Dari China Pavilion kami bergerak semula menuju ke Yuyuan Garden. Sebelumnya kami ada ternampak sebuah restoran halal di situ dan sudah mengenalpasti lokasinya. Tapi agak susah untuk mencarinya semula kerana kedudukannya di satu jalan yang agak tersorok. Tapi akhirnya kami jumpa juga.
Kami memilih tiga makanan yang berlainan. Lamien tetap ada.
Kawasan Yuyuan Garden ini merupakan tempat yang paling sesuai sekali untuk mendapatkan cenderamata jika ke Shanghai. Sempat kami meronda di kawasan ini bagi pusingan kedua untuk mencari apa-apa yang masih tertinggal.
Antara deretan kedai cenderamata di kawasan Yuyuan Garden.
Bagi mereka yang hendak ke Masjid Jalan Fuyou, cara paling mudah ialah keluar melalui exit 3 di stesyen Yuyuan Garden. Exit 3 ini terletak betul-betul di persimpangan Jalan Fuyou dan masjidnya terletak kira-kira 200m dari situ.
Masjid Jalan Fuyou, Yuyuan Garden. Dari luar nampak kecil, tapi bahagian dalamnya agak luas.
Gerai kecil bersebelahan masjid. Ada karipap inti sayur dan ondeh-ondeh...
Dari sini kami mencuba untuk mencari satu lagi masjid yang agak besar di Shanghai ini. Masjid itu ialah Masjid Xiao Tao Yuan di mana terdapat masjid berasingan untuk wanita. Ia terletak kira-kira 1km dari Yuyuan Garden. Untuk ke sana kami mengambil teksi dan menunjukkan peta serta tulisan dalam bahasa China kepada pemandunya.
Pemandangan masjid dari jejantas yang mempunyai escalator dan lif.
Dua masjid yang terletak berdekatan.
Pandangan masjid dari hadapan.
Gerai menjual makanan dan kueh tempatan di hadapan masjid wanita.
Masjid untuk lelaki dan masjid wanita yang terletak berhampiran.
Antara yang paling saya nak cari di sini ialah sate kambing seperti yang di ceritakan oleh blogger Nota Kembara. Gerai ini hanya ada pada hari Jumaat sahaja dan kami dah set untuk ke sini pada hari tersebut. Memang tak sia-sia kami ke sini. Cuma sate yang dijual agak terhad dan ramai yang menunggu. Kami cuma dapat 10 cucuk sahaja. Rasanya memang sangat sedap. Daging kambingnya pun lembut dan aromanya sukar digambarkan. Tak perlu kuah macam sate di tempat kita. Dah tu tak perlu nak bungkus bagai, hulur macam tu saja kepada pelanggan. Harganya cuma 3 yuan secucuk.
Bukan main smart lagi penjual sate di sini.
Dari sini kami bergerak semula ke Yuyuan Garden untuk meneruskan perjalanan ke East Nanjing Road untuk kali kedua. Ada sedikit pakaian yang nak dibeli buat mereka yang tak dapat menyertai acara jalan-jalan kami pada kali ini.
Esoknya kami akan meneruskan perjalanan ke bandar Suzhou pula...
En Mie,
ReplyDeletePortion makan dorang cukup byk kan..leh mkn utk 2 org..tapi hairan dorang buncit2 mcm org msia..ooopss..habislahhh
Aha..JM pun pernah mkn sate kambing tu di pintu masuk Zoo di Guangzhou tp dia jual 3 cucuk 10yuan..mmg sedap sgt..panas2 mkn time sejuk..wollaaah..heee
Memang saiz makanan agak besar, tapi kena dengan selera, semuanya licin. Betul tu JM, memang jarang nampak orang yang obes kat sana...
DeleteTidak dinafikan sate tu memang sangat sedap, rugi sesiapa yang ke China tak mencubanya...
Yay! Mie sudah berjaya makan sate kambing sedap tu! Memang sedap, kan? Penjual sate tu orang yang sama semasa saya pergi Winter yang lalu. Saiznya memang besar. Dagingnya lembut. Saya makan 12 cucuk sebab saya lapar sangat hari itu. Lagipun ia sedap. Itulah brunch & dinner saya.
DeleteWanita yang berniaga depan masjid wanita itu juga orang yang sama he he he. Biskut kacang yang dijual tu sedap. Ada beli tak?
Cantik pulak pokok bunga merah depan masjid tu. Masa saya ke sana tempoh hari dahannya rangka saja. Sebab masa tu musim sejuk.
Orang China kurus-kurus belaka. Jarang nampak yang gemuk. Permakanan dan gaya hidup mereka yang membuatkan mereka begitu.
Mie pun dah pandai makan lamien sekarang :)
Memang tak sia-sia saya datang ke situ untuk merasa sate kambing seperti yang NA makan. Patutnya kami bertiga boleh habis 20 cucuk, tapi stok terhad.
