Seawal jam empat pagi kami dah keluar. Di sini, melihat sunrise adalah salah satu aktiviti yang tidak boleh dilepaskan. Suhu pagi itu sangatlah sejuk. Nasib baik ada orang yang menjual barang-barang yang boleh dijadikan penebat badan. Memang tidak menyangka suhu sesejuk itu pada waktu pagi di sana. Belilah juga sarung tangan yang berharga Rp10K sepasang. Agak murah.
Lainlah ada orang tu yang balik bercuti dari musim sejuk ekstrem di luar negara dan terus ke sana. Katanya biasa-biasa saja sejuknya.
Sebelum tu nak beritahu bayaran masuk ke Taman Nasional Bromo Tengger Semeru ialah Rp267K untuk seorang. Elakkan datang ke sini pada waktu cuti kerana bayaran masuknya adalah hampir dua kali ganda. Sementara bayaran untuk sebuah jeep dan naik kuda untuk tiga orang ialah Rp165K.
Bagi yang nak bersolat ada di sediakan sebuah wakaf di Penanjakan. Sebaiknya siap berwuduk sekali sebelum keluar dari hotel.
Bagi yang nak bersolat ada di sediakan sebuah wakaf di Penanjakan. Sebaiknya siap berwuduk sekali sebelum keluar dari hotel.
Jeep yang digunakan untuk ke Penanjakan.
Senarai bayaran masuk untuk warga asing yang berlipat ganda mahalnya.
Jam empat pagi di luar hotel.
Perjalanan untuk sampai di puncak Penanjakan lebih kurang setengah jam. Jalan berliku-liku dan memang tak nampak pun alam sekeliling. Bila turun balik waktu balik barulah tahu, jeep lalu di tepi-tepi jurang.
Kat atas ni ada banyak warung. Jadi kalau nak memanaskan badan sebelum ke view point Penanjakan bolehlah berhenti mengeteh sekejap sementara menunggu fajar pagi menjelma. Kedai-kedai menjual cenderamata pun ada. Belilah di sini kerana memang kita tak akan jumpa lagi kedai cenderamata di tempat lain.
Di sini disebabkan pujukan perawan Bromo, terbelilah juga mafla dan serkup kepala sekali. Bukan seorang yang beli tapi kami semuanya.
Ramai pulak umat manusia pada hari tu, padahal bukan hari minggu.
Fajar mula menyinsing.
Sebahagian foto-foto yang sempat di ambil mulai fajar mula menyinsing sehingga terbit matahari.
Asap yang berpunca dari kawah di Gunung Bromo.
Gunung Batok @ tempurung kelapa, tersergam megah di hadapan.
Mula beredar meninggalkan Penanjakan.
Pintu gerbang menuju ke Penanjakan view point.
Selesai sesi di sini.
Banyak FM dan poskad dijual di sini, tapi elok beli yang di dalam kedai kerana yang di sini keadaannya nampak lusuh.
Pemandangan rumah penduduk tempatan dan hotel yang dapat dilihat semasa turun dari Penanjakan.
Seterusnya supir bawa kami ke kawah Gunung Bromo pula...
sekarang kemana mana tiket naik gunung mahal rupanya. Bromo mahal. Kinabalu pun mahal. Rinjani dan Kerinci pun mahal Pak Mie. semua atas dasar demi membatasi jumah pengunjung yg terlampau ramai. demi kelestarian alam itu sendiri.
ReplyDeletelihat gunung batok jadi ingat petualangan mbak Zilla naik gunung Batok. Saya ingin juga naik gunung batok.
Betul tu mas Gunadi... sekarang ini semuanya mahal... tapi kalau sudah datang jauh-jauh rugi tak naik ke atas...
DeleteTak tahu kalau gunung Batok boleh di daki...
waktu mendaki gunung batok tu akan terasa nak batuk tak?
DeleteKalau orang slim dan berstamina macam JM memanglah tak terbatuk2...mcamm saya pulak mungkin kena stop sepuluh kali.
