Friday, April 5, 2013

Trip to Shanghai Pt 2 - Yuyuan Garden, East Nanjing Road dan The Bund

Setelah berehat sebentar, kami keluar semula. Destinasi pertama kami ialah Yuyuan Garden. Dari tempat penginapan, kami perlu bertukar dua laluan metro untuk sampai ke sana. Ada beberapa pintu keluar dari stesyen Yuyuan Garden ini. Jika mahu terus ke Yuyuan Garden boleh keluar ikut exit 1. Jika kita mahu ke Masjid di Jalan Fuyou, ambil saja exit 3.

Bunga-bunga yang  berkembang di sepanjang jalan menuju ke Yuyuan Garden yang boleh ditemui jika keluar melalui exit 1. Spring baru bermula di Shanghai.

Yuyuan Garden ialah sebuah taman klasik terkenal terletak di Anren Jie, Shanghai. Ia telah siap dibina dalam tahun 1577 oleh seorang pegawai kerajaan semasa pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644).

Dari stesyen kita perlu menapak hampir setengah kilometer untuk sampai ke Yuyuan Garden. Hampir keseluruhan bangunan di kawasan ini mempunyai binaan berkonsepkan senibina China.

Pelancung agak ramai di sini walaupun bukan cuti hujung minggu. Ini adalah di kawasan dataran berhampiran jambatan ziz-zag yang melalui tea house di tengah tasik.

Jambatan zig-zag menuju ke kawasan pintu masuk Yuyuan Garden. Boleh juga melalui jalan di sebelah kiri untuk terus ke sana jika tak mahu melalui jambatan ini. Tiket masuk yang dikenakan ialah 30 Yuan.

Banyak bangunan seperti di atas yang terdapat bahan pameran di dalamnya. Ada juga yang dijadikan kedai untuk jualan cenderamata.

Lagi suasana di dalam taman ini.

Ini adalah  di bahagian pintu keluar. Rasanya di sini tempat paling sesuai untuk mencari cenderamata kerana kedai di sini cuma mengharap pegunjung yang keluar dari taman berbanding tempat lain.  Jadi boleh tawar harga gila-gila sikit.

Bagi sesiapa yang ke Shanghai, kalau nak cari cenderamata di sinilah tempatnya. Di tempat lain tidak begitu banyak pilihannya. Setelah dapat apa yang dihajati, kami bergerak pula ke East Nanjing Road yang berselang satu stesyen saja dari Stesyen Yuyuan Garden. 

Jalan menuju ke East Nanjing Road.

Kawasan pedestrian dan tempat membelah ini adalah sepanjang lebih lima kilometer dari West ke East Nanjing Road.


 Pedestrian ini memang panjang, jadi kami berjalan tidak sampai pun separuh darinya. Tapi bagi yang malas berjalan bolehlah ambil tram yang bergerak di sepanjang jalan ini.

Di kawasan East Nanjing ini juga merupakan salah satu tempat perhentian bas city sightseeing. Terdapat dua laluan yang dilalui bas ini. Laluan 1 meliputi kawasan Puxi dan laluan 2 ke kawasan Pudong di mana letaknya kebanyakan bangunan pencakar langit di Shanghai. Kami hanya mengambil laluan 1 saja. Tambang untuk seorang ialah 30 yuan yang boleh digunakan untuk tempoh 24 jam dari waktu kita menggunakan tiket.


Tour Route
Line 1 (Red Line): 14 Stops
No. 1 Shanghai Urban Planning Exhibition Hall (No.100 People's Avenue close to Mid Xizang Rd.)
No. 2 Shanghai Art Museum (Temporary Stop now) (No.325 West Nanjing Rd. close to North Huangpi Rd.)
No. 3 Nanjing Road Pedestrian Street (Western stretch ) (Opposite to No.68 West Nanjing Rd.)
No. 4 Century Square (The corner of Nanjing Rd.and Mid Zhejiang Rd. Wing On Department Store)
No. 5 East Nanjing Road Pedestrian Street (Mid Henan Rd. Close to Metro line 10 East Nanjing Road Station No.7 Exit)
No. 6 The Bund - Garden Bridge of Shanghai (No.24 East Zhongshan No.1 Rd.)
No. 7 Customs House on the Bund (No.13 East Zhongshan No.1 Rd.)
No. 8 Huangpu River Cruise Dock Location (Xinkaihe Rd. Close to East Zhongshan No.2 Rd.)
No. 9 Shanghai Old Street (No.1 Renmin Rd Tonghanchuntang)
No. 10 City God Temple and Yu Yuan Garden (No.269 Mid Fangbang Rd.)
No. 11 Former Site Of the Korean Provisional Government (Opposite to No.322 Madang Rd.)
No. 12 The Site of the First National Congresss of the Communist Party of China. Xin Tian Di (South Huangpi Rd.close to the Rolex in Hubin Rd.)
No. 13 Huai Road (Middle ) Shopping Street (No.158 Mid Huaihai Rd.close to Huaihai Park.)
No. 14 Shanghai Museum & Shanghai Concert Hall (Pu'an Rd.close to East Yan'an Rd.)
No. 1 Shanghai Urban Planning Exhibition Hall

