Trip Surabaya dan Bromo ini dirancang lebih kurang sebulan sebelum berlepas. Memang malas sangat nak buat research. Lebih-lebih lagi masa tu kena juga buat persediaan untuk trip ke Guangzhou. Jadi soal itinerary kami serahkan kepada pak supir untuk menguruskannya.
Lepas tu rasa macam panjang sangat tempoh di sana padahal tujuan utama kami cuma untuk bersiar sekitar Surabaya dan Bromo saja.
Dari empat orang yang nak pergi pada mulanya cuma tinggal tiga saja yang jadi pergi. Jadi kami pakat untuk ambil satu bilik saja dengan katil tambahan.
Penerbangan dari KLIA2 ke Surabaya mengambil masa 2 jam 40 minit. Alhamdulillah sampai di Juanda International Airport dalam keadaan cuaca yang amat baik. Kami di sambut oleh supir mas Nyoman yang berasal dari Pulau Bali tapi sudah lama menetap di Surabaya.
Dari airport kami minta mas Nyoman singgah di tugu yang sangat terkenal di Surabaya yang terletak di hadapan pintu masuk zoo. Kebetulan tempat ini di laluan yang sama untuk ke kota Surabaya.
Zoo Surabaya.
Di hadapan Tugu Surabaya.
Selesai berfoto dalam cuaca yang membahang, kami minta mas Nyoman cari tempat makan untuk makan tengah hari. Kami dibawa ke satu jalan yang terdapat banyak restoran yang nampak agak mewah.
Pergi solo ni bolehlah belanja lebih sikit berbanding pergi dengan keluarga. Masuk dan terus ambil tempat duduk. Lepas siap ambil pesanan baru perasan kebanyakan pelanggan restoran tu terdiri dari orang Cina Indonesia. Mula-mula rasa ragu juga tapi ternampak ada pekerjanya yang berhijab jadi rasa lega sikitlah. Ikut selera saya, makanannya memang tak sedap. Tapi supir kami makan agak berselera.
Lepas makan singgah di kedai telekomunikasi untuk cari kad sim untuk internet.
Kami tak bercadang untuk check in hotel lebih awal kerana mas Nyoman beritahu setiap petang akan hujan di Surabaya. Kalau sudah check in memang payah sikitlah nak keluar. Ikut itinerary yang di susun oleh supir, kami akan dibawa ke Masjid Muhammad Cheng Ho yang terletak di Jalan Gading.
Pintu gerbang masuk ke kawasan Masjid Muhammad Cheng Ho.
Masjid bersenibina China dengan warna merah dan hijau sebagai warna utamanya.
Ruang utamanya mampu menampung 200 jemaah. Ruang hadapan yang agak luas merupakan gelanggang bola keranjang akan digunakan sebagai tempat solat pada hari Jumaat.
Keluar saja dari kawasan masjid, hujan sudah mulai turun. Destinasi kami seterusnya ialah Pulau Madura. Untuk ke Pulau Madura sekarang ni agak mudah kerana sudah ada Jambatan Suramadu yang menghubungkan Pulau Jawa ke sana.
Panjang jambatan yang menyeberangi Selat Madura ini lebih kurang 5.5 km dan merupakan jambatan yang terpanjang di Indonesia. Jambatan ini mula digunakan pada tahun 2009.
Plaza tol untuk ke Pulau Madura.
Supir membawa kami hingga ke kawasan Bangkalan di Pulau Madura. Memang nampak jelas Pulau Madura ini agak ketinggalan pembangunannya berbanding Surabaya.
Di sana pada waktu itu adalah musim durian dan rambutan. Sempat juga merasa sebiji dua, tapi agak kurang berisi berbanding durian di tempat kita. Rata-rata gerai rambutan di sini tertulis perkataan binjai. Mulanya terfikir mungkin ini adalah istilah tempatan. Rupanya binjai adalah spesis rambutan terbaik yang berasal dari kawasan Binjai, Sumatera Utara.
