Hari ini adalah hari terakhir trip kami. Penerbangan balik dari Shenzhen ialah pada jam 9.40 malam. Jadi ada masa yang agak panjang dan cukup untuk kami ke Window of the World.
Sebelum ke WOW kami check out hotel dulu. Oleh kerana beg yang agak banyak kami booking satu bilik untuk menyimpan beg-beg. Kalau letak di lobi memang agak menyemak. Lagipun sebelum bertolak ke airport kami oleh gunakan bilik tersebut untuk solat. Cuma perlu bayar setengah dari harga asal.
Ini adalah senarai harga tiket metro di Shenzhen iaitu diantara 2 hingga 7 yuan untuk ke stesyen yang paling dekat hingga yang paling jauh. (RM1.00 - RM3.50)
Kaunter tiket masuk telah dipindahkan ke kawasan baru yang lebih kecil.
Kena bawa peta ini untuk memudahkan kita pergi ke semua tempat. Tapi kami tak pergi semua kerana tak larat.
Monorel yang disediakan bagi yang tak mahu berjalan. Bayaran lain dikenakan.
Mood Krismas masih ada walaupun masa tu sudah hampir masuk bulan Februari.
Sempat transit di Paris.
Paris... kami datang...
Di penghujung musim sejuk.
Asia Tenggara
Jepun
Asia Selatan
Australia dan Eropah
Holland
U.S.
Pemandangan dari atas Eiffel ower.
Kecil je restoran ini.
Papan tanda ini ada terdapat di stesyen Hourui.
Cuaca agak baik hari itu. Metro pun tidak sesesak seperti di Hong Kong. Sampai di WOW 40 minit kemudian. Sempat berlegar-legar dulu di luar kawasan sebab masih awal lagi.
Tiket masuknya berharga 180 yuan.
Kena bawa peta ini untuk memudahkan kita pergi ke semua tempat. Tapi kami tak pergi semua kerana tak larat.
Monorel yang disediakan bagi yang tak mahu berjalan. Bayaran lain dikenakan.
Mood Krismas masih ada walaupun masa tu sudah hampir masuk bulan Februari.
Sempat transit di Paris.
Paris... kami datang...
Di penghujung musim sejuk.
Layan saja sebahagian model landmark yang sempat kami singgah. Masih ada banyak lagi sebenarnya. Kalau nak tahu kenalah pergi sendiri... hehe
Jepun
Asia Selatan
Australia dan Eropah
Holland
U.S.
Pemandangan dari atas Eiffel ower.
Banyak model replika landmark terkenal dari seluruh dunia ada di sini. Nak tahu apa yang mewakili Malaysia? Cuma sebuah rumah tradisi bersaiz sebenar yang dijadikan kedai menjual cenderamata. Mungkin semasa WOW dibina bangnan berkembar Petronas masih belum siap lagi.
Jam tiga petang kami keluar dari tempat ini. Masing-masing dah kelaparan. Sebelum balik ke hotel kami singgah dulu di restoran China Muslim yang terletak berhampiran.
Selesai makan kami balik ke hotel untuk selesaikan semua kewajipan dan terus bertolak ke airport. Waktu ini siangnya agak pendek. Jam 5.30 petang suasana sudah mulai gelap.
Dari hotel kami ke airport dengan metro walaupun ada yang meminta untuk naik teksi tapi terpaksa di veto. Ini kerana train yang kami naik bergerak tidak jauh dari stesyen akhirnya. Maknanya orang belum ramai lagi. Memang tak lama selepas tu kita orang dapat duduk.
Semasa di dalam train baru perasan yang airport Shenzhen telah berpindah ke terminal baru yang lebih besar. Kalau dulu kita boleh berhenti di terminal akhirnya tapi sekarang kena turun di stesyen Hourui iaitu satu sebelum stesyen akhir.
Dari sini kita terpaksa sambung perjalanan dengan bas bernombor M416 untuk ke airport yang baru. Tambangnya 2 yuan seorang. Agak menyusahkan juga jika kita banyak bawa beg yang besar.
Papan tanda ini ada terdapat di stesyen Hourui.
Agak ramai penumpang AA malam itu. Alhamdulilah tak ada apa-apa masalah yang berlaku di airport. Selamat sampai di KLIA2 hampir empat jam kemudian. Berakhirlah percutian kami di Guangzhou, Hong Kong dan Shenzhen.
InsyaAllah trip seterusnya sebelum menjelang bulan puasa nanti.
eh boleh naik ke eiffel tower tu en mie?hehehe tak tau plak ktorg...
