Pagi itu sebelum meneruskan perjalanan ke Malang, supir bawa kami meronda lagi ke beberapa tempat tarikan di sekitar kota Surabaya. Tempat pertama yang di singgahi ialah muzium rokok. Waktu masih agak awal jadi muzium pun masih belum dibuka. Kami semua memang tak berapa minat nak melawat apa-apa muzium pun. Kebetulan kami semuanya bukan perokok. Jadi kami cuma ambil foto di sekitar kawasan muzium ini saja.
Sampoerna - antara jenama rokok yang terkenal di Indonesia.
Di sekitar Surabaya ini banyak juga bangunan lama tinggalan penjajah yang masih terpelihara dan masih digunakan antaranya sebagai hotel, pejabat dan bangunan komersil. Sambil pak supir memandu kita orang sempat ambil foto beberapa bangunan lama di sini.
Panjangnya 76.6 m dan lebar 6.3m
Laluan di antara ruang agak sempit.
Tempat pelancaran torpedo.
Berjuta rupiah jugalah berhabis di kedai ini.
Banyak pilihan kasut di sini.
Lumpur Lapindo yang sudah mula mengeras.
Hujan lebat secara tiba-tiba.
Kalau lauk tak berbelas jenis bukan makanan padang namanya.
Dahsat punya makan... licin macam orang kebulur tak makan seminggu...
Hotel Sahid Montana Dua, Kota Malang, Jawa Timur.
Sight-seeing bus yang singgah di House of Sampoerna.
Di sekitar Surabaya ini banyak juga bangunan lama tinggalan penjajah yang masih terpelihara dan masih digunakan antaranya sebagai hotel, pejabat dan bangunan komersil. Sambil pak supir memandu kita orang sempat ambil foto beberapa bangunan lama di sini.
Hotel Majapahit
Bangunan Grahadi - Pejabat Gabenor Surabaya.
Seterusnya supir bawa kami ke Monumen kapal selam atau di sini disebut Monkasel yang terletak di tepian Sungai Mas atau Kali Mas. Monumen ini adalah kapal selam sebenar yang sudah tidak digunakan lagi. Keadaan dalamannya masih seperti yang asal.
Tiket masuk Rp10K saja.Panjangnya 76.6 m dan lebar 6.3m
Laluan di antara ruang agak sempit.
Tempat pelancaran torpedo.
Selesai di sini supir mula bergerak ke arah Malang. Ada beberapa tempat yang kami hendak singgah sebelum sampai di sana. Perjalanan agak lancar dan cuaca pun agak redup hari itu. Walaupun jalan tidak sesak tetapi orang sentiasa ramai di sepanjang perjalanan. Kadang-kadang agak hairan bila masa agaknya dia orang bekerja. Tapi itulah hakikatnya. Pulau Jawa adalah antara pulau terpadat di dunia.
Lokasi pertama yang kami nak singgah ialah Tanggulangin. Tempat ini merupakan pusat untuk industri barangan dari kulit bagi wilayah Jawa Timur. Antara produknya seperti sandal, kasut, beg, dompet dan yang paling di cari-cari oleh rakan trip kali ini iaitu jaket. Harga memang jauh lebih murah dari tempat kita dan buatannya juga kemas.
Untuk jeket, harganya mengikut jenis kulit yang digunakan. Jaket dari kulit lembu lebih murah dan sesuai untuk orang yang naik motorsikal. Jaket dari kulit biri-biri agak lembut dan lebih mahal tapi tidak selasak jaket dari kulit lembu.
Banyak pilihan kasut di sini.
Selesai mendapat apa yang dihajati, pak supir terus bawa kami ke kawasan banjir lumpur Lapindo yang terletak di Porong, Sidoarjo. Kedudukannya tidak begitu jauh dari pusat kerajinan kulit Tanggulangin tadi. Kalau dulu bentengnya agak rendah, tapi sekarang sudah jadi semakin tinggi.
