Hari kedua pada sebelah pagi kami bercadang nak pergi meninjau ke Disneyland Resorts. Kami tak bercadang untuk masuk kerana bukan nak main-main apa-apa games pun kat dalam tu. Lainlah kalau anak-anak ikut sama. Lagipun suatu ketika dulu pernah masuk ke Disneyland Tokyo, jadi taklah teruja sangat.
Kompleks Disneyland Resorts ini terletak di Pulau Lantau iaitu pulau yang sama terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong di Chek Lap Kok.
Dari Tsim Sha Tsui kami mengambil train hingga ke Lai King, kemudian tukar line ke Sunny Bay. Dari Sunny Bay train khusus untuk ke Disneyland ada disediakan yang hanya mempunyai satu stesyen. Waktu ini masih agak awal. Train hanya dipenuhi oleh pekerja-pekerja Disneyland dan beberapa orang pelawat termasuk kami. Resorts ini hanya dibuka pada jam 9.30 pagi.
Train ke Disneyland yang menarik dengan tingkapnya di bentuk seperti kepala Mickey Mouse. Susunan dan bentuk bangku di dalamnya juga tidak seperti train biasa di mana ianya di buat seakan sofa berbanding train biasa yang dibuat dari keluli atau plastik.
Pintu gerbang yang menyambut kedatangan pelawat-pelawat ke Disneyland. Jarak antara pintu gerbang ini dengan pintu masuk utama kira-kira tiga ratus meter.
Pancuran air berhampiran pintu masuk utama
Taman di sepanjang laluan menuju ke jeti
Jeti ini terletak berhampiran resorts. Ianya kelihatan baru dan seakan masih belum digunakan. Di jeti ini ramai pemancing mengambil kesempatan untuk memancing kerana airnya yang agak dalam.
Karakter-karakter popular Disney di abadikan di tiang-tiang lampu di sepanjang jalan menuju ke pintu utama dan ke arah jeti. Sementara patung Mickey Mouse dan Donald Duck menjadi hiasan di dalam train.
Hotel yang terdapat di dalam kawasan resorts
Pemandangan di dalam kawasan resorts iaitu selepas pintu masuk utama.
Kami menghabiskan masa di sini hampir dua jam sebelum pulang semula ke Tsim Sha Tsui dan seterusnya bercadang untuk ke The Peak di Pulau Hong Kong pada sebelah petangnya.