Monday, May 6, 2013

Trip to Shanghai Pt 8 - Restoran Xinjiang, Masjid Taipingfang, Suzhou dan pulang

Masa di dalam teksi, kami ada menunjukkan gambar masjid berserta alamatnya dalam bahasa Mandarin kepada pemandu teksi. Dia kata  tahu tempat tu, tapi akhirnya kami diberhentikan di sebuah restoran makanan halal Xinjiang. Bila ditunjukkan semula gambar masjid tu dia kata tak tahu. Tak apa lah yang penting kami kena makan dulu.

Restoran makanan etnik Xinjiang di Suzhou. Ada juga gerai sate kambing di hadapannya.
Alamat : Xinjiang Pamer Muslim Restaurant, No 25, Shi Road, Suzhou

Antara makanan yang kami pesan. Sate kambing di sini agak besar saiznya.

Selesai makan kami menumpang bersolat di restoran ini yang terletak di tingkat atas. Sebenarnya bukan bilik khas untuk solat tetapi salah satu bilik makan  yang kebetulan masa itu tiada orang di dalamnya. Misi seterusnya ialan mencari masjid Taipingfang yang terletak tidak jauh dari sini mengikut kata tuanpunya restoran. 

Masjid Taipingfang, Suzhou

Kedudukan masjid ini agak tersorok di satu lorong. Nasib baik kami sudah menunaikan kewajipan, kerana masjid ini sedang dalam proses pengubahsuaian bahagian dalamnya dan tidak dibenarkan untuk masuk. Menurut info yang kami dapati, ada terdapat kafe di bahagian bawah masjid ini. Terdapat juga kedai menjual daging halal yang terletak di sebelah masjid dan dibuka seperti biasa. Di simpang berhampiran masjid ini kami terjumpa dengan kumpulan rombongan dari Johor Bahru yang baru sampai dari Beijing dengan bullet train dan meneruskan perjalanan ke Shanghai dengan bas.

Beca masih lagi digunakan di bandar Suzhou.


Tak lama kami di sini, dan seterusnya mencari teksi untuk balik ke stesyen. Di sini pun agak susah untuk mendapatkan teksi. Tetapi tiba-tiba ada pula sebuah kereta persendirian yang menawarkan untuk menghantar kami ke stesyen. Ini kira sudah cukup baik walaupun tambangnya agak lebih mahal.

Stesyen kereta api bandar Suzhou

Orang sentiasa ramai tak kira masa di semua stesyen kereta api di Shanghai, Hangzhou dan Suzhou.


Di stesyen ini tempat menjual tiket hanya terletak di luar kawasan berlepas tidak seperti stesyen Shanghai Hongqiao. Jadi kena pastikan kita beli tiket sebelum masuk. Tiket yang kami dapat ialah pada jam 4.30 petang, walaupun sebenarnya kami mahu tiket yang lebih awal. Tapi tiket yang kami dapat untuk trip kali ini hampir dua kali ganda harganya dari tiket semasa datang ke sini. Tapi kerana masalah komunikasi kami tak mampu bertanyakannya.


Kereta api sampai tepat pada masanya. Tapi koc kami ialah koc ke 16 iaitu di bahagian belakang sekali. Rasa macam hampir setengah km panjangnya. Setelah masuk baru kami sedar, patutlah harganya berganda. Rupanya koc yang kami dapat ialah koc eksekutif. Tapi rasa macam tak berbaloi kerana perjalanan tak sampai pun setengah jam.


Sampai di stesyen, kami tidak terus ke hotel untuk mengambil beg. Kebetulan di sini terdapat dua laluan subway yang menuju Shanghai. Salah satunya terus menghubungkan Yuyuan Garden tanpa perlu menukar subway.  Jadi kami fikir ada baiknya kami terus ke sana dan singgah di Masjid Fuyou untuk selesaikan kewajipan sebelum mengambil beg untuk ke airport. Lagipun hari sudah mulai gelap.

Flight delay hampir sejam.

Masuk waktu subuh, tapi tak tahu di mana lokasi ini.

Perairan Port Dickson.

Kami jangkakan akan sampai di LCCT sebelum waktu subuh tapi terlambat sikit disebabkan flight delay di Shanghai. Orang yang menunggu kami di airport pun sudah merungut.

Sekian coretan perjalanan kami ke Shanghai, Hangzhou dan Suzhou. Sehingga trip berikutnya pada pertengahan Mei nanti. Insya Allah...

