Percutian kali ini hanya 5H4M, tapi banyak bandar yang ingin dijejaki. Hasilnya ada beberapa tempat menarik yang tak sempat kami pergi kerana asyik keluar masuk hotel. Kalau cuma tinggal di Jogja saja mungkin lain ceritanya.
Perjalanan hari itu agak lancar dan sampai di Lapangan Terbang Adisudjipto, Jogjakarta mengikut waktu. Pak supir yang di booking pun sudah sedia menunggu. Awal-awal lagi kami dah beritahu, jangan singgahkan kami di mana-mana candi kecuali Borobudur sahaja. Entah kenapa, tapi memang rasa kurang selesa untuk menatap binaan semacam tu. Pak supir kata lagi bagus sebab menyenangkan tugas dia. Oh ya Pak Supir kami bernama Nizam. Nama yang kurang unsur keJawaan, padahal Jawanya pekat sekali, suka speaking dan boleh berbahasa Melayu cara orang Malaysia. Memang terbaik...
Ruang ketibaan antarabangsa Jogja Airport yang agak sempit. Di situlah juga terletaknya kaunter imigresen dan pengambilan bagasi.
Dari airport kami singgah di Restoran Sendang Ayu untuk makan tengah hari.
Agak unik pengangkutan yang disediakan dari kawasan parkir untuk ke restoran. Ada dua unit di sediakan tapi kenalah tarik sendiri.
Menunggu pesanan makanan.
Semua tempat makan di sini adalah cara lesehan. Nasib baik semasa kami sampai di sini orang tidak berapa ramai. Kalau tidak tentu lambat servisnya kerana kedudukannya yang terpisah-pisah seperti pulau dan keseluruhan restoran ini yang agak luas. Yang bestnya tempat ini dikelilingi air dan memang bersih kerana sumber airnya adalah dari sungai yang sentiasa mengalir.
Selesai makan kami singgah solat di Masjid An Nurumi atau lebih dikenali sebagai Masjid Warna.
Lalu di luar candi Prambanan.
Dari Jogjakarta perjalanan diteruskan ke bandar Solo atau dulunya dikenali sebagai Surakarta. Di bandar inilah asalnya Presiden Indonesia sekarang iaitu Joko Widodo. Tempat pertama yang dibawa singgah oleh supir ialah Keraton Surakarta Hadiningrat.
Pintu gerbang untuk masuk ke kawasan Keraton
Cuma sempat berfoto tapi tak dapat masuk ke dalam.
Sampai di sini sudah jam 2.30 petang dan waktu lawatannya sudah pun ditutup. Cepat banget tutupnya.
Di Indonesia ini, setiap bandar ada makanan khasnya. Di Solo makanan khasnya ialah Srabi. Ada sederetan kedai di dalam bandar ini yang menjual makanan ini. Bahagian luar kueh srabi ini seakan-akan apam, tapi ada intinya dan digulung dengan daun pisang. Yang best ianya dimasukan ke dalam kotak khas walaupun kueh ini cuma dapat bertahan satu dua hari saja.
Srabi biasa dan yang berinti coklat dalam satu kotak.
Bas hop on hop off bandar Solo. Tapi yang naik kebanyakannya orang tempatan.
Sungai Bengawan Solo yang merentasi bandar Solo. Sungai ini adalah sungai yang terpanjang di Indonesia.
Tak banyak tempat yang kami pergi di bandar Solo ini. Pak supir ada mencadangkan kami berhenti di Pasar Klewer tapi kami tak berminat. Cukuplah konsep 'been there' sudah tercapai. Waktu malam agak cepat di kawasan Jawa Tengah ini. Jam 5.30 sudah masuk waktu maghrib. Perjalanan diteruskan untuk ke destinasi berikutnya iaitu bandar Semarang, bandar kelima terbesar di Indonesia.
Lebuh raya tol Salatiga ke Semarang. Perjalanan dari Solo ke Semarang melalui Salatiga mengambil masa hampir tiga jam.
Makan malam ringkas di kawasan Simpang Lima, Semarang bersama supir. Jam sudah hampir jam 9.00 malam dan makanan sudah banyak yang habis.
Kawasan Simpang Lima agak meriah pada waktu malam. Sempat mencari kad prabayar untuk berinternet. Tak lama kami di sini sebab bilik hotel sudah memanggil-manggil.
Check in di Quest Hotel, satu km dari kawasan Simpang Lima.
