Tuesday, April 2, 2013

Trip to Shanghai Pt 1

Pada mulanya nampak macam 6H5M (26-31/3) percutian kami kali ini, tapi bila dibelek-belek rupanya dalam 4H3M saja. Macam mana tu? Sebenarnya flight kami ke Shanghai berlepas pada jam 7.35 malam dan sampai di Shanghai Pudong International Airport pada jam 1.05 pagi. Jadi alang-alang dah sampai lewat sangat jadi malam tu kami tak booking hotel pun, cuma melepak kat airport sampai pagi. Ramai pulak yang join dengan kami kat situ. Tempat duduk pun memang disediakan dan siap dengan terminal mengecas handphone sekali. Waktu balik pula flight berlepas pada jam 1.45 pagi dan sampai LCCT pada jam 7.15 pagi. Jadi pada hari terakhir pun kami tak perlu booking hotel. Walaubagaimanapun kami gunakan sepenuhnya tempoh empat hari itu untuk keseberapa banyak tempat dan destinasi yang termampu.
 
The Bodyguard
 
Tempat kami melepak pagi tu
 
Pilih saja pengangkutan yang diperlukan - Metro, bas atau Maglev untuk ke pusat bandar Shanghai. Stesyen teksi terletak berasingan iaitu hampir dengan terminal. Tambang Maglev pula adalah yang paling mahal.
 
Maglev - It is the first commercially operated high-speed magnetic levitation line in the world and only the third Maglev line to be operated. The train line was designed to connect Shanghai Pudong International Airport and the outskirts of central Pudong where passengers could interchange to the Shanghai Metro to continue their trip to the city center.
 
Kena ada metro map supaya tak tersalah laluan nanti.
 
 Sistem Metro Shanghai ini adalah bersepadu, jadi untuk ke sesuatu destinasi tertentu, pilih saja laluan terakhir di mana stesyen kita berada. Tambang Metro di China mungkin antara yang termurah di dunia. Tambang dari airport ke lokasi penginapan kami cuma 7 Yuan saja (RM3.50) yang melalui 22 perhentian. Tiketnya menggunakan sistem kad tidak seperti di Shenzhen yang menggunakan cip plastik.
 
Mesin tiket dwibahasa yang sangat mudah digunakan.
 
Luban Road Station. Proton Persona ni macam menyambut kedatangan kami ke sini.
 
Alhamdulillah kami sampai di Luban Road Station tanpa sebarang masalah, walaupun terpaksa bersesak dengan warga Shanghai yang hendak pergi bekerja apabila bertukar train di interchange Century Avenue. Tempat penginapan kami pula terletak hanya di seberang jalan stesyen ini. Nasib kami agak baik kerana dibenarkan untuk check in walaupun baru jam 9 pagi. Ingatkan cuma nak tinggalkan beg dulu dan check in kemudian. Sempat bersarapan dengan bekalan yang dibawa dan berehat sebentar sebelum kami keluar semula.
 
Bersambung...

54 comments:

  1. Replies
    1. Amat mudah, sebab petunjuk jalan semua lengkap. Sistem pengangkutan di Shanghai pun lebih cekap berbanding tempat kita...

      Delete
    2. Ya, saya setuju, memang di sana amat mudah.

      Delete
    3. NA pun akui, jadi zette, apa lagi... AA offer masih berjalan lagi tu, bolehlah sambar tiket ke sana...

      Delete
  2. melepak sungguh dekat airport tu mie, boleh lena ker? hehe...boleh tahan jugak yer persona sampai boleh ada dekat shanghai, jarang nampak kete tempatan dekat luar,sebab kebanyakan tempat lebih utamakan brand diorang sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah tak lena, tapi selamat kos penginapan untuk semalam... hehe

      Haah, secara kebetulah kereta tu ada di situ, lepas tu satu pun tak nampak kat mana-mana..

      Delete
  3. saya tak brape gemar skit kalo airport ni takde karpet kat lantai. hahah sbbnya kalo ade karpet, main taram je golek2 atas karpet kalo nak tido. tapi kalo jenis yg xde karpet, kureng skit sbb sejuk.

    teringin nk g shanghai sbb tgk cite james bond yg baru ni. colorful sungguh time waktu malam. tp antara city yang paling tercemar udara di china. if i'm not mistaken.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul tu HF, memang agak sejuk, lebih2 lagi suhu di luar pun masih 8 darjah. Karpet cuma ada kat balai berlepas.

      Nak kata tercemar sangat tak juga kot sebab tak banyak kenderaan macam kat KL. Mungkin kat kawasan industri di pinggir Shanghai...