Tapi nak naik ke atas bukan gratis. Supir beritahu bayarannya ialah Rp10K seorang tapi bila sampai di sana dia orang minta Rp50K untuk tiga orang. Terpaksa jugalah bayar sebab nampak dia orang ni agak agresif. Padahal dah tak ada pun yang dapat dilihat, Ada juga yang ambil kesempatan menjual CD dokumentari mengenai sebab terjadinya banjir lumpur ini.
Ada banyak tangga naik seperti ini di sepanjang benteng yang terletak selari dengan jalanraya.Lumpur Lapindo yang sudah mula mengeras.
Tak lama pun kami di sini sebab memang macam tak ada apa yang menarik. Kalau dulu nampak juga tinggalan bangunan yang ditenggelami lumpur dan keadaannya seperti sebuah tasik yang luas. Khabarnya kadar pengeluaran lumpur sudah semakin perlahan. Tapi akibat dari kejadian ini supir beritahu, harga tanah di sini jatuh merudum kerana bimbang terjadinya tanah jerlus disebabkan banyaknya lumpur yang keluar. Memang jelas nampak banyak bangunan tinggal berhampiran kawasan ini.
Seterusnya supir akan bawa kami ke satu lagi masjid Muhammad Cheng Ho di Jawa Timur ini yang terletak di Pandaan, Kabupaten Pasuruan. Masjid ini lebih besar berbanding yang terdapat di Surabaya. Masa tu hujan sudah mulai turun renyai-renyai. Memang betullah kata supir, setiap petang akan hujan di sini.
Cuma sempat ambil foto ini.Hujan lebat secara tiba-tiba.
Memang kami tak tunggu lama di sini dan pak supir mencadangkan supaya kami teruskan perjalanan sebab tak ada apa yang boleh dibuat. Lagipun kami bercadang untuk solat jamak bila sampai di hotel nanti.
Sebelum ke hotel kami minta pak supir cari tempat makan yang selesa sikit. Sebenarnya kerana asyik ke sana sini sampai terlupa nak makan tengah hari. Hari ini kami makan nasi di Restoran Sederhana yang terkenal dengan nasi Padangnya. Banyak cawangan restoran ini di seluruh Indonesia.
Memang lambat sangat makan tengah hari kami hari ini, jadi kira macam makan untuk malam sekali.
Restoran Sederhana cawangan Kota Malang.Sebelum ke hotel kami minta pak supir cari tempat makan yang selesa sikit. Sebenarnya kerana asyik ke sana sini sampai terlupa nak makan tengah hari. Hari ini kami makan nasi di Restoran Sederhana yang terkenal dengan nasi Padangnya. Banyak cawangan restoran ini di seluruh Indonesia.
Memang lambat sangat makan tengah hari kami hari ini, jadi kira macam makan untuk malam sekali.
Kalau lauk tak berbelas jenis bukan makanan padang namanya.
Dahsat punya makan... licin macam orang kebulur tak makan seminggu...
Hotel Sahid Montana Dua, Kota Malang, Jawa Timur.
Hujan masih lagi belum reda semasa kami sampai di hotel dan terus berpanjangan sehingga ke malam.
Kalau ikut itinerari yang di susun oleh pak supir, sepatutnya malam itu dia akan bawa kami ke Batu Night Spectacular (BNS) iaitu satu taman tema yang dibuka khas pada waktu petang hingga ke tengah malam. Disebabkan hujan kami batalkan saja program untuk malam itu.
Lebih baik berehat dan tidur daripada berhujan...
hihi kalau perokok tegar mesti dah rembat berpapan2 kan.. kenapa masjid di sana banyak dalam senibina cina ? CT mmg malas nak baca2 soal sejarah tapi dah mula pelik ni ehehe
ReplyDeleteCT tempat ni muzium... tak ada jual rokok...
DeleteTentang masjid tu.. khabarnya Laksamana Cheng Ho, seorang pelayar China beragama Islam yang tersohor dulu ada singgah di Surabaya dalam perjalanannya ke Timur Jauh...