 LINE 2 (Green Line) : 4 Stops
No. 1 Shanghai Museum (Pu'an Rd.close to East Yan'an Rd.)
No. 2 Shanghai Urban Planning Exhibition Hall (No.100 People's Aveneu close to Mid Xizang Rd.)
No. 3 Oriental Pearl TV Tower Station (Close to No.1416 Lujiazui loop Rd.)
No. 4 Jin Mao Tower (Garden Stonebridge Rd. Huanyuanshiqiao Rd. Opposite to Gate 4 Jinmao Tower.
No. 1 Shanghai Museum (Pu'an Rd.close to East Yan'an Rd.)


Interchange of Line 1 and Line 2
Line 1: No. 1 Shanghai Urban Planning Exhibition Hall
No. 14 Shanghai Museum
Line 2: No. 1 Shanghai Museum
No. 2 Shanghai Urban Planning Exhibition Hall

City sightseeing bus bagi laluan 1 di terminal The Bund.

Jika kita menaiki bas ini pada musim sejuk lebih baik duduk di bahagian bawah saja kerana memang tak tertahan sejuknya bila bas bergerak. Dari 17 perhentian yang disediakan kami hanya turun diperhentian ke 6 saja iaitu di kawasan The Bund.

Bangunan pencakar langit di kawasan Pudong di seberang Sungai Huangpu yang dapat dilihat dari The Bund.


Deretan bangunan bersenibina Eropah di The Bund.

Kami tidak lama berada di kawasan The Bund ini. Pemandangan pun tidak begitu memuaskan kerana berjerebu. Kami ambil keputusan untuk menyambung baki perjalanan sehingga ke tempat kami mula naik tadi iaitu di East Nanjing yang mengambil masa hampir sejam kerana terpaksa berganti bas beberapa kali. Sampai di sini kami meronda lagi dan dapat jugalah menyambar beberapa helai baju sebelum pulang ke Luban Road.


Sampai di kawasan penginapan ternampak pulak orang menjual strawberi berhampiran stesyen. Harganya agak murah iaitu lebih kurang RM10 sekilo. Buahnya besar okay dan rasanya tidaklah begitu masam seperti strawberi Cameron Highlands.

Bersambung...

27 comments:

  1. lengkap betul mie...unik bila tengok senibina china dekat dataran untuk masuk ke yuyuan garden tu, baru betul-betul rasa berada di china kan, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kat kawasan sekitar Yuyuan Garden ini dipenuhi dengan bangunan bersenibina China, tapi di tempat lain macam kat tempat kita juga...

      Delete
  2. Salam Yeop

    Wow...stroberi itew..mengancam anak tekak....mahal tu Yeop...kat Egypt lagi murah dan lagi manis giler...rasa macam kunyah gula2 perisa stroberi jer rasanya...hehe...

    suker gambo dalam taman tu dengan keunikan senibina lamanyer...kalau Yong berkesempatan ke sini mau jer bergolek terlentang bergedik kat sini...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong AKS, stroberi to masih boleh lagi nak dikunyah dibanding yang di tempat kita, masam banget.

      Bolehlah nanti Shanghai jadi destinasi Yong yang seterusnya...

      Delete
  3. Salam Mie...baca internary pun da hedek...harus sesat nekcik.cantik dan mnarik...tapi nekcik teringin nak gi xian klau ada tiket murah murah...seronok klau dapat makan makanan diorang..sbb sana ramai islam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak sesat kat sana Nekcik, walaupun susah nak berkomunikasi. Yang penting kena bawa cukup bahan rujukan...

      Kat Shanghai pun agak mudah nak dapat makanan Islam, cuma kena mencari la...