26 comments:

  1. Aha akhkrnya dh abis citer shanghai, apa ada lagi trip tghan mei bestnya. Epi holiday coz coz JM hanya mampu follow dr jauh huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ada trip lagi pertengahan Mei ini. Kebetulan bodyguard kami pun baru habis peperiksaannya. Jadi dapatlah ikut sekali...

      Delete
  2. Menariknya perjalanan ini. Terliur saya melihatkan makanan yang terhidang itu.

    Orang sentiasa ramai di mana-mana di China.

    Masalah orang China yang ramai tak tahu Bahasa Inggeris, membuat kita tidak dapat memilih mengikut kehendak kita.

    Nak ke mana Mei nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe nanti bila NA mengulang ke Shanghai bolehlah singgah restoran tu.

      Memang masalah utama kat China ialah untuk berkomunikasi, tapi saya seronok ke sana...

      Nak ke mana Mei nanti, tunggu... hehe (tambahan seorang bodyguard lagi ikut menyertai kami)

      Delete
    2. He he he suspen ni...ke mana agaknya?

      Delete
    3. Dah ramai rakan blogger ke sini tahun ini. Kali ini giliran kami pulak...

      Delete
  3. Pencucuk sate tu besi eh?

    Best betul dpt tengok tmpt org..lain padang lain belalang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Ujie pencucuk sate tu guna besi. Bagus juga kerana boleh kitar semula...

      Memang best, lagi pun kos melancong di China ni agak rendah dan mudah juga nak dapat makanan halal...

      Delete
    2. Bijak jugak, tak payah beli lidi sate. Jimat.

      Delete
  4. Ramainya manusia kat stesen keretapi tu... boleh pitam dibuatnya. Alhamdulillah dah habis. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu lah Janggel keadaannya kat China, manusia ramai di mana-mana...

      Delete
  5. Cantik bunga merah kat ranting pokok tu. Bunga tu cam sinonim dgn negra china ek. Terliur tengok sate kambing besar besar tu. Ramainya org kat stesyen tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya nampak bunga macam tu memang banyak kat China, macam cherry blossom kat Jepun...

      Sate kat sana memang sangat sedap dan unik rasanya, walaupun tak pakai kuah...

      Delete
  6. Salam Mie...ha ha..nekcik da tau kot...biarlah rahsia!!
    seronoknya tengok gambar gambar Mie yang banyak ni..macam sudah berada di sana pulak..
    Aduhai kenapa tak bawak balik teko tu kat nekcik??
    Tak payah nekcik pergi sana beli!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Mie..termasuk rumah orang lak ni!!

      Delete
    2. Puteri bongsu Nekcik pun ada blog ke...

      Oh ye ke Nekcik dah tau... hehe

      Itulah Nekcik, jadikan Shanghai ni untuk next trip Nekcik, memang berbaloi...

      Delete
    3. Tak tau pulak Nekcik ni suka teko. Tentu dak banyak koleksi agaknya...

      Yang kat foto tu teko restoran punya, tapi kalau saya tau ada orang suka, saya dah seludup bawak balik... hehe

      Delete
  7. bestnya dapat jalan2 jauh begini selalu kan... :) tumpang seronok tgok gambar2 pengembaraan org.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya jalan2 cara bajet je. Beli tiket masa promosi. Dela pun boleh...

      Delete
  8. dah balik kl baru dapat BW, dekat kg, tenet slow sangat, buka blog, gambar tak keluar, baca takda gambar feel tak sampai, hehe...amvoi mie, dah ada plan utk mei yer, jelesnyer...masalah jugak tu, even tunjuk gambar dengan tulisan mandirin, still taktau tempat lagi driver teksi ni, nasib baik dekat jer...tunggu entry baru pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala Orga, tempat yang saya nak pergi ni, semua blogger dah pergi... saya je yang tertinggal keretapi...

      Komunikasi memang masalah utama kalau ke China, tapi best dan kos pun agak rendah...

      Delete
  9. sate..cucuk dengan besi! Terbaek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara ini mungkin sesuai untuk yang makan di restoran, kalau untuk bawa balik biasanya guna seakan lidi je...

      Delete
  10. bagus nih for my reference..... follow u... :)

    ReplyDelete
  11. Amboi...doa misi saya berjaya ke shanghai, Suzhou dan Hangzhou.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... moga perjalanan MKL ke sana selamat pergi dan balik... mungkin boleh buat yang lebih baik daripada saya... Memang berbaloi kerana dapat pergi tiga bandar sekali gus dalam satu trip...

      Pergi solo ke...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...