Tempat persinggahan terakhir hari ini ialah Masjid Sunan Ampel iaitu salah satu masjid tertua di Indonesia yang terletak di Surabaya Utara. Di Indonesia masjid-masjid yang ternama biasanya menjadi tumpuan pelancong keagamaan atau di sana di panggil wisata religi. Jadi di sini orang memang sentiasa ramai tak kira waktu. Biasanya pelancong religi akan tinggal beberapa hari di sesuatu masjid untuk beramal ibadah.
Di sini juga terdapat ramai peniaga keturunan Arab Indonesia yang menjual barang-barang keperluan untuk bersolat dan lain-lain yang sewaktu dengannya.
Laluan menuju ke masjid yang sentiasa sesak.
Masjid yang agak lebar. Sempat bersolat jamak di sini.
Keluar dari kawasan masjid sudah menghampiri waktu maghrib walaupun jam belum menunjukkan jam enam petang. Agak cepat masuk waktu maghrib di sini. Kami minta mas Nyoman terus ke hotel penginapan iaitu Hotel Santika Premiere yang terletak di Jalan Raya Gubeng, Surabaya Center. Hotel juga kami serahkan kepada supir untuk mencarinya. Memang kami bawa badan saja untuk trip kali ini.
Hotel yang sangat best.
Malam itu memang kami tiada aktiviti lain kecuali mencari tempat untuk makan. Hujan masih belum berhenti. Ada dua tiga orang staf hotel yang pernah bertugas di beberapa hotel di Malaysia dan memberikan layanan yang sangat baik kepada kami. Untuk keluar kami diberikan payung satu seorang.
Rupanya memang tak ada restoran di sepanjang jalan ini. Agak jauh juga kita orang berjalan di kiri dan kanan hotel ini. Sebelum keluar hotel ada staf beritahu, ada warung di sebelah hotel ini, tapi nampak macam tak berapa teratur. Tapi akhirnya kami terpaksa ke sana juga. Padan muka...
Hanya tinggal satu menu saja yang ada untuk malam itu iaitu mee kluntung. Boleh tahan sedap rasanya bersama segelas teh O panas. Mas Gunadi Firdaus, kamu pernah makan mee ini atau belum???
dah lama tak ke surabaya..
ReplyDeleteSila pergi lagi Haslinda...dah banyak perubahan sekarang...
Deleteini trip geng bapak-bapak..ke Guangzhou..geng ibu-ibu...hehe..
ReplyDeletemee kluntung mcm mee bandung..byk sayur..
Begitulah nampaknya... nohas dah lama tak jalan2 ni...
DeleteTak macam mee bandung...sebab agak cair... sedap tapi dah lupa pulak rasanya macam mana...
in shaa Allah, bulan Ogos baru nk start..
Deletegambar2 tu buat saya rindu huhuhu
ReplyDeleteSaya pun rindu Surabaya...
DeleteTapi trip Zilla buat buat saya jeles...tempat yg jarang orang pergi dan banyak mencabar fizikal. Kalaulah saya masih larat...
DeleteRindu siapa kat Surabaya tu en Din...hehe
DeleteRindu mt bromo
Deleteyeke rindu mt Bromo....
DeleteEn.Khai, la ne tiket nak p surabaya kalau takde promo mau cecah RM900 (baru check semalam) huhuhu..memang pendam jelah hasrat nak repeat huhuhu.
DeleteEn. Mie, tak perlu jeles..saya juga lepas ne mmg bhajat nk slow down..tak larat dah rasanya...
Assalam mie,
ReplyDeleteSubhanallah
santek sungguh masjid tu kan3
Subhanallah....cantik belaka
DeleteMasjid yang mana Ary...tapi kedua2nya memang cantik...
DeleteAssalam mie,
Deletepanggil sha :)
masjid hat hijau merah senibina china tu haaaaaaaaaa
Khabarnya ada lagi masjid lain yg bersenibina China di Jawa Timur ini...
DeleteSuatu hari harap dapat join PLM ? boleh bawa JM sekali..hi3.
ReplyDeleteAbe MKL..adakah JM bermimpi?...baca komen ni berulang kali...adakah Abe MKL yg komen?
DeleteEn Din nak bawa JM... ada brannn dengan Cinta...
