendi sana sini hihi
ReplyDeleteRasanya kalau orang muda belia macam CT takde masalah nak naik ke atas tu, stamina pun masih OK...so no hal... panas tu memang tak dapat nak dielakkan...
DeleteBorobodur...salah satu wishlist ni... meriah btl gmbr makanan2 kt atas tu ya... brp en mi byr supir sehari ya?
ReplyDeleteBolehlah cik Fari ke sana nanti, tapi stay kat Magelang lebih baik sebab dekat berbanding di Jogja. Makanan tu murah dan meriah..hehe. Untuk kenderaan saya bayar Rp3juta selama 5 hari 4 malam dari airport balik ke airport. Kos sudah termasuk minyak dan parking. Berbaloi sebab memang jauh perjalanannya...
Deletenekcik pergi tak masuk norobudur tu..mahal sangat utuk bukan lokal...baru baca cerita Mie ni pun dah sompuut..lom lagi mndaki...takpe nekcik mndaki lorong malioboro jer cukup doh
ReplyDeleteSaya sebenarnya tak minat sangat nak ke sana tapi macam tak lengkap pulak rasanya kalau tak masuk... boleh je naik slow2... pastu rehat sekejap... sampailah atas tu..
DeleteAssalam mie,
ReplyDeleteitu tempe sob3
itu sambal sob3
itu ayam sob3.......................................
Semuanya sodap...:)
DeleteHuwa telan liur berkali2 nengok makanan dinner tu. Kalau makan menu gini memang paling ngam cara lesehan. Orang kata baru asyik nak makan.
ReplyDeleteBorobudur ni dah lama duk diam dalam list nak gi, sampai ke sudah xsampai lagi. Kena ajak Bunda ni, bagi exercise sikit panjat tangga nan tinggi tu.
Makanan kat situ memang kena betul dengan tekak kita orang... pastu layan jus alpukat pulak... walla...
DeleteMenarik juga Borobudur tu tapi tempatnya panas yak amat...sian bunda Bie nanti...
Assalamualaikum wr wb.
ReplyDeleteSebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.
Kami bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..
Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa, Bandung dan lain-lain.
Ada juga sewa kereta (avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50) seats dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.
Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
Day 1
Kami jemput Tuan/ Puan/ Abang/ Akak di airport. Selepas itu kita nak pergi ke local resto untuk makan tegah hari. Lalu menuju ke hotel guna check in. Selepas istirahat sekejap di hotel kita menuju Kasongan iaitu tempat kerajinan gerabah yang ada di Bantul, selepas itu menuju Pantai Parangtritis, disini kita bole naik delman (kereta kuda dengan dua roda), atau naik ATV atau bole duduk2 sahaja di pinggir pantai. Selepas dari pantai Parangtritis kita menuju Manding, iaitu pusat kerajinan kulit semacam dompet, kasut, jaket dan lain sebagainya. Selepas shopping di manding kita menuju local resto untuk makan malam, lalu menuju hotel untuk istirahat perseiapan tour esok hari.
Day 2
Pagi hari sekitar pukul 07.00 kita menuju Borobudur Temple iaitu candi Budha yang dulu pernah menjadi satu dari keajaiban dunia, selepas itu kita menuju gunung merapi menikmati sisa erupsi merapi guna jeep adventure. Selepas itu kita makan tengah hari lalu melanjutkan menuju masjid tertua di Jogja yang masih meninggalkan bangunan Hindu kerana pada masa itu merupakan peralihan dari kebudayaan Hindu ke Islam. Selepas dari masjid Kotagede kita menuju ke pusat kerajinan Silver dan chocolate di Kotagede, lalu menuju local resto untuk makan malam. Kembali ke hotel untuk istirahat.
Day 3
Menuju Kraton, iaitu bangunan peninggalan dari Raja Hamengkubuwono dan juga sebagai salah satu icon Jogja. Lalu menuju tamansari watercastle, tempat pemandian gundik raja, bilaman sempat bole tengok masjid bawah tanah. Selepas dari Tamansari Watercastle kita nak menuju local resto guna makan tengah hari. Setelah itu kita menuju Goa pindul iaitu menyusuri sungai bawah goa menggunakan ban. Selepas itu kita menuju indrayanti / drini / baron beach (optional), lalu menuju bukit bintang untuk menikmati keindahan kota Jogja dari atas. Kembali menuju hotel.
Day 4
Drop airport
Harga bermula dari: RM 482
All package types include:
• Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
• Hotels 3 nights *2/*3/*4 (optional)
• Driver
• Driver Meals
• Parking fees
• Tour guide (by request)
• Entrance ticket’s stated in itinerary
• Dinner and lunch based itinerary
• Documentation (by request)
Exclude:
• Airport taxes
• Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
• Additional menu for dinner / lunch (if included)
• Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)
Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season
Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010, atau
whatsapp +628985101301 (FREE).
Email: ganeshabantul@yahoo.com
FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.
Wassalamualaikum Wr Wb