DeleteSaya cuma naik gunung Bromo saja...
tak fe PLMie..sediakan ubat batuk cap ibu dan anak :)
Deleteuntuk mbak JM sediakan ubat batuk Cap perawan cantik...xixi
Deleteade ke Mas? Pos ke sini sebotol boleh...hihihi
Deleteya kalo dipikir untuk liat matahari aja harus bayar, tapi setelah diliat2 mataharinya bagus gtu sunrise nya saya pun bakal nabung hanya untuk liat matahari "baru bangun" begitu..
ReplyDeleteKebetulan hari itu cuacanya bagus...jadi dapatlah lihat "matahari bangun". Sebenarnya saya sendiri tidak tahu kalau entrance fee nya sudah naik. Moga satu hari nanti mas Yudi dapat sampai di sana...
Deleteentrance fee dah naik? haruslah budget 'lari' nanti
DeletePergi sorang takpe JM, bajet lari boleh kejar lagi...hehe
Deleteahahahanh...fandai fun melawak...komen tu jgn skema sgt nghe ngeh ngeh
Deletemahal kan skang harga naik bromo tuh...masa kami pi tu hujung2 harga lama dah...pastu terus naik berlipat kali ganda....sadisss....
ReplyDeletehuish takde la ramai tu enmie oi....masa kami pi lagi sesak!stress saya...hahahaha nasib baik laaa tinggi kan...ehem...hahahahaha!cantiknya bromo rindu plak...tapi nama nak repeat tak dah kot...hahahaha!
Nasib baik saya ke sana pada hari biasa...kalau tak boleh lari bajet...
DeleteMungkin DJ sampai sana pada hujung minggu...tu yang orang ramai sangat... Saya pun tak rasa nak mengulang ke sana... Baik ke tempat lain... day trip pun tak apa kan DJ... hehe
mahal sekarang. Cukup le sekali
ReplyDeleteKenalah ke sana pada weekdays... Memang cukuplah sekali en Din...
DeleteTeringat pulak dlu mmg sengaja request utk jeep kaler kuning tp x dpt sbb peak season katanya. Ended up biru pn jadikla... View sunrise sgt cntik! Wlpn sejukkk
ReplyDeleteWah John... siap request jeep lagi...
DeleteTapi sunrise kat sana memang cantik... berbaloi keluar pagi-pagi buta...
Alamak.. kos nak naik bromo makin mahal! Tahun lepas tiket ke sana (surabaya) terpaksa burn sebab nak uruskan perpindahan dari sarawak ke terengganu. Ruginya.. memang dah planning nak ke sana tahun lepas..
ReplyDeleteTakpe...nanti kalau ada lagi offer bolehlah sambar. Tapi kenalah cari weekdays untuk ke sana... murah sikit...
Deletecantik view fajar menyinsing..dari gelap ke terang..
ReplyDeleteMemang cantik...jarang dapat peluang dapat tengok sunrise dari tempat yang tinggi...
DeleteSaya pun dapat sunrise view yang hampir sama semasa ke sana.
ReplyDeleteKedinginan Bromo amat terasa bagi yang dah biasa dengan suhu panas, tetapi mujurlah semasa saya ke sana saya baru balik dari Beijing yang suhunya terlampau sejuk ketika itu, jadi tidaklah terasa sangat sejuknya.
Kira nasib baiklah kerana cuaca menyebelahi kita... pemandangan memang ohsem...
DeleteSetuju... memang tidak tertahan sejuknya waktu pagi di sana...
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
okey...baru nak baca entri nih...tadi baca komen heeee
ReplyDeletesuhu sejuk camtu yg JM suka..nampaknya bawa je sarung tangan dari rumah...jimat 10K Rp tu -:)
ReplyDeleteSarung2 yang lain pun kena bawa juga JM...takut beku... hehe
Deleteye JM tahu sarung kaki kan...ke ada sarung lain
DeleteRp267K untuk seorang? kalau sebelum ni berapa harga tiket masuk tu PLM...DJ kata dh mahal..