DeleteJM kamu tidak bermimpi...ini realiti...hehe
Deleteabe MKL tu berani cakap je PLM..tapi tak berani buat hahahaha
DeleteWah, teringin hendak ke Pulau Madura..mesti menarik di sana.
ReplyDeletetak best lah pulau madura tu..sbb PLM cakap just mkn buah binjai dan durian..itu pun sbb musim buah...jika bukan musim..makan buanh anggur je lah....pastu kurang pembangunan compare to surabaya..
DeleteEhh..PLM..pegi Pulau Madura tu mkn buah je kan :-)
Rasanya tak banyak tempat menarik di Madura en Din...lebih baik ke Bromo dan kawah Ijen...
DeleteJM.. munkin ada tempat menarik kat Madura cuma kurang publisiti...Mungkin JM boleh ajak Zilla exolore Madura pulak...
Deletedi madura tu byk tempat menarik, encik..cuma akses nak ke sana tu agak payah dan kurang pendapat perhatian dari pemerintah tempatan..jadinya ada tempat wisata menarik yang tidak berada dlm keadaan yang baik/terawat...apa pun, encik harus cuba ke madura satu hari nanti..gadis madura, cun woooo :D
DeleteOwh... baru teringat Zilla pernah menjelajah Pulau Madura hingga ke bahagian timurnya di Sumenep...
DeleteKenapa hotel santika dikatakan hotel yang sangat best?
ReplyDeletesbb dapat layanan isteri mewa...dapat payung hhehehe
Delete"Isteri"?
Deleteahakss...prof...JM gurau ngan PLM...saje taip istimewa kepada isteri mewa heheheeh
DeleteHotel ni aga berbintang jugaklah en Din. Lobi pun luas...siap ada singer menyanyi di lounge... Sarapan paginya pun banyak pilihannya dah macam juadah berbuka puasa...
DeleteJM... kamu nakal ye...kena babab nanti...
Deletehamboiii trip solo katanye...kira trip org bujang la ni yer en mie...hehehehe
ReplyDeleteHaah DJ sesekali nak rasa medeka jugak.. kuikuikui
DeletePak Lang Mie nampak SADO..jap sambung baca!
ReplyDeleteWah komen dari JM....
Deleteabe MKL kurus...x SADO mcm PLM...so jgn jelezzzz...JM suka yg SADO2 je ahahahah
DeletePLM jawab jangan tak jawab
DeleteTeringat pula fahrin ahmad yg sado tu..... Masih single tengah mencari tu
Deleteabe MKL terlepas info ni...Fahrin Ahmad sudah berpunya lah
Deletekiranya trip ni selepas trip ke guangzhou eh..bulan berapa?
ReplyDeleteSeminggu selepas balik dari Guangzhou...akhir Januari...
Deletemas nyoman? salah taip jadi Mas Nyaman sekali!!!
ReplyDeleteItu nama yang agak tipikal bagi orang Bali...cara layanannya memang nyaman walaupun dia beragama hindu. Selamba je dia ikut kitaorang pergi masjid. Siap beritahu kalau nak solat,pergilah...
DeleteJambatan ke Pulau Madura tu lebih kurang Jambatan ke Pulau Pinang..siap ada Gerbang Tol...kita bayar or supir yg bayar
ReplyDeleteTapi Jambatan Pulau Pinang lebih panjang dan pemandangan di sekitarnya lebih menarik.
DeleteJM lihat dari segi architechure nye prof...dari segi panjang tu mmg tok leh challenge arggh kan
DeleteJM jangan main-main... tengok tu penduduk Penang sudah pertahankan jambatan PP. Tol tu semua sudah masuk dalam caj kereta sewa JM...
DeleteHa...ha..ha...
Deleteuntung penduduk penang ada 2 jambatan!
DeletePenduduk Putrajaya macam JM lagi untung... ada banyak jambatan...
Deleteahahahaha...yang ni memang kelakar..PLM boleh buat lawak jugak rupanya hehehhe
Deletehotel sgt best tapi lokasinya kurang best kerana jauh dari lokasi tempat mkn...opss..nk tanya PLM...berapa supir ni charge..bagaimana cara nk contact..or PLM pernah share sblm ni..maybe JM x perasan
ReplyDeleteCaj untuk kereta sebanyak 4 juta rupiah termasuk tol,minyak dan parking. Hotel bayar lain. Syarikat yang sama dengan trip di Jogja cuma supirnya orang lain....
