Tuesday, April 21, 2015

Surabaya > Bromo Pt 3 - Sekitar kota Malang dan Batu

Selepas sarapan pagi yang tak berapa memuaskan, kami terus check out. Alhamdulillah cuaca pagi ini sangat cerah. Hari ini pak supir akan bawa kami ke kota wisata Batu. Di kawasan kota Batu udaranya agak nyaman kerana terletak di kawasan tanah tinggi. Di sini juga terdapat banyak taman tema dan tarikan lainnya. Antaranya ialah Jatim Park 1, Jatim Park 2, Batu Night Spectacular, Muzium Angkut, Pasar Apung, Zoo dan pusat pelancungan agro.

Dari yang banyak-banyak tu kami cuma masuk ke Kusuma Agrowisata saja. Yang lain-lainnya kami buat lintas hormat saja. Tapi kalau bawa anak-anak tempat ini memang agak sesuai untuk dilawati. Sebelumnya kami bercadang untuk masuk ke muzium angkut tapi bila nampak terlalu ramai warga tempatan yang berbaris nak masuk, terpaksa kami batalkan.

Bahagian hadapan Hotel Sahid Montana Dua, Kota Malang.

Cuaca waktu pagi yang sangat cerah.

Gunung Arjuna, pemandangan indah di sepanjang jalan antara Kota Malang dan Batu.

Pemandangan biasa di setiap pasar di sana.

Batu Night Spectacular, dibuka waktu petang hingga ke tengah malam.


Zoo kota Batu

Muzium haiwan berhampiran zoo.

Pohon Inn, hotel penginapan di kawasan zoo.

Lepas berfoto lebih kurang di taman-taman tu, pak supir terus bawa kami ke pusat pelancungan pertanian Kusuma Agrowisata. Ada dua pakej yang disediakan di sini. Sebenarnya kami memang malas nak masuk ladang strawberry sebab dah biasa masuk di Cameron Highlands tapi tiada pilihan kerana kedua-dua pakej yang ditawarkan ada acara petik buah.

Sebenarnya kami lebih teruja nak masuk ke ladang epal. Ladang epal terletak agak jauh dari ladang strawberry dan agak luas kawasannya. Ada disediakan buggy car dari stesyen menunggu yang akan bawa kita terus ke sana. Tapi kita kena berjalan juga untuk sampai ke stesyen menunggu.

Pakej II pilihan kami.

Makan pancake dulu sebelum meneruskan perjalanan ke ladang epal.

Pokok jagung yang subur.

Ada juga taman tema air dalam kawasan Kusuma Agrowisata ini.

Kami agak bernasib baik kerana buah epal waktu ini sudah sesuai untuk dipetik. Setiap kumpulan akan disediakan dengan seorang jurupandu. Tanyalah apa-apa saja mengenai ladang epal ini. Jurupandu kami bernama Janet. Setiap orang hanya dibenarkan memetik dua biji buah epal saja.

 Buah epal yang sudah sesuai untuk dipetik.

 Janet memberikan layanan yang baik.

Epal di sini adalah epal jenis hijau.

Di ladang epal ini ada beberapa peringkat pokok epal supaya bekalan buah sentiasa ada. Musim tiruan di paksakan ke atas pokok epal supaya bersesuaian dengan kehidupan asal habitatnya. Untuk musim luruh, pokok epal memang sengaja digondolkan dan dibuang semua daun-daunnya untuk sesuatu tempoh tertentu. Mengikut kata Janet pokok-pokok epal ini terpaksa ditipu. Kalau tak dibuat sebegitu ianya tidak akan berbuah.

Jadi ada beberapa situasi pokok epal yang boleh kita lihat. Ada yang diluruhkan daunnya, sedang berbunga dan juga berbuah.

Musim luruh.



Musim bunga.


Hasilnya...

Itulah rahsia ladang ini yang dapat menghasilkan buah pada sepanjang masa. Dan yang bagusnya epal di sini adalah jari manis dan rangup tidak seperti epal hijau yang diimport yang biasanya masam.

Sebelum bergerak ke Muzium Angkut pak supir singgahkan dulu di pusat bandar kota Batu. Masa ini masih belum lagi terasa lapar, jadi kami jalan-jalan dan berfoto saja.

Batu, kota wisata...terletak di round about di tengah pusat bandar.

Kereta kuda, salah satu cara pengangkutan di sini.

Masjid An Nur kota Batu.

Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya di luar kota Batu ini, pak supir bawa kami ke Muzium Angkut. Berhampiran tempat ini terdapat Pasar Apung tapi kurang menarik minat kami kerana cuma di bina di dalam tasik buatan. Terdapat banyak tempat makan di sini.