Jadi sebagai mengenang peristiwa tersebut...masjid bersenibina China didirikan di sana... Wallahualam...
ooops.. mana tau amek kesempatan nak promote rokok skali.. hihi..
Deletewooo gitu. patutlah banyak masjid ada senibina cina. tapi bgus jugak.. daya tarikan..
Saya pun dah pergi ke Masjid Cheng Ho kedua di Surabaya ni..
DeleteMasjid yang kedua ni lebih cantik dan besar saiznya...tapi tak sempat berfoto...hujan mencurah-curah sebaik sampai di sana..
Deletehoho.... hujan mmg tak boleh nak buat apa apa. tergendala perancangan kita ye dok PLM. suka tgk barangan kulit tu. mesti harganya murah di sana. teringat time travel di bandung dulu. ada deretan kedai jual brgn kulit di Cibaduyut kalau tak silap.
ReplyDeleteKalau hujan masuk ke mall atau tempat menarik yang terlindung misalnya museum.
DeleteKalau hujan memang banyak masa terbuang, sebab kita tak dapat melawat kawasan terbuka. Barangan kulit di sini, kita beli terus di pusat pengeluarannya di Tanggulangin, agak jauh dari Surabaya. Di Cibaduyut...produknya pun diambil dari Garut di luar kota Bandung...
Deletewah...muzium rokok itu yang tak best.
ReplyDeleteBetul tu en Din... sebab tu saya pilih untuk tidak masuk...
DeleteMuzium rokok tu best...rugi tak masuk...sebabnya dapat tengok cara pekerja membungkus rokok dengan cekap & pantas seperti mesin/robot. Kecekapannya melebihi mesin. Kerja membungkus guna tangan ini (cara tradisional) masih dikekalkan walaupun teknologi hari ini semakin maju.
DeleteMenarik...rugi ni... ingatkan cuma muzium saja... ada alasan untuk mengulang lagi ni... dengan family lah pulak...
DeleteMula-mula bila diberitahu muzium itu muzium rokok saya pun tak minat nak pergi...tapi pergi jugalah demi menjaga hati 'host' yang bawa saya jalan-jalan secara gratis. Tapi apabila naik ke tingkat atas muzium itu, kita dapat melihat dari balik cermin ada kilang yang besar dengan beratus-ratus pekerja sedang tekun menyusun rokok ke dalam kotak, laju ya amat...terbeliak biji mata saya melihatnya...macam robot lagaknya.
DeleteMula-mula bila diberitahu muzium itu muzium rokok saya pun tak minat nak pergi...tapi pergi jugalah demi menjaga hati 'host' yang bawa saya jalan-jalan secara gratis. Tapi apabila naik ke tingkat atas muzium itu, kita dapat melihat dari balik cermin ada kilang yang besar dengan beratus-ratus pekerja sedang tekun menyusun rokok ke dalam kotak, laju ya amat...terbeliak biji mata saya melihatnya...macam robot lagaknya.
DeletePergh... dahsyat tu. Mungkin dia orang ada target... siapa siap cepat dia boleh balik dulu...
DeleteHa..ha...ha...
DeleteAik kenapa keluar komen saya dua kali? :D
PLM beli jaket lembu atau kambing biri-biri. Yang mana jadi pilihan?
ReplyDeleterequest : mohon PLM upload gambar dengan jaket baru.. hihi..
DeleteSaya tak beli sebab dah tak naik motor tua2 ni... Member dua orang tu yang beli. Produk kulit biri2 lebih cantik dan sesuai untuk dipakai dalam pejabat...
DeleteCT foto jaket tu ada kat atas...hehe
CT bukan nk foto jaket..tapi gambar PLM berjaket...ahaha..nak ngelat lah tu kan...mesti nampak lebih muda bergaya
Deleteyeee betul tu Sis JM ehehe.. nak tengok PLM dengan jaket kulit walaupun tang muka nanti blur penuh misteri tapi PLM tak beli..
DeleteSelain jaket, ada beli barangan lain tak ? Apa yang murah selain jaket ?