      Delete
  4. Rm3.50 utk 22 perhentian..wow..murah!

    Ni tak ikut agent kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat murah Ujie...

      Memang pergi redah sendiri, jauh jimat berbanding dengan pakej. Lagipun tak terikat dengan masa...

      Delete
  5. Eh....murahnya. bajet keseluruhan berapa bro tolak flight.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Return tiket untuk flight masa tu dapat dalam RM600. Penginapan untuk tiga malam dalam RM100. Perbelanjaan tambahan tu terpulanglah, sebab banyak juga tempat yang perlu bayaran masuk. Tapi boleh skip jika tak
      mahu. Rasanya dalam RM1000 seorang jugalah, tapi tak termasuk shopping.
      Murah tu...

      Delete
    2. Ok2. Kalo backpacker ni lg jimat ni hehehe

      Delete
  6. Salam Mie...wah dah sampai shanghai...bagus2...tumpang seronok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesaja mencuba destinasi baru... memang menarik dan tidak mengecewakan...

      Delete
  7. wahhh sambung lagi.. x sabar nk tau.. sbenarnye airport pudong ni mmg sgt dekat la dgn city die..sbb dgr cite kalo trn hangzhou bas ke city teramat mahal.. mcm mane dgn metro? ade daily pass ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Doc,

      Airport Pudong ni memang tidak begitu jauh dari pusat bandar. Pasal ke Hangzhou boleh naik bullet train je, dalan RM35 sehala. Nanti saya cerita tentang tu, sbb saya pun turun ke sana. Kalau ikutkan memang ada daily pass, tapi tambang dah memang murah dan sistemnya amat efisyen jadi macam tak perlukan tu semua...

      Delete
  8. Ni how ma??? kaki nekcik pun dah gatal dah tengok Mie melangkah dan meredah!!! ....macam sama jek stail kita ye...nak jimat..lepak kat airport berjam jam kan!! janji dapat mengembara dan murah!!! Alhamdulilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita serupa... kita serupa... hehe. Ye lah NekCik kos benjalan dengan keluarga ni agak tinggi kalau dibandinkang pergi secara solo atau dengan kawan-kawan....

      Delete
    2. Mmg mahal sebab bankernya satu...cuma senang sikit pasal takpayah guna sempoa.....takde maknanya kan!!!!!

      Delete
    3. Takpe Nekcik kita buat tabung ayam, bila dah penuh bolehlah melepas gian berjalan tu... Saya sekarang bila berjalan cuma bawa siapa yang free je, tak bawa semua macam dedulu...

      Delete
  9. Siapa dia, The Bodyguard? Mie mengupah Bodyguard?

    ReplyDelete
    Replies
    1. That my son la Mr Larry. Tolong bawa barang, naik tangga turun tangga dan lain-lain urusan...

      Delete
  10. Best kalau dapat tempat tinggal yg dekat ngan metro atau station. Tak penat menapak. Rasa macam nak follow itinerary mie kalau ke shanghai hangzhou nanti. Boleh ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja asal sanggup duduk kat backpacker hostel. Tapi biliknya lengkap dengan bilik air, cuma tak glamer...

      Delete
    2. Saya pun tinggal di backpacker hostel :). Murah. Dekat dengan Metro juga. Tapi hostel yg saya duduk tu ada anjing :(

      Delete
    3. Tapi berhampiran hostel yang saya inapi tak ada restoran halal seperti yang NA dapat, cuma banyak kedai jual buah-buahan...

      Delete
  11. Replies
    1. Bercuti mestilah best CT, walaupun bajet ciput je...

      Delete
  12. Wah..bestnya da bodyguard besor..takut nya heeeee..

    Nn Mie, Waktu saya ke Shenzen hari tu..kami tanya di Metro Station Information dan memang ada Card - Shenzen Tong tapi kami tak beli sbb kos sekeping card adalah RMB100 (RMB50 deposit dan RMB50 lagi for credit dlm card). so bila return balik card tu leh dpt balik deposit RMB50 tadi. Oleh kerana kami di Shenzen hanya 2 hari 1 mlm so tak berbaloi nak beli card tu just guna Cip Plastik (like token) semasa beli tiket di Vending Machine

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang ada boduguard ni, boleh tolong bawa barang... hehe

      Owh ada juga metro card kat Shenzhen. Tapi kalau cuma dua hari rasanya memang tak perlu kad tu. Tiket guna cip plastik tu macam tak best je kan. Di Shanghai guna sistem kad dan nampak lebih canggih. Tapi yang saya suka tiket metro kat China ni memang murah...