DeleteBanyak juga cik wife memborong kueh-kueh tu untuk rakan sepejabatnya.
Haah pada masa tu musim bunga sudah bermula tapi belum waktu puncak lagi jadi yang masih ada sebahagiannya yang masih belum berbunga.
Lamien, katanya ada restoran mee tarik tu di Sungai Besi...
Ya lamien ada di Sunga Besi, dekat balai polis, kata kawan saya.
DeleteSaya dah dapat alamatnya dari rakan blogger:
DeleteMee Tarik Warisan Asli,
51A Jalan Tasik Utama 3,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sg. Besi
Wow! Alamat yang lengkap! InsyaAllah kalau ke sana saya nak cari tempat ni. Kawan saya Yanie, yang backpack sekali dgn saya ke Haerbin tempoh hari pun dah pergi, dia tunjukkan gambar kedai itu sama macam kedai makan di China, siap dengan gambar-gambar menu di dinding, sebiji macam di China. Tukang masaknya dibawa khas dari China.
DeleteTerima kasih dengan alamat lengkap ni :) Syukran!
Err..musykil sbnrnya nk panggil mie ke..en mie ke..abg mie..
ReplyDeleteSukernyaa saya kalau baca entry china nih kt mane2 blog..xtau aa pesal..
Saya dh pasang niat nk g Shanghai ni..tunggu masa yg sesuai je..
Sate tu kalau version ayam ader ke? Sbb kalau org g china majoriti mkn kambing je..Sy xmakan mane kambing nih..huhu
niL... panggil Uncle pun boleh... hehe
DeleteSate tu tak jumpa pun yang versi ayam. Tapi percayalah sate tu tak berbau kambing langsung dan tersangatlah sodap kan JM...
Yer..setuju sangat..tak rasa kamben langsung..masuk mulut je..YUMMY..lembut sgt..tak rasa mcm daging..lebih sedap dari sate ayam..argghh..terliur nehhh
DeleteSetuju dengan JM, lebih sedap dari sate ayam...
DeleteOnde2 pun ada? Sama pulak dgn kita ya..
ReplyDeleteBunga merah cantik tu apa ya? Sakura ke?
Secara fizikalnya memang sama seperti onde-onde di tempat kita, cuma intinya ialah kacang merah. Sodap...
DeleteRasanya bukan bunga sakura sebab agak halus dan warnanya pun agak garang. Lagipun masa tu belum masuk musim bunga lagi...
salam Mie..alahaii menggoda sungguh gambar makanan kat sana tu..dan ditambah pulak dengan gambar masjid tu...menggamit jiwa raga...insyaallah
ReplyDeleteTu lah Nekcik kat sana boleh dikatakan senang untuk dapat makanan halal dan kena pulak dengan selera kita. So apa lagi... next trip Shanghai...
DeleteSalam YeOP
ReplyDeleteAaaahhhhhh...tension jer baca....satay kamben tu....huh....
W'salam ASP,
DeleteSate tu dijamin sodap dan makanan halal agak mudah didapati di sana. Bandarnya pun bersih dan cantik. Bolehlah untuk dijadikan destinasi ASP seterusnya...
ahaha...giler smart penjual satay tu, siap pakai kot lagi. wah...dah ada 2 review yang cakap sedap sate ni, kalau pergi memang wajib try lah. lokasi pun senang, dekat dengan masjid jer...
ReplyDeleteSmart sebab sejuk kot Orga. Memang dijamin sedap dan pastikan ke sana hari Jumaat...
Deletecantiknya kawasan sekita bandar ni....
ReplyDeleteMie..
Bunga merah depan masjid tu sakura ke... sakura ada ke kat China??
Hebat...org yg jual sate pakai kot.... macam org kerja opis lak...
Memang bandar Shanghai ni agak cantik dan bersih...
DeleteMungkin ada bunga sakura di China cuma saya je yang tak kenal.
Pakai kot tu yang menambahkan kesedapan sate yang dijual... ahak
perh...ingatkan pelanggan, rupanya penjual sate..cantik kot dia
ReplyDeleteAnn, mungkin dah kebiasaan, lagipun masa tu suhu memang masih sejuk lagi, 8 darjah Celcius...
DeleteSate ayam dan daging kegemaran saya....mesti cuba sate kambing ye.
ReplyDeleteMemang kena cuba... tak berbau kambing langsung dan lembut dagingnya. Percayalah MKL boleh habiskan lebih 10 cucuk nanti...
Deletealaa sate ni ada hari jumaat jer ke coz saya bertolak dari kl - shanghai hari jumaat bln 12 nnt
ReplyDeleteSate kambing ni boleh di dapati di restoran China Muslim yang besar... kalau restoran kecil memang tak ada...
Delete