Friday, December 24, 2010

Makan-makan di Tawau


Jika ke Tawau jangan lupa untuk mencuba makan di restoran makanan lautnya. Kami berkesempatan untuk pergi ke restoran makanan laut terbuka di kawasan Sabindo. Tidak banyak perbezaan makanan lautnya, cuma di sini mungkin lebih segar kerana kedudukannya berhampiran laut. Udang dan sotong yang akan dimasak sudah siap disiang semasa kita membuat pesanan, jadi kita boleh anggarkan berapa banyak yang kita mahu. Harganya juga berpatutan kecuali ikan agak mahal. Kami memilih ikan untuk dimasak tiga rasa, udang goreng mentega, sotong goreng tepung dan anak sawi masak bawang putih dengan sos tiram.


Jangan lupa juga untuk singgah di Medan Seleranya yang terletak berhampiran jeti bersebelahan dengan Pasar Tanjung. Cubalah makan Nasi Gondrong atau Nasi Lalap untuk mendapatkan kelainan. ABC buahnya juga sungguh sedap. Gerai ini terletak di hujung sekali.


Antara makanan ringan yang popular di sini ialan pelang-pelang atau ampelang. Ianya seakan-akan keropok lekor yang dipotong-potong, tapi  rangup dan ringan. Walaupun ianya ringan, untuk membawanya balik sebagai buah tangan agak bermasalah kerana mengambil banyak ruang. Siapa-siapa yang ingin merasainya pergilah saja ke sana :-)

3 comments:

  1. pernah makan ni..mmg macam keropok.
    Ada sejenis sayur kat sini yg tak de di semenanjung, tapi lupa nama apa.

    ReplyDelete
  2. Sayur apa ye.. kalau tau bagus tu, boleh mencuba lain kali..

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...