Deletedepa suka bertopeng-topeng... tak best
ReplyDeleteingatkan dh habis komen...ada lagi ehehehe
DeleteKami ni pemalu en Din...jadi terpaksalah bertopeng... Lainlah macam en Din dan JM...slim melim macam model...
Deletetakpe PLM...masing2 ada privasi so kami menghormati...no hal lah
DeleteSedap tak mee kelentong ?
ReplyDeleteni mesti salah baca ni...kl+untung jadinya KLUNTUNG heeee
DeleteMee kelentong tu resipi baru en Din. Nantilah kita minta JM tolong buat...
DeleteJM ngan en Din... sudah2... jgn gaduh...hehe
ahaahahha....
DeleteEntri ini mengingatkan saya tentang Surabaya dan Pulau Madura. Saya seronok ke sini. Bandarnya bersih dan teratur.
ReplyDeleteSaya juga pernah ke Masjid Cheng Ho itu dan solat Jumaat di situ. Jambatan Suramadu juga saya dah lalu dan berhenti bergambar di situ. Tapi masjid yang saya pergi ialah Masjid Syeikh Kholil (wali) di Madura.
Saya pernah tidur di Hotel Santika, tapi di Yogja, bukan Surabaya. Sama tak dengan yang di Yogja? Cuba tengok entri saya tentang Yogjakarta. http://nota-kembara.blogspot.com/2013/06/ekskursi-dua-hari-di-yogyakarta-kota.html
Setuju Surabaya agak bersih dan teratur. Saya sebenarnya kali kedua ke Surabaya... sekarang ni semakin banyak bangunan tinggi sdg dibina...
DeleteDi Madura sya tidak pergi jauh ke dalam... cuma di kawasan Bangkalan saja...makan2 buah dan balik..
Yang di Jogja pun nampak menarik cuma yang di Surabaya hotelnya masih baru dan agak besar. Mungkin jenama Santika ada dalam kelasnya yang tersendiri...
Sedap tak mee kluntung tu?
ReplyDeleteMie tahu tak maksud Surabaya?
Agak sedap mungkin masa tu kami tengah kelaparan... tak ingat rasanya macam mana...nak bandingkan dengan mee di tempat kita...
DeleteSurabaya tu gabungan dua nama... Sura iaitu jerung dan buaya...
Betul tu, Sura = sejenis ikan, Baya= buaya, sebagaimana terpamer pada tugu di tepi jalan dan gambar di atas. Ada lagendanya sebgaimana diceritakan oleh kawan Surabaya saya.
Deletejangankan pernah makan pak Mie. dengar nama mee kluntung saja baru tahu dari blog pak Mie. saya kalo ke surabaya, sama teman diajak makan rujak cingur pak Mie..hehe
ReplyDeleteSorry mas.. istilah baru barang kali...
DeleteSaya ada juga diberitahu supir untuk mencuba rojak cingur... iaitu campuran buah-buahan dan cingur... Itu yang buat saya tak boleh terima... cingur tu hidung lembu kan mas Gunadi...
Ya, saya pun suka rojak Cingur...setiap kali ke Surabaya pasti saya cari.
Deletecantik masjid cheng ho tu.
ReplyDeletemee kluntung..agak pelik bunyinya. mujur sedap ya en.mie..
Memang cantik dan unik Ujie...ada beberapa buah lagi masjid spt ini di Jawa Timur.
DeleteDi Jatim ni ada bermacam2 jenis mee...nasib yg saya makan tu sedap...
CT daaaatang =)
ReplyDeletewaaah ada trip lagi bersambung dari balik Guangzhou.. cayalah..
kebun binatang ? oookay hihi.. takleh gelak !! takleh !! hormat..
rasanya PLM amek gambar dah kan dengan tugu buaya di daratan tu ?
masjid first cantik.. klasik..
masjid second peeergh besar..
memang selesa habis nampaknya..