      Delete
  4. Salam Mie,
    Wah cantik juga Shanghai masa musim bunga. Nampak agak berlainan suasana di Shanghai berbanding masa saya pergi Januari lalu. Masa musim sejuk tu suasana nampak redup dan sejuk tetapi yang ini nampak cerah. Tapi sayang pula semasa Mie di The Bund ia berjerebu. Pergi tak ke The Bund pada waktu malam?

    Gambar yang ke-5 kanan (Yuyuan Garden) hampir sama syotnya dengan yang saya ambil tempoh hari, jadi boleh lihat perbezaannya. Yang Mie punya ada bunga pink :).

    Jambatan zig zag di luar Yuyuan itu kelihatan kurang sesak berbanding ketika saya pergi dahulu. Mungkin kerana ketika itu ada hiasan untuk sambut Spring Festival :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam NA, itu pun masih awal musim bunga dan masih banyak pokok yang baru mengeluarkan kudup... kalau datang lewat sikit tentu lagi cantik. Saya hanya ke The Bund pada siang hari saja, katanya kalau malam lagi cantik.

      Memang setengahnya kelihatan cantik, tapi masih ada lagi pokok yang belum pun tumbuh lagi daunnya...

      Sebenarnya teramat ramai manusia kat kawasan itu, cuma kebetulan tidak berada di jambatan zig-zag tu. Ada pesta makanan berhampiran di kawasan berhampiran...

      Delete
  5. Tengok gambar and info2 kat sini, tetiba rase nak pegi Shanghai lak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah Azra asyik nak mengulang ke Seoul, sesekali bolehlah ke Shanghai pulak...

      Anyway selamat berholiday di Korea, saya menyusul Mei nanti, Insya Allah...

      Delete
  6. Ramainya manusia... tapi memang gloomy ke kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Shanghai ni, kat mana-mana pun memang ramai manusia...

      Sepanjang saya di sana macam tu lah keadaannya, memanjang berjerebu... tak tahulah musim lain...

      Delete
  7. Waa..bestnya shanghai ni. Nampak banyak bangunan moden dan cantik cantik designnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Rozita, Shanghai ni setanding dengan bandar moden lain di dunia. Sistem pengangkutannya pun efisyen...

      Delete
  8. Mie boleh bercakap bahasa cina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya langsung tak tahu berbahasa Mandarin. Yang saya tahu (xie xie) maknanya terima kasih, penting tu...

      Delete
  9. Bestnya nya Shanghai..bila baca entri ni hati tergedik2 nak ke sana...Tolong !!! heheheh

    Colorful daun2 di Yuyuan Garden..Ohh..cantik betul ciptaan Allah ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah letak dalam senarai untuk ke Shanghai pulak. Apa yang saya suka, kos percutian di China ni boleh dikatakan agak murah...

      Kalau musim gugur, mungkin lebih cantik pemandangan kat Yuyuan Garden tu...

      Delete
  10. Cuaca mendung...sejuk nampak suasana di Shanghai...bagus gak kalau panas rimas dengan peluh...cuaca nyaman cam tu ok pada saya lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat selesa kalau ke sana dalam suhu sederhana. Jalan pun kurang letih dan berpeluh...

      Delete
  11. Errrr... Bestnyer! Oct bakal ke sana sbb keje. And mula2 mcm taknak extend tp bila da baca travelog awak ni... Terus rasa nk buat itinerary! Nnt senang nk bg date kat opis. Haha

    Thks!! -fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bertugas dan jangan lupa memblog.... Insya Allah semuanya ok nanti... Jangan lupa cari sate di masjid Xiao Tau Yuan dan mee tarik. Sangat sodap...

      Delete
  12. Musim sekarang musim sejuk.....best kan..tak secantik musim yang anda pergi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa pergi pun belum masuk musim bunga sepenuhnya, tapi agak cantilah jugak...

      Delete
  13. Nak tanya, utk city sight seeing bus tu, dekat mana ye nk dpt tiketnya ? Lps tu adakah tiket tu sah utk semua tempat kita pergi tanpa perlu membuat bayaran semula setelah berhenti pada satu stesyen . Terima Kkasih

    ReplyDelete
  14. Nak tanya, utk city sight seeing bus tu, dekat mana ye nk dpt tiketnya ? Lps tu adakah tiket tu sah utk semua tempat kita pergi tanpa perlu membuat bayaran semula setelah berhenti pada satu stesyen . Terima Kkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiketnya boleh di beli di bas dan sah laku selama 24 jam. Turun naik di mana2 kita suka tanpa perlu bayar lain...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...