ReplyDeleteSaya cuma dapat tali pinggang. Kasut kebanyakannya macam stail lama... kensel nak beli... Semua barangan kulit memang lebih murah berbanding di tempat kita... handbag pun ada en Din...
DeleteSaya tak dibawa ke kedai jaket ni...kalau tidak habis saya rembat...
DeleteBolehlah NA mengulang lagi ke sana... Siti boleh ikut sama...
DeleteCT ke ? hihi malulaaa nak jalan ngan Acik Prof.. siapalah daku hihi..
DeleteKalau CT malu... ajak je geng bulat tu ke sana... hehe
Deleteapa? PLM bukan perokok?..JM suka org yg bukan perokok nih...ehem..ehem...eheheh
ReplyDeletesaya juga bukan perokok mbak JM..xix
DeleteSaya pun bukan perokok...tapi saya masuk muzium rokok tu dan dapat pengalaman menarik dan menakjubkan.... :)
DeleteBagus kalau tak merokok.
DeleteKami sampai terawal sangat... malas pulak nak menunggu... lain kalilah kot...
Deleteyang bebaju hijau tu PLM eh..pernah ku lihat tetapi di mana ya?
ReplyDeleteJM pernah skodeng saya ke... kat mana agaknya tu...
DeleteBiar ku korek bijik matanya :D
DeleteWah NA...brutal jugak ya...hehe
DeleteBabap dia...(lembut sikit) he.. he.. he...
Deletehamoii prof...nk korek biji mata i ye...kijam tau hehehe
Deleteberjuta rupiah habis di kedai jaket kulit tu..waoaahh...JM sedang bygkan kalau PLM pakai jaket kulit sambil menunggal motosikal bersama org kesayangan..Wooowwww!!!!...bergaya habisss
ReplyDeletekan.. naik pula moto2 besar yang mcam awie tu.. pheeewit hihi..
DeleteMemang tak beli jaket, cuma member je yang beli... jadi camna nak tunjuk... lagipun dah lama pencen naik motor ni...
DeleteTeringat lagu Jaket Biru nyanyian Awie :D
DeleteJarang ada jaket kulit warna biru. Jaket Awie jaket denim...
Deletemonkasel tu dulu nakpi...tp bila supir cakap ada ruang kecil kena lalu, terusss kami tak jadi pi...takut tersekat takleh keluar...hahahah!
ReplyDeleteLaluannya takdelah kecil sangat, cuma payah sikitlah nak masuk sebab kena membongkok. Kalau DJ lalu pun belum sampai taraf tersekat lagi... *terbayang kalau DJ tersekat kat situ* camna agaknya...
DeleteHebat Pak Mie dan kawan-kawan makan masakan padang. Habis berpiring-piring makanan. Saya kalau ke RM Padang, lihat makanan pun sudah kenyang Pak Mie..hehe. Paling saya pesan langsung ke pelayan apa yang saya mau, jadi tidak dihidang semua. Bayaran lebih murah.
ReplyDeleteSepatutnya kena pilih dulu seperti mas Gunadi buat, tapi baru saja duduk lauknya sudah sampai... Jadi saya ketepikan lauk yang saya tidak mahu... Bayaran pun lebuh murah...
DeleteSalam singgah tuan tanah.. memang semua gambar akan blurr ka bahagian muka.. hehee.. ini misteri..
ReplyDeleteSurabaya mmg banyak tinggalan sejarah.. best baca sejarah ni.. :)
Wsalam QA... Kamera saya memang kalau ambil gambar dia akan auto blur tang muka saja...canggih kan...hehe
DeleteQA pernah ke Surabaya?
Canggihnya kamera...kenapa saya tak ada kamera macam tu ek?
DeleteKamera tu special order dari Korea Utara...hehe
DeleteMesti mahal.
Deletekapal selam M'sia drpd tak berfungsi, dibuat muzium mcm ni pun OK jg...cadangan saja..hehe..
ReplyDeleteteringat soto Malang..the best in the world..
Kapal selam Malaysia masih baru lagi...tapi akhirnya akan jadi macam tu jugak...
