Tuesday, April 9, 2013

Trip to Shanghai Pt 3 - West Lake, Hangzhou

Destinasi kami hari ini ialah bandar Hangzhou. Sebenarnya bandar Hangzhou juga dihubungkan secara terus dari Kuala Lumpur melalui penerbangan Airasia X. Pagi-pagi lagi kami dah keluar untuk menuju ke stesyen keretapi Shanghai Hongqiao yang terletak berhampiran airport kedua di Shanghai. Stesyen ini adalah stesyen keretapi yang terbesar di Asia. Selain itu terdapat juga Shanghai Railway Station (North) Shanghai South Railway Station dan Shanghai West Railway Station.

Kedudukan bandar Hangzhou yang terletak 169 km dari Shanghai.

Setelah bersesak dengan warga Shanghai yang hendak pergi kerja akhirnya kami sampai di Hongqiao station sebelum jam lapan. Kami cuba untuk mendapatkan perjalanan bagi jam 8.00 pagi, tetapi semuanya kehabisan. Trip seterusnya yang kami dapat ialah jam 9.00 pagi. Untuk membeli tiket di sini, kita perlu menunjukkan passport. Nombor passport akan di cetak di tiket yang dibeli. Harga tiket dari Shanghai Hongqiao ke Hangzhou ialah 77.50 Yuan.

Bullet train yang kami naiki

Kelajuan boleh mencapai 306 km/jam di sesuatu kawasan. Kelajuan dikurangkan jika menghampiri stesyen kecil di sepanjang perjalanan.

Antara pemandangan di sepanjang perjalanan ke Hangzhou.

Kami sampai di Hangzhou railway station kurang sejam kemudiannya. Stesyen ini di sepadukan dengan Hangzhou Metro di laluan 1 yang baru di buka tahun 2012 dan satu-satunya yang sudah beroperasi. Stesyen metro di sini ialah stesyen Chengzhan.

Hangzhou Railway Station


Lokasi pertama kami di Hangzhou ialah West Lake. Jika kita mengambil metro, stesyen yang terdekat dengan West Lake ialah stesyen Longxiangqiao yang terletak dua stesyen saja dari stesyen Chengzhan. Sila Ambil exit C jika hendak ke West Lake. Dari sini kenalah berjalan kira-kira 300m untuk sampai ke tasik.

Sampai di kawasan tasik. Cuaca di Hangzhou lebih panas berbanding di Shanghai. West Lake diletakkan pada ranking No. 1 sebagai tempat lawatan utama di bandar Hangzhou.

West Lake has influenced poets and painters throughout the ages for its natural beauty and historical relics, and it has been among the most important sources of inspiration for Chinese garden designers, as evidenced by the impact it had on various Chinese classical gardens. It was made a UNESCO World Heritage Site in 2011, and was described as having "influenced garden design in the rest of China as well as Japan and Korea over the centuries" and as reflecting "an idealized fusion between humans and nature."

Selain bersiar-siar, antara aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah melawat pulau yang ada di tengah tasik. Ada berbagai jenis bot yang memberikah perkhidmatan di tasik ini. Kami memilih bot besar ini dengan harga 45 yuan seorang untuk ke pulau di tengah tasik.

Menghampiri jeti




Tak tau apa nama pokok bunga ini tapi memang ramai yang mengambil foto di sini.


 
 
 
Kelihatan bandar Hangzhou dari kejauhan.

Kawasan  ini agak luas dan terdapat beberapa buah pulau yang dihubungkan dengan jambatan. Kami tidak larat untuk mengelilingi semuanya dan berada di sini lebih kurang sejam. Lagipun sudah menghampiri waktu tengah hari dan perut pula  minta diisi. Jadi kami balik semula ke jeti berlepas untuk ke destinasi seterusnya selepas makan nanti.

25 comments:

  1. Salam Mie,
    Cantik sungguh gambar-gambar yang Mie ambil di West Lake tu. Saya suka melihat bunga-bunga yang mekar di situ. West Lake memang patut dikunjungi kalau ke Hangzhou. Ramai orang mencadangkan kepada saya kalau ke Shanghai ambillah keretapi ke Hangzhou, cuma sejam je. Tetapi ketika saya berpeluang ke Shanghai Winter lalu, saya tak sempat ke sana, walaupun ada 2 orang murid (student) saya berasal dari Hangzhou & berada di situ ketika itu. Panduan yang Mie berikan amat berguna, mungkin suatu hari nanti saya boleh bawa keluarga saya ke sana mengikut panduan Mie ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam NA,
      Kebetulan masa di Hangzhou cuaca agak cerah. Itu yang dapat gambar cantik sikit.

      Memang agak mudah untuk ke West Lake ni, sebab dah ada metro. Berjalan pun agak selesa kerana suhu yang masih rendah lagi. Bolehlah suatu hari nanti NA sampai di sana...