Muzium Angkut pun kami tak masuk. Kebetulan kami ke situ pada hari Ahad jadi orang agak ramai walaupun tiket masuk untuk hari ini lebih mahal berbanding hari biasa.

Pintu gerbang Pasar Apung.

Hijau berlumut airnya.

Ramai warga tempatan menunggu untuk masuk.

Dibuka mulai jam 12.00 tengah hari.

Destinasi akhir hari ini sebelum bergerak ke Bromo ialah Masjid Turen atau masjid ajaib yang terletak lebih kurang sejam perjalanan dari kota Malang. Tempat ini asalnya adalah pondok pesantren dan telah dibangunkan masjid yang sebegitu rupa hingga menimbulkan rasa ajaib kepada orang yang melihatnya. Masjid ini dibina berperingkat dan ketinggian masjid ini sudah mencapai sepuluh tingkat.

Masa sampai di sini hujan mulai turun. Kami hanya mengambil foto saja dan tidak masuk ke dalam. Tak tahulah kenapa, mungkin letih dan rimas dengan keadaan bangunan yang semacam itu.

Tengoklah sendiri foto-foto masjid yang dianggap ajaib itu.

Ada unsur senibina tempat ibadat agama lain.









Kami tidak jadi bersolat di sini dan mengajak supir untuk cari masjid lain dalam perjalanan balik semula ke kota Malang.

Selepas itu perjalanan diteruskan dan kami singgah di Pasuruan untuk makan malam.

Ketika sampai di Cemoro Lawang dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru sudah agak lewat. Suhu di situ lebih sejuk dari Cameron Highlands. Kami menginap di Lava View Lodge. Selesai semua kewajipan, kena tidur cepatlah nampaknya kerana jam empat pagi esoknya kami akan ke Penanjakan untuk melihat sunrise.

47 comments:

  1. Masjid Turten... pertama kali lihat masjid cam tuu.. harap dapat sampai ke sana lihat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid tu memang agak unik tapi pelik sangat senibinanya...Bolehlah en Harrizam ke sana nanti dan ke Bromo sekali...

      Delete
  2. Birunya langit

    Sayapun nampak macam ada unsur senibina agama lain...kena bayar ke nak masuk dalam tu masjid tu mie??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca cuma cantik pada sebelah pagi je zila...bila petang memang hari-hari hujan masa tu.

      Pelik kan masjid tu... tiada bayaran masuk cuma sedikit caj dikenakan untuk kamera rasanya...

      Delete
  3. Replies
    1. Memang cantik en Din...Gunung Arjuna melatari pemandangan sepanjang perjalanan dari Malang ke Batu...

      Delete
  4. Replies
    1. Tak masuk... rasanya haiwan yg ada tak jauh bezanya dari yang di tempat kita...

      Delete
  5. Epal pun kena tipu :D. Kalau musim sejuk macam mana?

    Oh itulah Masjid Ajaib yang disebut-sebut tu...memang nampak pelik dengan unsur-unsur rumah ibadat agama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dianggap sebagai inovasi juga...dan hasilnya menakjubkan. Musim sejuk memang tak dapek la nak buat...

      Masjid tu nampak aneh dan pada saya sangat merimaskan...

      Delete
  6. Pohon Inn..unik mcm ghost house je..zoo kota batu, dari luar dah menarik...

    strawberry pancake tu nampak sedap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel tu luaran je macam tu...dalamnya sama macam hotel biasa...Tak masuk pu zoo tu... sebab ambil masa yang agak panjang...

      Memang sodap...lembut teksturnya...chef pro yang buat ni...

      Delete
  7. 2 biji jer boleh petik epal ??
    Gitew kalo gi Ba'kelalan jer la petik sebakul....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 biji untuk dua komen...hehe. Nak petik banyak pun tak termakan nanti. Macam sayur yang kita orang dapat gratis... semuanya bagi kat supir...

      Delete
  8. 2 biji jer boleh petik epal ??
    Gitew kalo gi Ba'kelalan jer la petik sebakul....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ba'kelalan susah sangat nak sampai... ngeri nak naik kapalterbang kecik....

      Delete
  9. Memanglah sodap...dengan ais krim dan jus lagi. Cukup untuk lunch kami pada hari itu...

    ReplyDelete
  10. Ooo ada rahsia rupanya ladang epal sentiasa berbuah...hehe masjid turen tu unik laa binaan dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu lah seperti yang diberitahu oleh jurupandu kita orang...

      Masjid tu memang unik tapi nampak dah macam terover pulak...

