Sunday, December 12, 2010

Dragon Inn Semporna

Penerbangan yang kami ambil agak lewat dan sampai di Lapangan Terbang Tawau pada jam 9.10 malam. Untuk sampai ke tempat penginapan di Semporna perlu menaiki teksi yang mengambil masa lebih sejam. Sampai di Dragon Inn hampir jam 11.00 malam, check in dan terus tidur.


Keseluruhan resorts ini terletak di atas air di dalam kawasan selat di antara bandar Semporna dan Pulau Bum Bum. Pada waktu air pasang, air hampir menjejaki kawasan lantai. Air lautnya sungguh jernih, cuma sayang terdapat banyak sampah terapung yang kurang diberi perhatian oleh pihak resorts mahupun majlis daerah yang dipertanggungjawabkan untuk kawasan itu.


Keseluruhan resorts ini diperbuat daripada kayu termasuk tiangnya sekali. Keadaan biliknya bersih dan cantik serta kelihatan eksklusif. Tetapi jangan cakap dengan volume tinggi kerana boleh didengari dari bilik bersebelahan. Semua kelengkapan tersedia termasuk penghawa dingin dan air panas. Caj yang dikenakan juga berpatutan. Kedudukannya juga tidak begitu jauh dari pusat bandar.

Panorama sekitar Dragon Inn Floating Resorts Semporna



Ikan-ikan yang terdapat di kawasan berpagar di dalam resorts ini.

4 comments:

  1. Salam

    Bestnya teruja rasa nak kesana...
    bila laa pulak rezeki aku nak kesana....

    sabar jer laa.............

    Layannnnnnnn

    ReplyDelete
  2. Sampai masa dan ketikanya nanti sampailah tu. Kita set pergi sana sesama.

    ReplyDelete
  3. pernah ke sana masa tu kebetulan hantar cousin kahwin dengan orang tawau.best bilik dia.nature je rasa.tapi ckp slow2 je.nak mandi pun mcm ada rasa pelik pulak.tapi xtau naper.saya pergi 2011 x silap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best... rasa nak mengulang tapi tiket ke Tawau selalunya mahal banding dengan KK...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...