Tuesday, November 18, 2014

Trip Jawa Tengah 3 - Lawang Sewu, Semarang

Destinasi seterusnya pada hari itu ialah ke Bangunan Lawang Sewu. Lawang Sewu ialah bahasa Jawa yang bermaksud Seribu Pintu. Pada hakikatnya bukanlah sampai seribu pintu yang ada, tapi disebabkan terlalu banyak pintu jadi ianya digelar Lawang Sewu. Terletak di Jalan Pemuda iaitu berhampiran bulatan Tugu Muda. Dibina pada tahun 1904 dan pernah menjadi pejabat pengurusan kereta api Semarang.

Bangunan Lawang Sewu ini telah melalui proses baikpulih yang lama dan dibuka semula pada tahun 2011.

Agak awal tempat ini dibuka untuk lawatan.

Peta keseluruhan kawasan Lawang Sewu yang mengandungi dua blok bangunan utama.

Bangunan yang dibina semasa pemerintahan kolonial Belanda.

Pernah menjadi pejabat pentadbiran wilayah Jawa Tengah.

Pernah juga menjadi lokasi pertempuran menentang tentera Jepun.

Merupakan salah satu daripada beratus bangunan lama di Semarang yang dilindungi.


Kerja-kerja pembaikan masih dilakukan.


Jumlah sebenar pintunya ialah 429 sahaja.

Belum siap dibaikpulih.

Ternampak sekumpulan rombongan dari Malaysia di sini.

Lawang Sewu ini tidak lagi digunakan sepenuhnya.

Terdapat beberapa ruang yang menyediakan bahan pameran mengenai kereta api.


Masih kukuh dan cantik.

Selesai dibina sepenuhnya pada tahun 1907.

Keadaanya tidak lagi menyeramkan seperti belum dibaikpulih.

 Kepala kereta api lama sebagai tanda tempat ini pernah menjadi pejabat pengurusan kereta api.

27 comments:

  1. dah berusia 100++ tahun, masih kukuh..

    teringat bangunan KTM dan stesen KTM Kuala Lumpur, pun bangunan lama juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senibinanya agak berbeza sikit sebab bangunan KTM ada unsur keIslaman... Moorish arch...

      Delete
  2. Seronok tengok bangunan lama dipulihara. Bukan je untuk tujuan pelancongan tapi pendidikan untuk generasi akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ada beratus bangunan lama selain Lawang Sewu di Semarang ni... bolehlah Bie letakkan Semarang ni dalam senarai trip akan datang kalau berminat dengan bangunan lama dan bersejarah...

      Delete
  3. Menarik nih...byk btol pintunyaa....dah tak digunakan bgnn lama ni, boleh jd seram gk x en mie?hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dulu mungkin seram juga terutama waktu malam, tapi sekarang bangunanya nampak ceria dan diterangi lampu pada waktu malam... so no seram-seram lagi...

      Delete
  4. Huhuhuhu.. Menariknya... memang suka pergi tempat tempat yg bersejarah mcm ni :D
    tapi itu lah Indonesia kat sebelah pun tak boleh nak pergi hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afif... sesekali jenguklah negara-negara sebelah Asean pulak... sebab rasanya dah puas pergi ke negara empat musim tu...

      Delete
    2. Hahahaa.. mngkin belum lagi puas kot.. insyallah negara2 asean dah mula jejak... cuma belum share kat blog lagi ;D

      Delete
    3. Sampai bebila pun memang tak akan puas punya Afif, sebab kita ni kan gian berjalan...tapi negara empat musim ni kosnya agak tinggi...

      Delete
  5. Replies
    1. Sekarang ni OK dah Jea, cantik dan ceria Lawang Sewu ni... takdelah macam dulu-dulu...

      Delete
  6. 429 pintu?..then selepas di baik pulih akan beroperasi sepetu dulu atau hanya utk lawatan sahaja PLM..apa yg ada dalam setiap bilik dan pintu tu..kosong je atau ada perabut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan ruangnya masih kosong JM. Cuma ada beberapa bilik yg digunakan untuk pameran mengenai kereta api...

      Delete
  7. Seribu pintu menggambarkan betapa besarnya bangunan ini dan betapa besarnya kekuasaan Belanda di tanah Indonesia. Senibina Belanda juga amat terserlah. Bangunan seumpama ini banyak saya lihat di Bandung, kerana Bandung juga tempat yang digemari Belanda.

    Adakah masih ramai orang keturunan Belanda di Semarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dilihat bangunannya tidaklah begitu besar... tapi mempunyai pintu yang rapat-rapat. Keturunan Belanda mungkin ada tapi rasanya sudah banyak yang bercampur dengan darah tempatan...

      Delete
  8. saya pernah berkunjung ke Lawang Sewu ini, bangunannya luas dan unik. Oh ya, Pak Mie masuk ke ruang bawah tanah bekas penjara ngak ? saya dulu ingin masuk ke ruang bawah tanah itu, tapi seram..hehe jadinya batal deh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruang bawah tanahnya ditutup pada waktu saya di sana, Mungkin juga orang ramai tidak dibenarkan memasukinya...Memang ada ternampak pintu masuknya... gelap pekat...

      Delete
  9. mau tengok jugak edition yang menyeramkan tu pak lang, hehe...betul-betul dijaga rapi, sampai sekarang masih elok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti kata mas Gunadi, yang menyeramkan mungkin bilik bawah tanahnya... yang lain-lain nampak OK je Orga...

      Delete
  10. Masoh cntik bngunannya.. pndai mereka preserve....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik selepas di perbaiki dan tauch up semula...dulu katanya menyeramkan terutamanya pada waktu malam...

      Delete
  11. kenape kalau bangunan lama mesti binaan die kukuh... macam kat angkor wat jugak lah.. tapi kalau binaan baru.. runtuh laa apa lah... (cewah... gaye macam pemikir sejarah binaan lak!... akekkeke)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ni kena tanya akitek ni...mungkin sebab tiangnya besar-besar walaupun bangunannya tidak tinggi mana... Bangunan sekarang tiangnya halus banget...

      Delete
  12. mcm bangunan sultan abdul samad kite aje kan sikit sikit.. kalau dah tak digunakan habis apa diorang buat dengan building besar cemni..?? eerk.. 4++ pintu..? hahaha motif pintu bebanyak...? kat rumah ni ade 2 pintu pun da pening kalau kunci salah letak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak lain binaannya dengan bangunan di Dataran Merdeka tu... Ruang bangunannya pun banyak yang kosong. Ada beberapa ruang yang digunakan untuk penerangan mengenai sejarah kereta api...

      Pintu yang banyak mungkin untuk pengudaraan...masa dibina dulu mana ada kipas bagai...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...