ReplyDeleteambil wuduk di hotel? kalau JM baru 5min dah kentut..mcm mana? tayamum?
ya ampun berganda2 harga tiket masuk tu...lebih dari 6% tu
DeleteTarif lama Rp57K saja...agak murah tu. DJ sebab nak spare duit untuk JJCM dia..hehe
DeleteGerenti tak terkucil JM sebab semuanya mengecut...sejuk banget...
GST cuma 6%... tapi yang ini naik lebih 400%...pergh...
PLM termakan pujukan perawan Bromo? iskhh hehehhe
ReplyDeleteHaah JM... tapi penduduk di sini lebih 90% adalah beragama Hindu...tak dapek den nak nolong...hehe
Deletesubhnallah cantiknya ...berbaloi bayar mahal tapi x best sbb ramai orang
ReplyDeleteKalau ikut kata DJ, tu kira tak ramai sebab masa dia pergi macam takde ruang langsung nak menebeng kat tepi pagar tu...
Deletehehehe gunung ni yang sampai kat rumah CT kan ? amboi jelitaaanya awan tu keliling kawah tu.. eh kawah ke tu ? yang tempurug tu..
ReplyDeletesejuk sngt ke PLM smpai bermafla hehee
Haah... gunung tu lah CT...Gunung Batok tu takde kawah. Yang ada kawah gunung Bromo disebelahnya...
DeleteSejuk yakamat... boleh beku dibuatnya... hehe
Mcm hotel pulak ye...ade hrga weekend n weekdays.. hrga jip pon ikot hari jugak ke plm?
ReplyDeleteSebab weekend terlalu ramai orang... mungkin untuk mengehadkaan bilangan pelawat sebab itu cajnya lebih tinggi. Harga jeep pulak kurang pasti...tinggi juga kot...
DeleteAssaalm,
ReplyDeletewaaaa
banyaknya orang nengok matahari terbit nooooooooo
Agak ramai... tu belum hari minggu lagi... memang padat...
DeletePLM..JM baru balik dari Trip Surabaya - Yogjakarta malam tadi...so mmg ke Penanjakan utk tengok Sunrise tetapi HAMPA...awan berkabus..apa pun x dapat..frust!! Supir cakap bulan Augustus adalah bualan yang sgt sesuai utk ke sini..akan masa misi repeat? hiksss
ReplyDeleteSelamat pulah ke Tanahair JM... Wah nampaknya tekaan PLM 50% betul...
DeleteMemang kena mengulanglah nampaknya... pastu boleh ke kawah Ijen sekali di Banyuwangi...
JM salah perhitungan dan planning sepatutnya tiket bayaran masuk ke Taman Nasional Bromo Tengger Semeru ialah Rp267K untuk seorang tetapi kami ke sana hari Sabtu so tiket masuk Rp317 seorang huhuh
ReplyDeleteNama pun nak naik ke atas gunung... jadi bayarannya juga harus naik...hehe. Kalau JM repeat nanti mungkin bayarannya akan naik lagi... haish...
DeleteJM ada jugak beli FM Bromo di kedai cenderamata semasa turun dari Penanjakan tu...tanya satu kedai tu dua jual sekeping RP20K, kami x beli..kemudian ke ssatu kedai lagi leh dapat Rp15,000 sekeping kerana JM beli 20 keping...Sekali bila ke tempat berkuda berdekatan Gunung Batok tu ada orang jual FM yang sama 10keping Rp100,000 sahaja FREE lagi 2 keping bermakna sekeping Rp10K!!!! Frust berganda-ganda!
ReplyDeletePLM beli yang di dalam kedai tapi tak ingat harganya... yang kat luar tu nampak macam dah banyak tangan... lusuh sikit...
DeleteSo JM menambah lagi FM ke di Gunung Batuk tu...