      Delete
  13. Enjoy...walaupun 4 hari 3 malam...kalau kena gaya banyak tempat dpt pi lawat guna seminimum duit kan...Pasti Mie dah balik...habis budget berapa belanja di Shanghai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam AndaQue,

      Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Selepas balik dengar pulak ada kes selsema burung di Shanghai tu,

      Bajet: Masa tu kami dapt tiket flight RM600+ return utk seorang. Lodging kami ambil backpacker dan selebihnya, makan, tiket kereta api dan lain-lain tiket lebih kurang RM2K untuk tiga orang. Kira Ok lah tu...

      Delete
  14. Assalam..
    Errmm.. Pompuan nak travel solo selamat tak kat sana? Sy nak ke sana oct InsyaAllah.

    Thks,
    Fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Fiza,

      Rasanya takde masalah. Salah seorang blogger yang pernah ke sana secara solo ialah Naramas Aman. Sila skodeng blognya di http://nota-kembara.blogspot.com/

      Masa saya ke sana pun memang tidak ada gangguan kecuali masalah komunikasi. Tapi kalau perempuan kalau dapat elakkan jalan waktu malam...

      Moga dapat membantu...

      Delete
  15. Assalamualaikom...

    Sdr tinggal d hotel mana...? Berapa kadar nyaa...Dari Airport Pudong naik apa...dn mcmana nk ke hotel tuu..
    Tkasih atas maklum balas anda...

    Dr: Pakcik Norrol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakcik Norrol, sila email saya di alangsbs@yahoo.com. TQ

      Delete
  16. Salam.. Saya plan nak pergi Shanghai bulan Jan 2014.. kalau boleh saya nak tanya nama hotel sebab nak buat rujukan. since saya pun backpack jer berdua dengan kawan . TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah nak ke Shanghai... memang belum ramai blogger ke sana padahal tempatnya agak menarik.

      Saya menginap di Blue Mountain Youth Hostel. Dekan sangat dengan stesyen subway Luban Road. Saya ambil bilik bertiga dengan bilik air sekali.

      Jangan lupa untuk ke Hangzhou dan Suzhou sekali....

      Delete
    2. OK.. terima kasih saya pun tgh tgk hostel tuh. ^^ Insyaallah kalau sempat nak pergi jugak

      Delete
  17. Replies
    1. Silakan... memang best gi Shanghai ni... Anyway selamat jalan...

      Delete
  18. thnaks for the info and stories.. memang cari cari sangat info yang lengkap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya belum ramai blogger yang buat liputan trip ke Shanghai ni. Dulu pun saya ada rujuk beberapa blog dan selainnya saya redah je...

      Thanks for coming here... semoga dapat membantu Yus di sana nanti.

      Delete
  19. Salam. Kat shanghai guna mata wang ape ye? Prefer dollar atau mata wang diaorg sendiri? Sy ade keje di sane dn djangka pegi 11mei mnginap di Dorsett hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat China mereka guna mata wang yuan... siap-siap tukar kat Malaysia lagi baik. Anyway selamat bertugas dan TQ sebab singgah di sini...

      Delete
  20. Salam. Kat shanghai guna mata wang ape ye? Prefer dollar atau mata wang diaorg sendiri? Sy ade keje di sane dn djangka pegi 11mei mnginap di Dorsett hotel.

    ReplyDelete
  21. Saya akan ke Shanghai bulan Sept 2015 nanti... apa nama hotel yang u stay kat sana? Brapa harga? Thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tinggal di hostel... Blue Mountain Youth Hostel..ada bilik air sekali. Lokasinya dekat sangat dengan stesyen metro Luban Road. Harga untuk tiga orang sebilik lebih kurang RM100/malam...

      Delete
  22. salam...akan ke shanghai utk kerja 30 march - 1 april... akan menginap di hilton. bawa anak 1 tahun. nak tanye..senang x nak cari tempat makan area sana. jenis pengangkutan yang disarankan? maklumla bawa baby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Metro adalah pengangkutan yang paling mudah, murah dan banyak linenya... Boleh juga kalau nak guna teksi kalau bawa baby...

      Delete
  23. salam...akan ke shanghai utk kerja 30 march - 1 april... akan menginap di hilton. bawa anak 1 tahun. nak tanye..senang x nak cari tempat makan area sana. jenis pengangkutan yang disarankan? maklumla bawa baby.

    iefa

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Iefa...Saya tak pasti Hilton di kawasan mana...tapi kalau tanya kat kauner hotel mungkin diaorang boleh beritau tempat makanan halal. Saya cari makanan halal di sekitar kawasan Yuyuan Garden. Dekat masjid Fuyou Road di situ ada orang jual makanan halal...

      Tapi yang senang bawa je makanan sendiri...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...