Tujuan utama kami ke Semporna ialah hendak pergi ke pulau peranginan yang berhampiran. Terdapat banyak pulau yang boleh dilawati di sini seperti Pulau Mataking, Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan Pulau Sipadan.
Keadaan cuaca pada hari kami hendak ke pulau agak kurang baik. Hujan semenjak awal pagi. Kami meminta pandangan pekerja resorts sama ada sesuai untuk kami pergi atau tidak. Jawapan yang diterima, ada yang kata okey dan tidak. Kami mengambil keputusan untuk pergi juga kerana tempoh percutian yang terhad. Oleh kerana cuaca tidak begitu baik kami memilih untuk ke Pulau Mabul sahaja.
Hujan sepanjang perjalanan dan semakin lebat membuatkan debaran kami bertambah. Oleh kerana pemandu bot berada di belakang, jadi kamilah yang menjadi penampan angin. Nasib baik ada kain kanvas yang boleh dijadikan selimut. Keadaan laut pula agak tenang dan tidak berangin. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Kami disinggahkah di satu resorts milik sahabat pemandu bot sementara menunggu hujan berhenti.
Bertolak ke Pulau Mabul dengan sebuah bot yang boleh memuatkan sepuluh penumpang. Tapi kami pergi dengan empat penumpang sahaja. Harga tetap sama. Usah bimbang jaket keselamatan ada disediakan.
Diantara chalet yang terdapat di Pulau Mabul. Ada pelbagai kategori dari yang berkonsep backpakers hingga yang bertaraf mewah.
Terdapat rumah-rumah di kawasan cetek di tengah-tengah laut. Penghuni di sini merupakan penanam rumpai laut. Sabah merupakan pengeluar rumpai laut yang terbesar di Malaysia. Antara produk yang boleh dihasilkan dari rumpai laut ialah agar-agar.
Tapak Sulaiman (Starfish) paling banyak terdapat di sini. Terdapat pelbagai warna dan saiz. Ada yang berbentuk bintang empat dan juga enam. Nasib kami kurang baik kerana tidak terdapat banyak ikan pada waktu itu. Pada mulanya kami agak curiga untuk memegang starfish. Mana tahu ianya mungkin beracun atau boleh menyengat. Selepas diyakinkan oleh pemandu bot barulah kami berani memegangnya. Tapak Sulaiman ini sebenarnya keras seperti batu, tiada respon apabila dipegang dan mempunyai jaluran halus di bahagian bawahnya yang digunakan untuk menyerap makanan.
Jika ke sini jangan lupa untuk memakai kasut kerana terdapat banyak serpihan batu karang yang boleh menyebabkan kaki kita luka. Kasut crocs adalah paling sesuai kerana ianya ringan.
Pulau Mabul merupakan sebuah pulau yang mempunyai ramai penduduk jika dibandingkan pulau-pulau lain disekitarnya. Di sini terdapat sebuah sekolah rendah kebangsaan dan juga sebuah masjid bagi kemudahan penduduknya.
Rumah-rumah yang ada di Pulau Mabul kebanyakannya didirikan di atas air kerana kawasan daratan yang agak terhad. Gambar menunjukkan kanak-kanak Pulau Mabul dengan hasil tangkapan ikan tenggiri yang beratnya lebih dari sepuluh kilogram.
Salam Mie,
ReplyDeleteHai bila laa "makbul" nak ke Pulau Mabul" ni...
cantikkkk..... tu....
Aku pun rasa mcm nak pergi lagi, tak puas pulak sbb cuaca yg kurang baik. Air lautnya jernih giler.. Takpe kau dptkan 'lesen' dulu.. hehehe
ReplyDeletewah abg Mie.. Nampak mcm best la.. Ni yang tak sabar nk kesana ni..
ReplyDeleteKhaifaiz: Kalau ke sana pergilah secara berkumpulan kerana lebih jimat. Bot di caj dengan harga tetap. Kalau cuaca baik boleh pergi ke P. Kapalai yg tak jauh dari P. Mabul.
ReplyDeletemudanya muka masa nih..hahahaa
ReplyDeleteItu anak-anak saya Suhana... hehe
Delete