      Delete
    2. Bullet train yang sama seperti Naramas naik dulu kan..teringin nak naik...insyaallah kalau ada rezeki...

      Delete
    3. Betul tu, memang banyak perjalanan dari Shanghai ke bandar2 utama menggunakan bullet train. Sangat efisyen perkhidmatannya....

      Delete
  2. salam mie,
    yang macam rumah tu ke bot besar?? wahhh...*kagum*

    amboi terus tukar gambar header nampak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam PBP,

      Haah itulah botnya, tapi tambang untuk return tiket agak mahal, walaupun bukan jauh mana...

      Hehe... tak boleh tahan nak tukar header tu. Nampak macam cantik, w'pun pakai kamera cap ayam je... *perasan*

      Delete
  3. Murahnye bullet train kat sane ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Azra, memang agak murah jika dibanding servis yang kta dapat. Tambang metro dan bas kat sana pun murah juga...

      Delete
  4. cantikla west lake tu..
    lagi2 yg kat header tu..mmg wow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat, lagi cantik rasanya kalau autumn...

      Delete
  5. Cantik gambar header tu...
    Memang cantik view kat west lake tu, nampak luas betul tasik tu dah macam laut pulak. Ramai ye local tourist masa tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik view kat tasik tu, kalau autumn lagi cantik kot. Tasik tu agak luas, tapi ada tasik yang lebih besar lagi di Hangzhou ni, cuma kurang popular...

      Delete
  6. Masuk je blog ni tgk2 header dh berubah..opss salah blog ke check blog address sekali lagi..eh dh betul..ropenya gambar di West Lake... :-)

    Mmg betullah West Lake salah satu destinasi yg wajib pergi..Bila JM tgk jer pic2 ni..wahh..cantiknya sambil berangan nk ke sana next year..hahaha..lagi best kalau dpt pegi ngan 'my prince charming' sambil jln berpegang tangan..ahakss..dalam mimpi jo lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu gambar guna kamera cap ayam je, kalau guna yang canggih manggih, tentu lebih wow...

      Wah nanti bolehlah JM ke sana dengan jejaka bertuah yang berjaya menambat hati... Berdoalah semoga yang mimpi akan jadi kenyataan, Insya Allah...

      Delete
  7. pokok tu bukan pokok sakura ke mie? kaler lebih kurang jer...kagum tengok rupa paras bullet train tu, 300++ km/h, memang sangat laju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak Orga, sebab bunganya halus je...

      Memang hebat sistem keretapi kat sana. Tiket bullet train tu pun agak murah, menepati masa...

      Delete
  8. Tak dapat le saya tengok bunga sakura dalam musim sejuk..rugi ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe MKL, boleh pergi ke Jepun pulak masa spring nanti...

      Delete
    2. Assalam. InsyaaAllah sya nak pergi Huangzhou Dec nti..since dkt ngan Shaghai boleh la prgi sekali nti.. tp boleh sya tahu visa ke china saya perlu ambil single entry atau double entries, t.kasih:)

      Delete
    3. Wsalam En Anon (nama?) Kita cuma perlu ambil single entry saja... Yang double entries tu kalau kita nak keluar contohnya ke Hong Kong atau Macau dam masuk balik ke China...

      Delete
  9. eeh CT tak pernah komen kat sini eyh.. ingatkan macam pernah !! yes yes !! west lake sangat jelita sangat cantik.. memang jatuh cinta abadi dengan west lake.. nyesal pegi hangzhou 3 hari saja.. rasa nak duduk seminggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom ke sana lagi CT...kita pergi lain musim pulak... West lake memang cantik...

      Delete
    2. jooom pakcik nak pegi lagi bila..?? nak pegi time autumn ke spring mesti cantik laaaagi kan.. CT pergi time winter pokok togel yang banyak.. yes sungguh nak pegi lagi.. pakcik jom pergi harbin ??? nak pergi sana tapi takut sebab kawasan tu lagi pedalaman and lagi susah diorang tak faham english..

      Delete
    3. Nak ke Harbin... tempat tu sejuk ekstrim kalau winter. Yang menarik sekali kat sana ada taman harimau Siberia yang ada beribu ekor harimau... Pakcik dah tak larat nak ke tempat macam tu.... Bolehlah ajak geng bulat ke sana... heheh

      Souvenir dah sampai ke belum... pos laju sebelum raya lagi...

      Delete
    4. CT nak main snow. dua kali jalan time winter tapi pergi ke tempat yang tak ada snow T.T this time nak kena cari snow jugak.. nak guling guling buat scene hindustan hihiks.. geng bulat payah nak ajak jalan-jalan. komitmen kerja diorang susah nak capai kata sepakat bab-bab travel ni..

      thank you souvenir :D

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...