ReplyDeletehamboiiii trip pi mana tuuuu menjelang posa tuuu....tak henti ni trip nye...hehehehe
Boleh DJ...tarak goyang punya...
DeleteTrip biasa2 je... ini pun tengah cari info nak buat itinerary...skodeng blog DJ...belum pergi pulak ke sana...
DJ pun ada trip this month kan..kan..kan
DeleteDak kiut tu mana boleh duduk diam...
DeleteSS singgah tabik hormat je kat WOW tu... Hi hi hi..
ReplyDeleteKira been there pun cukuplah ni...
DeleteWOW ini macam Taman Mini Dunia ya Pak Mie ? Landmark setiap negara dibangun dalam ukuran mini. Sangat menarik. Tak perlu keliling dunia dong. cukup ke WOW serasa keliling dunia ya......
ReplyDeleteKurang lebih macam tu lah mas Gunadi...Tengok replika tidak cukup mas, masih juga mahu lihat yang original...
Deletemakin cantik WOW sekarang.
ReplyDeletemasa saya pergi dulu monorel tak ada pun.
Oh ye ke...tapi monorel tu pun nampak macam dah lama operasinya...
Deleteagaknya masa saya ke sana, monorel tu tak berfungsi
Deletebetul cakap Mazu tu..time JM pegi rail tu pun x ada lagi....
DeleteMungkin JM tak perasan kot..sebab masa kali pertama saya ke sana pada tahun 2011 monorel tu dah ada...JM pergi 2013 kan...
Deletemcm penah tgk taman mini cmni kt korea dlm cite running man..xsangka kt sini pun ade..blum penah jejak kaki lg ke china..
ReplyDeleteSelamat pengantin baru Yayan...bolehlah honeymoon ke China pulak...
DeleteKat Seoul pun ada... namanya Aiins World... saiznya lebih kecil dan macam tak berbaloi pergi...
cantik rumah tradisi Malaysia...siap ada pokok kelapa dan pokok pisang..
ReplyDeleteTapi tiada binaan gah dari Malaysia yang dijadikan replika...
DeleteBagi orang yang pernah melihat mercu tanda negara-negara terkenal ini secara life dan melihat saiz yang sebenarnya tentu kunjungan ke WOW ini tidak lagi WOW. Betul tak Mie?
ReplyDeleteBetul tu NA...Bila tengok yang replika rasa macam kartun pulak. Tapi Eiffel Tower tu memang besar mungkin sepertiga saiz asalnya...
Deletehi selamat berkenalan. jom tukar bloglist :)
ReplyDeleteOK beres. Salam perkenalan juga...
DeleteSesat nekcik haritu kot..tak jumpa jalan pulang..tu yang tak jumpa rumah malaya niii..he..he
ReplyDeleteMesti nyaman ni kan cuacanya
Rumah ni terletak di pertengahan jalan...besar macam rumah biasa...tapi mungkin Nekcik tak lalu jalan itu...
Deletemengimbau segala kenangan lama....
ReplyDeleteTiap perjalanan walau ke mana tetap akan meninggalkan kenangan...
Deletesaya setuju setiap destinasi jauh @ dekat tetap menarik . semakin dekat tarikhnya semakin teruja
DeleteBetul tu Nieda...yang penting dapat bercuti...
Deletealhamdulillah selamat semuanya =) itu yang paling penting.. drama drama tempatan jadi asam garam.. cewwah hahaha
ReplyDeletekalau kita buat trip macam ni.. Kl - Shenzen - Hong Kong - Macau - Kl ? hehehe.. okay dak ?
CT pun nak pegi window of the world ni.. rasa mcam da travel semua kan kan.. hihi.. best part in china.. yes.. metro murah yang amat. kalo dari hotel pun CT prefer taxi hehehe.. malas da fikir metro.. tau nak smpai eport je..
Rasanya lebih baik trip Hong Kong - Macau - Shenzhen. Macau pergi balik hari je. Last sekali ke Shenzhen sebab boleh shopping lebam dan terus boleh heret beg balik ke Msia. Masa tu bagasi pun dah kembung...
DeleteWOW memang kena pergi... Boleh je naik teksi kalau berkongsi empat orang. Cepat dan jimat...
noted PLM.. thank you.. tapi simpan dulu la trip ni..
Deletetunggu ada rezeki hihi..
halloooooooooo JM datang!
ReplyDeleteSelamat mengeboooommm JM... hehe
Deletedh ada kemudahan monorel..time JM pegi dulu belum ada ..jalan kaki sampai nk tercabut..pastu sakit kaki nye pasal jln berkaki ayam
ReplyDeleteKan ada kenderaan bermotor yg boleh di sewa kat dalam tu...Mana tak sakit kaki tu... ko ingat macam kat kampong sukasuki nak berkaki ayam...
