Thursday, November 13, 2014

Trip Jawa Tengah 2 - Kota Lama, Semarang

Hari kedua kami berada di bumi Jawa Tengah. Ada beberapa tempat di sekitar Semarang ini yang kami nak pergi walaupun cuma ada sehari saja di sini. Cuaca hari ini sangat baik dan menurut pak supir sudah beberapa bulan tiada hujan di sini. Jam 9.00 pagi cuaca sudah pun membahang kerana sebelum jam enam pagi lagi matahari sudah pun terbit.

Sebahagian bandar Semarang yang dapat dilihat dari tingkat enam Quest Hotel.

Quest Hotel di kawasan China Town.

Tempat pertama yang dibawa oleh pak supir ialah kawasan Kota Lama. Sebelum itu sempat singgah di stesyen kereta api Semarang untuk snap satu dua foto. Cantik bangunannya dan diantara bangunan tinggalan penjajah Belanda yang masih dikekalkan.

Bangunan stesyen kereta api Semarang.



Memasuki kawasan Kota Lama. Kami ditinggalkan di sini hampir sejam untuk meronda di sekitar kawasan ini. Luas kawasan Kota Lama ini ialah 31 hektar, jadi tak dapatlah kami nak pergi kesemua tempat. Kebanyakan bangunan di sini mempunyai pengaruh senibina Eropah dan diantara ciri-cirinya ialah mempunyai tingkap yang besar, penggunaan kaca berwarna, corak di bumbung yang unik dan ada setengahnya mempunyai ruang bawah tanah.


Bangunan yang paling menjadi tarikan di kawasan ini ialah Immanuel Protestant Church atau Gereja Blenduk. Bangunan ini didirikan pada tahun 1753 dan merupakan gereja tertua di sini. Blenduk ialah bahasa Jawa yang bermaksud kubah. Kebanyakan bangunan lama di sini masih lagi digunakan dan dijaga dengan baik untuk menarik kedatangan pelancong.

Gereja Blenduk



CacaMARBA?

Art Gallery

Ada bangunan yang sedang dibaikpulih.

Syarikat Insuran

Kediaman

Pejabat Pos


Lama dan baru

Dewan Perwakilan Rakyat Daerah

 Penggunaan air telaga masih digunakan lagi di kawasan Kota Lama ini.

29 comments:

  1. PLM...sampai ke kota Semarang juga..mesti sedap makan di sini....mengimbau kenangan yang telah berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah en Din cuma satu malam je kat Semarang... tak sempat nak JJCM sangat...

      Delete
  2. pejabat pos, church, syarikat insuran, art galery...selain dari itu ada lagi x yg menarik perhatian..klaau JM mesti mau cari Mall hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM... tu semua bangunan yang ada di Kota Lama... Mall tentulah ada kalau kat bandar besar... tapi tak sempat nak singgah...

      Delete
    2. mall ? hihi.. balik shopping kat malaysia ajelah Akak JM hihi..

      Delete
    3. Kak JM kau tu fulus no hal punya... tu yg nak nyoping je...hehe

      Delete
    4. a ah laa.. semue macam bangunan bersejarah.... hihihi..

      Delete
    5. Memang kawasan tu semuanya bangunan lama... dah namanya Kota Lama...

      Delete
  3. Assalam Bapak Mie

    Gereja berkubah tu kalau tak de salib nampak macam masjid je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ibu ASP...,memang seakan-akan masjid binaannya...

      Delete
  4. semarang, memang salah satu kota yang saya ingin kunjungi di pulau jawa..teringin nak singgah di masjidnya dan bekas penjara '1000 pintu' tu tapi tulah dianya sampai la ne tak jejak2 hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zilla kena juga pergi ke Semarang ni untuk katam seluruh pulau Jawa... Kalau ada banyak masa boleh pergi ke Pulau Karimunjawa...

      Delete
  5. saya tak tauu ada banyak tempat leh cuci mata kat semarang ni...niat nakpi semata nakpi masjid agung dia jer...ok2 boleh masuk dlm list utk liburan di hjg mingguuu....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tujuan untuk ke Semarang je, memang boleh cover macam DJ pergi Brunei tu...cuti-cuti hujung minggu...

      Delete
  6. Saya ke Semarang cuma ke Lawangsewu dan Mesjid Agung Jawa tengah saja. Kota Lama belum pernah lagi Pak Mie. suatu nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kota Lama lokasinya tidak begitu jauh dari Lawang Sewu...rugi mas Gunadi tidak ke sana...

      Delete
  7. Menarik bangunan2 di Kota Lama ni..pelbagai bentuk senibina..art gallery tu cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenar banyak lagi bangunan lama kat sini nohas...tak dapat nak cover semua sebab ada beberapa tempat lain yg kami nak pergi....

      Delete
  8. My fav!! Tempat2 yang ada nama kota lama ni memang best. Dulu2 lecturer pernah suggest suruh Bb jadi ahli sejarah. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie boleh ke sana nanti... sebab tempatnya luas dan banyak yang saya tak explore lagi. Kalau tengok kat Google image tu memang banyak bangunan tinggalan penjajah di Semarang ni...

      Delete
  9. CT tengok structure bangunan macam ala-ala kat melaka sikit. itu diaaaa church jangan memain hihi.. pukul 9 pagi dah bahang ? eeeerk.. siang cepat malam pun cepat ke pakcik ? ke senja kul 6/7 jugak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang hampir sama sebab penjajah yg sama...Belanda..

      Kat sini 5.30 am matahari dah terbit...5.30 pm dah maghrib... mcm kat Ostolia pulak....

      Delete
    2. pakcik.. hihi jambatan tutup le ade maraton :p sy x dapat emel pun pakcik.. nanti sy tnya ayah sebab x ada kat penang.

      Delete
    3. Saya guna email add yang biasa... tak dapat???

      Delete
  10. Cantik-cantik bangunan di sini dan nampak kelainannya. Teringin nak pergi.

    Caca MARBA? ha ha ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bandar ini sesuai buat peminat senibina bangunan lama...
      tapi kena tinggal di sini dua tiga hari baru dapat cover semua tempat... saya cuma semalaman di sini...

      Tu lah... tak tahu apa maksud MARBA tu...

      Delete
  11. Cantik sungguh pemandangan di indonesia nie.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak cantik jugalah TT.. boleh gi nanti untuk mengalaminya sendiri...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...