Tripni seminggu lepas balik dari Guangzhou...join kengkawan...
DeleteIstilah tak boleh tahan kan... kebun binatang tu... biasa kebun sayur ke, kelapa ke...
Eh belum lagi SYM... baru je berkenalan dengan dg dua ekor nate tuh...
Masjid kat sana memang cantik2.. diaorang sangat kreatif...
memang istilah unik tapi takleh ngate.. bahasa tempat orang hihi..
Deleteeeeeh tugu sebelum ni kat mana yee.. yang trip solo PLM tu..
keliru sudah. banyak benar trip hihi..
PLM sendiri pun dah lupa...sbb dah lama sangat kot...
Deletetrip org bujang ni.
ReplyDeleteSaya dah 2x ke surabaya tp belum sempat cover attraction surabaya tu sendiri. selalu mmg terus keluar surbaya g bromo & ijen
Trip warga veteran ni sebenarnya Jea...
DeleteSaya sebenarnya malas nak meronda2 sebab ini kali kedua ke sana. Tapi kenalah melayan kehendak member yg first time ke sana. Agak sayang juga kerana kita orang tak sampai ke Ijen...
Ntah bilalah dapat ke Surabaya..tumpang baca citer pak lang Mie jadilah.... hehehe..pelik je nama me kluntung tu..tapi macam mi sup je kan
ReplyDeleteLama menyepi kan Wa... Ke Surabaya tu boleh je pergi dengan anak-anak, cuma ke Bromo tu agak kurang sesuai...
DeleteKat sana memang ada bermacam nama jenis mee...mee setan pun ada...
Amboi.... kemain ligat trip PLM tahun ni. Lepas ke China, ke Indonesia pulak. Hehehe.... Cantik replika Surabaya tu. Ada cerita di sebaliknye ke? Cer citer cer citer..... Sebab lama sudah hamba bertapa tak menyingah di teratak PLM ni. hehehe
ReplyDeleteTrip ke Surabya tu kebetulan diajak oleh rakan sekerja. Memang tak ada plan pun. Tu yang minta supir sediakan itinerarynya.
DeleteTugu Surabaya tu memang ada ceritanya... cari sendiri kat pakcik Google...hehe
PLM masih lagi tertunggu posting Farel ke Nanning tu... akhirnya kluar juga...
saya raswa ada masjid cheng ho satu lagi dekat2 dengan Malang. Bangunannya berwarna merah dan senibina ala-ala cina
ReplyDeleteKhabarnya memang ada banyak masjid bersenibina China di wilayah Jawa Timur ini...
DeleteMee kluntung.. nama macam lontong..
ReplyDeletekenapa dipanggil mee kluntung?
Tak macam lontong langsung...lotong pun tak...hehe
DeleteMee kluntung masih OK lagi sebab kat sana mee setan pun ada...
Wah gitu kan kalau gi solo katanye boleh makan mewah sikit. Tapi memang tu lah realitinya kan Mie. Trip trio santai namanya ni.
ReplyDeleteHehe Bie... kalau pergi dengan keluarga boleh jadi double triple bajetnya. Sesekali berjimba dengan member best jugak...
ReplyDeleteWaah kebetulan ada trip tentang surabaya. Salah satu kota yang saya ingin sekali tinggal di sana. Surabaya dan malang memang banyak sekali spot yang bisa dikunjungi, apalagi kalau berkisah tentang lidah dan perut jajanannya luar biasa banyak, murah, dan lezat.
ReplyDeleteKunjungi saya juga di http://jejalanjajan.wordpress.com
Terima kasih
Setuju dengan kamu...memang banyak sekali tempat menarik di wilayah Jawa Timur ini. Hajat untuk ke kawah Ijen tidak kesampaian... mungkin lain kali. Makanannya juga beraneka dan murah...
DeleteTerima kasih kunjungannya ke sini...
bagus sekali gan tempat liburannya,..terimaksih..
ReplyDeleteWah , asik asik dah promosnya
ReplyDeleteSebab Surabaya banyak tempat menarik... akan ke sana lagi Januari 2017...
Delete