5.30pm dah maghrib..mmg tak sempat nak buat mcm2 bila waktu mlm lebih cepat.
ReplyDeletebestnya restoran tu..sumber air sungai.
Betullah Ujie... dah macam kat Australia pulak rasanya... Restoran tu memang best dan bersih... makanannya pun OK...
Deletekena tarik sendiri naik rakit tu ke resto..nampaknya lepas makan lapar semula ye PLM
ReplyDeleteTrip kali ini PLM bawak anak yang mana eh..x pernah muncul dalam blog pun..semua hensem..mesti ayah nya pun x kurang juga ya
Jauhnya perjalanan PLM dalam satu hari dari Jogja terus ke Solo then ke Semarang. Abis di Solo tu x de melawat mana2 tempat lah ye..kecuali Keraton yg dh tutup awal tu
ahaha..kelakar bila baca entri ni cara penyampaian ada sleng indon giteww
Dekat je jarak feri tu dengn tebing JM....
DeleteSaya bawa anak kedua...dulu sekali ada jadi bodyguard ke Shanghai...
Tujuannya memang nak ke Semarang dan itinerarynya pun Pak Supir (Nizam) yang tolong susunkan...
Yes ade pic saya ( nizam ) +6285868639988
ReplyDeleteWah Nizam pun skodeng blog saya... mana tau ni... hehe
DeleteNizam... kalau ada info yang salah... tolong beritau ye... hehe
DeleteCukup hanya untuk meninggalkan jejak....bagus konsep begitu ya Pak...haha
ReplyDeleteEnggak ade pondok ka yang bisa dilawati di sana ya...asyik nya ke candi sahaja ?....
Ya begitulah ibu ASP... sebab sebenarnya memang nak terus ke Semarang. Tu lah kat sana banyak sangat candi lama... tapi pesantren pun banyak juga. Nanti ibu ASP bolehlah menyusul ke sana pulak...
DeleteOk part naik rakit gi resto tu memang unik. Resto kat Indonesia memang kebanyakkan suka buat style pulau kan. Makan kat Bandung haritu pun macam ni gak. Tapi best ah, lain dari yang lain.
ReplyDeleteBetul Bie.. makanannya pun murah dan kena dengan selera kita...Kira Indonesia ni food heaven lah bagi kita...
Deleteda smpi jogja da ek! best2
ReplyDeleteCuma Jogja... belum sampai NZ lagi... huhu
Deleteahaks!! nnti sampai le tuh en mie ke NZ ye..best kut!!
DeleteInsyaAllah... cuma lambat sikit nak penuhkan tabung ayam tu...
Deleteuiks..... penumpang ke y kne tarik boat tu sendirik?
ReplyDeleteHaah LP... ringan je feri tu... eh feri ke..
Deletemenarik jugak tarik feri tu... kat mesia takde agi kan..? (feri pon boleyh... ahaks! =p)
DeleteRakit je sebenarnya LP... hehe
DeleteOhh....macam mana nak tarik kenderaan tu p lang mie....hehehe...taksangka sini pun ada bus hop off tu... ngeeee
ReplyDeleteMemang ada tali di ikat hujung ke hujung... so tarik sajalah. Haah... ada juga bus tu. Dulu ada train yang digunakan untuk tujuan seperti itu... tapi tinggal relnya saja...
Deletenekcik pun suka jugak jogja ni...tapi nekcik taklah cover bnyak tempat cam Mie tu..kami naik train terus ke surabaya jer
ReplyDeleteTakpe Nekcik... ada masa boleh mengulang lagi... AA tengah offer tu... takde merembat tiket ke mana-mana ke...:)
DeleteTahun depan langkah terhad lah Mie...puteri bungsu nekcik ni tahun depan ambik PT3....bukan boleh tinggal tu..waktu bertenang untuk isi tabung.he.he
DeleteSabor je la Nekcik... demi masa depan anak...Nanti tabung dah penuh bolehlah teruskan misi POP tu...hehe
Deletewah..best...tak naik bas hop tu....
ReplyDeleteTak sempatlah en Din... sebab nak terus ke Semarang hari tu juga...
Deletebanyak gambar supir ye...jadi model.
ReplyDeleteYe lah en Din nak bagi dia glamour sikit...Mana tau nanti pelanggannya makin bertambah... bolehlah saya minta diskaun bila ke sana lagi..hehe
Deletewahh..satu hari sampai tiga bandar...sekejap sangat di Jogja, akan pulang ke Jogja semula ke? Gambar Borobudur takde..