Deleteahahahaha...statement PLM ni kelakar...cam ayah marah anak....rasa syiok lak JM ehehe
Deletesakit kaki nye pasal dh x peduli org keliling
Bila trip JM seterusnya nih...Sila panjangkan lagi travel list tu...
Deletesebelum puasa gak like PLM...maybe destinasi kita berbeda
DeleteHaluan berbeza... tujuannya sama..
DeleteMbak JM mahu ke Indonesia ke... berbeda bagai...
Ngak PLM...bukan Indonesia..tiba2 teringat Mas Gunadi ehehehe
DeleteKenapa blog mas Gunadi sudah tidak boleh di akses... mungkin JM boleh email dia...
DeleteMas Gunadi dan tukar url blog...dia dh infom ke JM
DeleteBoleh kasi PLM linknya yang baru... Apehal tukar... ada masalah teknikal kot...
Deletesaya tahu destinasi favorite mbak JM.. mesti Korea...tempat sempurna untuk cuci mata para gadis..hehe. sebelum Korea habis dikelilingi, belum sempurna travel list mbak JM. kalau perlu sampai Korea utara deh.
Deleteada trip lagi sebelum puasa? woww...jelez ngan kawan2 yg ada trip ni.,...skrg Jea .di Seoul, Bibie di Turkey..JM? masih setia di sini
ReplyDeleteDia orang tu chop duit kot... takpun ada pokok duit yang boleh petik bila suka... Macam Bibie tu sebulan sekali gi obersi... pergh...
Deletesi Bie tauke a.k.a Bos Pak Lang Mie..hari2 duit masyuk!!!!
DeleteTowkay cafe la katakan...cuti pun boleh set sendiri... tak perlu sesapa nak approve... JM pulak bolehlah buka travel agency...hehehe
Deleteahahaahha...PLM kita jadi rakan kongsi nak?
DeletePLM tak minat bisnes... suka jalan-jalan je...hehe
DeletePLM labur je duit pastu tunggu je duit keuntungan masyuk..biar JM yg uruskan semua hahaah....x de lah gurau je
Deletekalau xnk jadi rakan kongsi ambil JM jadi menantu hahahaha....lagi parah part ni kan...
*just kidding je tau PLM
Alah saya dah kenal lama JM kat alam cyber ni... no hal semua tu sbb dah faham sangat JM memang suka nyakat...
Deletesakat tu utk orang-orang yang di rasakan rapat je...termasuk lah PLM dan juga Abe MKL Lim tu
Deletepsst : lambatnye tido..laju je reply komen ni hikss
Orang mengebom... kita kenalah bom balik...hehe
DeleteMemang waktu malam aje lah yang boleh mengadap blog...
Hurm..hurm...kak JM ada hati nak jadi menantu PLM...hehehe
DeleteCik Nun layak lah jagi menantu PLM tu..sis JM ni menantu hantu boleh lah hahah
Deletembak JM mahu jadi menantu pak Mie? jangan lupa kalo jadi nikah nanti, undang saya ya....
DeleteMas Gunadi...PLM x terima menantu TUA ahahaha
DeleteAik Cik Nun lak kena...tp kan kak JM...jodoh tak kenal usia..betul tak Mas Gunadi
DeleteCT ni haaaa yang duduk betapa kat rumah..
Deletesaya sudah ganti blog adres pak Mie. sederhanaperjalanan.blogspot.com. kalau sempat blog link nya ganti ke alamat blog baru saya pak Mie. sekian info..hehe.
ReplyDeleteMengapa mesti buat blog yang baru mas Gunadi? Ada masalah teknikal...
DeleteAkan segera update link yang baru... TQ tidak lupa dengan saya..
maklum saya bloger pemula. iseng iseng masuk setting. coba coba ganti ini ganti itu. tahu tahu alamat blog diganti tak sengaja.kacau semua..hehe. Saya follower setia blog pak Mie. mana mungkin saya lupa.
DeleteWow!! Kena datang sini!!
ReplyDeletePLM yg pic US air terjun tuh..sekadar picture ke atau memang ada air btol dia orang buat??
Tempat wajib pergi kalau kali pertama datang ke Shenzhen. Air terjun tu memang betul... cuma dalam skala yang kecil...tak mainlah picture2...
DeleteHehehe...wow!! Ingat kan pic..syok nya ada air terjun..slamat tak leh mandi.kalau tak dah selam..
Delete