Tawau merupakan salah satu bandar di Sabah yang mempunyai penerbangan terus dengan Semenanjung (KL) selain Kota Kinabalu dan Sandakan. Sebelumnya Tawau pernah juga dihubungkan secara terus ke Johor Bahru tetapi perkhidmatan itu telah dihentikan mungkin disebabkan kapasiti penumpang yang kurang memuaskan. Walaupun kami mendarat di Tawau, tetapi ia menjadi destinasi terakhir percutian kami.
Masjid baru Tawau yang terletak berhampiran dengan laut di Sabindo dan masjid lama di tengah bandar. Masjid baru Tawau adalah masjid yang terbesar di Sabah.
Kompleks Pasar Tanjung di mana bahagian bawahnya banyak terdapat kedai yang menjual makanan tradisi. Tingkat atas pula digunakan untuk menjual hasil laut yang dikeringkan.
Kawasan jeti penumpang untuk ke pulau-pulau berhampiran antaranya Pulau Sebatik yang terbahagi dua antara Malaysia dan Indonesia. Tawau juga mempunyai tepian laut yang dijaga agak baik untuk dijadikan tempat berehat.
Di bandar Tawau terdapat banyak hotel dan kedudukannya berdekatan di antara satu sama lain. Kami memilih Hotel Heritage sebagai tempat penginapan kerana biliknya yang agak besar.
Salam bang,
ReplyDeleteKami nak gi Tawau bulan 6 ni? tempat mana menarik? Cukup ke 3 malam? boileh seberang ke indo ke?
Terima kasih
Zana
Zana,
DeletePergilah ke Semporna terus sbb boleh ke Pulau Mabul utk snorkling. Dari airport terus je ke sana tak payah gi Tawau. Stay sana dua malam dan semalam di Tawau waktu nak balik
Kalau nak ke Indonesia dari Tawau, mungkin cuma ke Pulau Sebatik kot... tapi tentu buhsan. Kalau nak ke Tarakan yg digelar Mini Singapore tu kena naik flight pulak.
brape jauh perjalanan dari Tawau (airport) ke Bandar Sahabat, Lahad Datu. adakah disediakan perkhidmatan kenderaan dari airport Tawau ke Bandar Sahabat?
ReplyDeleteAlternatif terbaik ialah mengambil teksi untuk ke Lahad Datu. Lepas tu dari Lahad Datu mungkin dengan bas atau teksi lagi untuk ke Felda Sahabat...
DeleteKalau dengan teksi mungkin mengambil masa hampir tiga jam utk ke Lahad Datu...