      Delete
  11. membaca entry surabaya en mie ini mengamit memori la pulak........
    kota malang , semasa kami di sini kami menginap di homestay...sejuk kawasannya.memang enak beristirehat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udara di Malang dan terutamanya Batu memang agak nyaman...best kalau dapat menginap di sana...

      Delete
  12. cantik cantik gambar PLM snap. yang paling best pancake strawberry tu. nampak sedap dan segar dari ladang. pasti asyik dimakan smbil layan view di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan cuaca waktu pagi amat baik di sana...dapatlah foto yang Ok sikit...

      Sedap pancake tu... berbaloi kami ambil pakej II...

      Delete
  13. benar juga kata pak Mie. dilihat lihat Mesjid itu kayak bangunan kuit hindu. terlalu meriah relief dan warnanya.

    di Bogor, apel manalagi dari Malang lebih mahal dari apel import dr China.

    Saya belum pernah ke Malang. Blog Pak Mie bisa jadi rujukan kalau ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak mahu menyebutnya... sebab takut sensitif...

      Selayaknya lebih mahal...sebab lebih sedap berbanding yang diimport...

      Mas Gunadi... silalah ke Malang dan Bromo...memang best tempat itu...

      Delete
  14. Terasa nak cuba makan epal hijau yang manis tu.. kalau tak dapat pergi ke ladangnya, harap dapat beli kat mana-mana bila pergi ke pulau jawa lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti sama ada epal tu di jual di luar kawasan Jawa Timur...kalau ada kira bernasib baiklah...

      Delete
  15. Pohon Inn tu sekali tengok macam menarik je, ala Flinstone. Tapi bila tengok lagi sekali terus hmmm seriau. Masjid kat Indonesia memang meriah tapi xpernah lagi tengok senibina macam masjid ajaib tu. Memula tengok gambar ingatkan tempat semayang agama lain tapi bila da baca full, rupanya masjid. Pelik bin ajaib lah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Indonesia ni memang banyak benda2 pelik...OK Bie...next trip bolehlah ke sana. Dapat alami dan lihat semuanya tu nanti...

      Delete
  16. kalau JM yg pegi mesti masuk semua tempat yg PLM listkan tu..x de nya nk lintas hormat..kita 'teroka' sampai puas :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak masuk semua tu, mungkin kena tinggal 3H2M di sini JM. Pastu stay kat Hotel Flinstone tu...hehe best...

      Delete
  17. kelakar baca ayat ni " tiket yang sudah di beli tidak dapat kembalikan" cam felik je bunyi nya hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya tiket tu burn lah... tak boleh nak claim...Slogan yang kekadang terdengar pelik bagi kita...

      Delete
  18. ada taman tema kat dalam tu..ish..mesti harga tiket berasingan kan..JM bukan boleh tgk tmn2 teman ni teruja yakmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taman tema mini je JM... rasanya kat Batu Night Spectacular lagi best...

      Delete
  19. "Dan yang bagusnya epal di sini adalah jari manis dan rangup"...hamoiii..buat2 salah taip lak ye....cubit kang hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu teringat JM yang sedang bersakura di Koya...langsung typo... hehe

      Delete
    2. jari manis yang rangup =D

      orang tu pi koyaaaa tak ingat kita kat malaysia ni PLM..

      Delete
    3. Pergi Koya macam balik kampung JM ni...Takpe giliran CT tak lama lagi...

      Delete
  20. PLM.. CT datang nak serbu ni..

    jujurnya ni first time CT dngr nama2 tempat yg PLM senaraikan.. Bromo n Malang pernah dengar tp pernah terdetik ada ke orang nak pi sana.. hihihi.. banyaknya theme park.. kalo CT cari waterpark dulu yeah..!!

    bestnye petik epal..!! salah satu impian CT nak pegi ladang buah n petik skali. buah apa pun x apa.. amboi siap jari manis =P

    yep.. masjid tu mcm extra meriah semacam je pembinaan nye kan.. dah mcm kuil pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketinggalan bullet train sudah... hehe

      Next trip PLM cadangkan CT pergi Malang dan Bromo...memang berbaloi. Banyak aktiviti boleh dibuat di sana. Surabaya tu buat persinggahan je...

      Setuju... masjid tu dah macam terover binaannya...

      Delete
  21. Assalam,
    haaaaaaa
    hat hotel kat zoo tu unik
    iols loike he3

    ReplyDelete
  22. Baru nampak jelas walaupun tidak keseluruhan masjid ajaib turen di blog ni.mcm takut lak..ciku ada tgk di youtube masjid ni memang agak pelik tapi ntahla sebab tak pernah sampai dan ciku rasa cam best lak cuaca sejuk dan boleh petik epal tu...hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next trip boleh Ciku ke sana...boleh tengok sendiri nanti...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...