ReplyDeleteTujuan utama memang nak ke Semarang dulu tapi pak Supir cadangkan singgah di Solo sekejap.. Akan ke Jogja semula untuk dua malam terakhir...
DeleteKonsep "been there" itu yang saya suka Pak Mie. Saya pun kalau travel tak suka lama-lama di satu tempat. Konsepnya memang manfaatkan waktu yang terbatas untuk mengunjungi tempat sebanyak mungkin.
ReplyDeleteHehe kita serupa nampaknya...yang penting saya sudah menjejakkan kaki di sana...
Deletewow masjid tu mmg mcm di rusia hihi.. eh kalau CT pun rasanya tak singgah kot candi. pegi yang famous then cabut lari. kat cina pun rasa serba salah aje.. bleh ke masuk tokong tokong diorang.. tak pasti hihi.. CT bukan spesis kaki nak tengok history sangat. kalau ayah CT bleh spend hours kat muzium. CT tidooo da kot rasanya.
ReplyDeleteokay restoran tu unik tapi hihi.. kena tarik sendiri ? huurm.. kalau tngh lapar tak de tenaga lepas tu nak kena tarik menarik pulak.. hurm..
Cantik masjid tu tapi cinonet je... betul tu CT tengok lebih kurang candi tu sudahlah... tak perlu nak kagum sangat...
DeleteRingan je sebenarnya rakit tu... sorang pun boleh buat...
Eloklah tak melihat candi...banyak tempat lain yang menarik rupanya di sini seperti Masjid warna-warni tu.
ReplyDeleteSedap tak Srabi tu?
"Bengawan Solo, riwayatmu dulu, sedari dulu jadi perhatian insani...." lagu evergreen yang masih sedap didengar.
Saya memang rimas dengan binaan macam tu... sama juga dengan di Bali...
DeleteSungai Bengawan Solo tidak seindah dulu... terutama yang melintasi bandar besar seperti Solo ini...Lagunya memang syahdu sekali...
Terbaik la... solo kan ... jeles betul la..
ReplyDeleteInsyallah nak conquer indonesia solo jugak la.. :ad
Takde solonya Afif... Solo tu nama dulunya Surakarta... Dengan usia saya ni nak gi secara solo rasanya kurang sesuai...
DeleteLesehan tu ape ya? Unik restoran tu... cpt btl keraton tutup.. mkanan halal mmg ada di mna2 ya en mi?
ReplyDeleteLesehan tu cara makan duduk di lantai tapi makan kat meja juga... macam orang Jepun...
DeleteRestoran cantik... makanan pun sedap. Makanan halal memang mudah dapat sebab kat Jawa Tengah ni penduduk Islamnya tinggi...
Agak2 brape ye Kos bayaran perjalanan dri jogja ke solo??? Brape jam ye??
ReplyDeleteTak tahu kos tambangnya kerana kami ambil terus pakej sewa kenderaan selama beberapa hari di sana. Perjalanan kurang dari dua jam rasanya...
DeleteHORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
ReplyDeleteSALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN
PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN, DAN PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.
PAKEJ KAMI DESIGN SANGAT MENARIK, HEMAT DENGAN LAYANAN BEST, PASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNIT KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.
DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA, PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE ) TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)
ITINERAY :
DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT
DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.
DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.
DAY 4 : HOTEL – AIRPOR
AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.
SERVICES TERMASUK :
1. TRANSPORT
2. PEMANDU PELANCONGAN
3. HOTEL 3 BINTANG
4. BREAKFAST 3X
5. MAKAN TENGAH HARI 3X
6. DINNER 3X
7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
9. MINERAL WATER
BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA HUBUNGI DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI
NOTE :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL
assalam...tuan...saya cadang nak ke Solo Baru Raya Jawa Tengah...boleh ke bg panduan ke sana..dari kuala lumpur..saya tak pernah travel mana dan ini pertama kalinya..taknak yg
ReplyDeleteada pakej ke sana sini..sbb nak jumpa sahabat lama di sana je.
Wsalam.. dulu AA ada penerbangan terus ke Solo tapi dah stop sejak PKP. Sdra boleh ambil penerbangan ke Yogyakarta dan sambung dg kereta api untuk ke Solo..
Delete