DeleteTak sempat merasa soto Malang...memang malang sungguh....
Tak berpeluang tengok kapal tu...
DeleteTapi kalau orang yang berbadan bulat atau orang sakit lutut memang susah nak melepasi lubang laluan di antara bahagian dalam kapal tu...
Deletesoalan sinis sikit.. ooowh malaysia ada kapal selam ? hihihi..
DeleteAda CT dan masih berkeadaan baik cuma tak berapa nampak apa fungsinya. Beli pun rasanya cuma untuk mengimbangi kuasa2 tentera serantau...
DeleteAssalam,
ReplyDeletekaaaaaaaaaaannn
yang rimas kalo pi indon ni tu laaaaaa
diorang agresif
suka maen paksa
iols terkena kat medan
terus macam blacklist indon he3
Tapi kekadang rasa kesian juga...persaingan untuk hidup agak lebih hebat di sana banding di tempat kita...
DeleteBetul tu...kadang-kadang kesian kat dia orang...
DeleteSesuatu yang kita tidak pernah lihat di negara kita... tapi merupakan perkara biasa di tempat mereka... terutama dari segi pemungutan wang...
Delete270 juta pebduduk indonesia menyebar di 17.000 pulau,ada 30 juta warga miskin di negeri kami, itu sepadan dengan jumlah penduduk malaysia sekarang, mereka itulah yg berjualan di jalan,mengemis, meminta dijalan2, 3 juta diantara mereka itulah yg menjadi TKI. tapi jangan salah penduduk kaya di negeri lebih banyak lagi bahkan lebih banyak jdibandingkan penduduk malaysia + thailand, 240 juta diantara kami adalah kelangan kelas menangah dan ekonomi atas, mayoritas konglomerat/taipan/chebol yang menguasai ekonomi di asia tenggara ini berasal dari indonesia termasuk salim group yg menguasai ekonomi fhilipina itu adalah pengusaha indonesia,mobil2 mewah sekals lamborgini, ferari dsb biasa lulu lalang di kota besar di indonesia, mobil vios dan honda jazz yang kalian kata di malaysia mobil mewah, di indonesia cuma di jadikan taxi, indonesia itu negara besar dan paling pelik di dunia, bayangkan ada 270 juta terus menyebar ke 17.000 pulau, beda dengan india dan china walaupun mereka banyak penduduk tapi mereka pada satu kawasan, jadi intinya antara malaysia dan indonesia tidak bisa di compare, karena beda keaadaan.
Deletedan buat kakak ary sha ini, jangan sebut indonesia dengan sebutan INDON, konotasi jelak merujuk kepada INDUN=Pembantu, kami tahu ada puluh ribuan orang indonesia jadi pembantu di malaysia tapi tidak menggambarkan penduduk indonesia yang seramai 270 juta ini.jika anda tidak ingin negara anda di sebut yang jelek seperti kata M*L*N jangan sebut kami dengan perkataan INDON. mari kita berkata yang baik untuk mewujudkan Nusantara yang damai.buat tuan yang punya blog terimakasih karena telah memaparka tentang indonesia dan negara lain, blog anda menghibur dan indah,
Memang nampak sesangat kebulornye....licin....haha
ReplyDeleteKannnn....mentang-mentang semuanya boleh ditelan... lainlah kalau kat negara China...
DeleteHa..ha..ha..
DeleteMasjid tu lawa, memang terserlah ke-Cheng Hoo-an nye. Warna pun merah garang gitu. Cakap pasal nasi padang, saya tiap kali masuk kedai ni memang biji mata berpinar sebab rasa nak amik semua lauk yang ada. Spoil with choices.
ReplyDeleteMasjid style China kat Malaysia pun sudah ada beberapa buah... cuma jauh dari Lembah Klang. Warna merah memang sebati dengan orang China...
DeleteMakan nasi padang ni sebenarnya boleh je kita pilih lauknya...tak perlu dia orang hantar semua...tapi baru duduk lauk dah sampai...makan aje lah apa yang kita suka...