Monday, April 29, 2013

Trip to Shanghai Pt 7 - Humble Administrator's Garden, Suzhou

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Shanghai. Tapi penerbangan pulangnya ialah pada jam 1.05 pagi. Jadi kami memang punya masa yang agak panjang untuk meneruskan misi. Setelah check out dan meninggalkan beg di bilik simpanan, kami menuju ke Shanghai Hongqiao Railway Station lagi. Pada mulanya kami bercadang untuk ke salah satu water town yang terdapat di sekitar Shanghai tapi akhirnya terpaksa membatalkannya kerana masing-masing lebih teruja untuk ke Suzhou.


Kedudukan bandar Suzhou, kira-kira 84 km dari Shanghai.

Walaupun kedudukan Suzhou tidak begitu jauh dari Shanghai tetapi ianya terletak di wilayah yang berlainan dan mempunyai penduduk lebih 4 juta orang. Seperti ke Hangzhou, perjalanan ke Suzhou juga menggunakan bullet train. Tambang bagi perjalanan ini ialah 39.50 yuan.  Kami tiba di bandar Suzhou kurang daripada setengah jam. Setibanya di dalam stesyen, kami mula di kejar oleh agen-agen pelancungan yang menawarkan pakej lawatan yang kebanyakannya untuk sehari. Sebenarnya kami memang tak bercadang mengambil apa-apa pakej dan bercadang untuk bergerak sendiri. Untuk mendapatkan teksi di stesyen agak mudah kerana teksi banyak tetapi orang yang menunggu juga sangat ramai.

Di Suzhou destinasi yang kami tuju ialah Humble Administritor's Garden iaitu sebuah taman klasik China. Taman ini agak luas dan memerlukan sekurang-kurang 2 jam untuk melawat seluruh kawasan. Untuk memudahkan berkomunikasi dengan pemandu teksi, kami memang sudah bersiap dengan terjemahan bahasa Mandarin tempat-tempat yang hendak dituju. 

Seperti bandar-bandar lain di China, di Suzhou juga terdapat pedestrian mall. Di Suzhou ianya terletak di sepanjang jalan menuju ke pintu masuk Humble Administrator's Garden dan juga di pusat bandar.


 
 
 
 
Pintu masuk Humble Administrator's Garden. Bayaran masuk adalah mengikut musim. Musim bunga dan musim gugur bayarannya 70 yuan. Musim panas dan sejuk 50 yuan.
 
 
 
 
 
 
 
Pintu keluar
 
Agak lama juga kami berada di dalam taman ini dan masa pun sudah melepasi waktu makan tengah hari. Dari sini kami bercadang untuk ke Masjid Taipingfang di pusat bandar di mana terdapat restoran makanan halal di situ.
 
Kedai cenderamata di hadapan pintu keluar.
 
Di sini agak susah untuk mendapatkan teksi. Setiap teksi yang ditahan semuanya terus berlalu. Jika ada orang turun pun mereka masih tak mahu mengambil penumpang. Lepas tu baru perasan rupanya pemandu teksi di sini cuba mengelakkan warga asing, mungkin masalah komunikasi. Tapi jangan risau kerana di sini juga banyak teksi sapu. Kebanyakan mereka boleh berbahasa Inggeris. Cuma caj yang dikenakan agak tinggi berbanding teksi. Tapi kalau dah terdesak nak buat macam mana kan. Akhirnya kami sampai juga tempat yang hendak di tuju...

19 comments:

  1. cantik betul pokok beranting tidak berdaun tu..

    Susah nk dpt teksi? bagi warga asing..masalah jugak ehh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok tu kalau dah keluar bunga tentu lebih cantik.

      Mungkin nasib saya kurang baik, kalau JM yang tahan tentu banyak je teksi yang berhenti... hehe

      Delete
  2. suka tengok view tasik... pokok tinggal ranting.. ada bunga2... nyaman jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik panorama sebelum masuk musim bunga ni. Suhu pun agak nyaman, jadi takde masalah untuk kita menapak ke sana sini...

      Delete
  3. sejuk ati tengok view tempat ni, dengan landskap nyer memang cantik...tips yang baik tu mie, kena prepare awal-awal emosi awal-awal la kalau nak datang sini, sebab memang susah nak dapat teksi.kalau tak, mau menyumpah jer nanti, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca sejuk hati pun sejuk juga Orga... hehe

      Mungkin kebetulan kot susah nak dapat teksi sebab masa tu dah lunch time... Tapi memang kena prepare tempat-tempat yang kita nak pergi dalam tulisan China, kalau tak lagi susahlah...

      Delete
  4. Satu pengembaraan yang amat menarik :). Kelihatannya tempat ini bersih dan pemandangannya sangat cantik.


    Saya cuma lalu sahaja di sini dalam perjalanan saya ke Beijing dari Shanghai, dan dari Beijing ke Shanghai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak menarik juga bandar Suzhou ni. Apa yang saya perhatikan kebanyakan tempat tumpuan pelancong di China memang dijaga kebersihannya.

      Lain kali kalau NA ke Shanghai boleh singgah di sini...

      Delete
    2. InsyaAllah. Sayapun dah kumpulkan brochure tentang backpack ke sini semasa saya menginap di Naza Hotel Shanghai hari itu. Dalam perjalanan saya ke Shanghai dari Beijing tempoh hari, wanita yang duduk di sebelah saya tu pun cadangkan saya untuk ke situ. Saya lihat tempat ini banyak tasik, hotelpun banyak dibina dalam tasik, betulkah?

      Delete
    3. Wah NA nak mengulang lagi ke sana...

      Kalau ikut peta, di sekitar bandar Suzhou memang terdapat banyak tasik, jadi memang logik kalau banyak hotel dibina di atas tasik...

      Delete
  5. cool!!!
    cantiknya tempat ni..
    boleh rasa sejuk kat window ni..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik taman ni, tapi sangat luas dan tak larat nak menjelajah keseluruhannya...

      Delete
  6. Sejuuk gambarnya sampai ke hati...terasa nyamannya suasana itu....lepas ni boleh jadi travel agent lah Mie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan masa tu memang nyaman sekali udaranya...

      Saya tak sanggup jadi travel agent, tapi kalau untuk Nekcik dan family bolehlah rasanya... hehe

      Delete
    2. Insyaallah no problem sebab macam seia sekata jer kita kan...

      Delete
  7. Banyak singgah masjid nampak...saya ingin juga ke Suzhou nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat negara bukan Islam, makanan halal biasanya boleh dapat berhampiran masjid. Tu yang kena cari juga selain boleh tunaikan kewajipan...

      Delete
  8. Salam Mie. Di Suzhou, kalau nak ke mana-mana kena naik teksi je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Helda... Kalau punya masa yang cukup ambil saja pakej sehari. Bergerak dengan teksi lebih mudah. Lagipun kalau ramai tambang boleh dikongsi. Dengan bas pun boleh tapi tak sempat study...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...