Misi seterusnya ialah untuk ke Masjid Phoenix. Walaupun berbekalkan peta tapi masih juga sesat barat untuk mencari lokasinya. Dalam sesat itulah kami terjumpa dengan sebuah restoran muslim. Banyak kali kami bertanya kepada orang yang lalu lalang tapi akhirnya pemilik kedai muslim tu yang dapat menyelesaikan masalah.
Banyak kedai-kedai berjenama mewah terletak di sepanjang jalan menghadapi West Lake ini.
Restoran muslim yang kami jumpa secara kebetulan
Sebaik lalu di hadapan restoran ini pemiliknya sudah melemparkan senyuman. Hilang semua rasa penat. Alang-alang sudah terjumpa restoran ini, kami ambil keputusan untuk makan tengah hari di sini saja, walaupun kami tahu berhampiran masjid pun ada restoran muslim. Tapi masjidnya pun belum nampak bayang lagi. Kami makan lamien, iaitu seakan-akan mee sup yang dicampur daging kambing.
Mee akan hanya disediakan jika ada pesanan. Mangkuknya besar gedabak, tapi sedap punya pasal, habis semua kami bedal.
Harga untuk tiga mangkuk lamien bersama dengan tiga botol minuman tak sampai RM20. Agak murah tu. Selesai makan kami tanya lokasi Masjid Phoenix dengan menunjukkan gambarnya. Cepat saja dia tunjuk. Rupanya dah tak jauh dari restoran tersebut. Masjid ini terletak di permulaan pedestrian street di bandar Hangzhou ini. Di hadapan masjid ini terdapat sebuah hotel yang sangat sesuai jika bercadang untuk menginap di Hangzhou. Hotel itu ialah hotel JinJiang Inn yang terletak di Zhongshan Middle Road.
X - Lokasi Masjid Phoenix. Sementara garisan berwarna merah ialah kawasan pedestrian.
X - Restoran halal, tapi bukan restoran yang kami singgahi sebab terlupa lokasinya.
Restoran halal berhampiran Masjid Phoenix.
Tidak banyak kenderaan, walaupun bandar ini agak besar. Foto ini diambil dari atas jejantas. Yang bagusnya jejantas ini mempunyai escalator.
Terserempak dengan 'kawan lama' di satu persimpangan
Bahagian hadapan pintu utama di bahagian luar masjid yang terletak di permulaan kawasan pedestrian di Zhongshan Middle Road.
Pejabat masjid yang bersambung dengan pintu utama.
Info mengenai sejarah masjid ini.
Masjid Phoenix ini diiktiraf sebagai tapak warisan yang penting bagi bandar Hangzhou. Ia di buka untuk lawatan untuk semua orang.
Ruang solat kedua. Agak besar saiz masjid ini.
Selesai menyelesaikan kewajipan kami beredar semula untuk meronda di sepanjang pedestrian yang agak panjang. Lagipun kami perlu balik pada hari yang sama. Risau pulak kehabisan tiket untuk balik ke Shanghai.
Kawasan pedestrian di hadapan masjid. Tidak banyak peniaga jalanan di sini.
Crocodile jadi Clio Coddle... macam-macam kat China ni
Memasuki kawasan pedestrian di kawasan Hefang Old Road.
Membuat gula ketuk bercampur kacang
Membuat sikat dari tanduk
Kebanyakan barangan cenderamata di sini adalah yang berunsur kesenian orang China. Tidak berjumpa langsung dengan kedai yang menjual FM. T-Shirt yang berunsur bandar Hangzhou pun tak ada. Jadinya memang kami tak membeli apa-apa pun cenderamata di sini. Cik wife ada menyambar sedikit barangan personal dia. Anggaran panjang jalan ini lebih satu kilometer. Nasib baik cuaca agak nyaman, jadi taklah terasa penat sangat. Tapi untuk balik semula ke stesyen keretapi, memang tak larat dah walaupun tidak begitu jauh. Dari kini kami mengambil teksi saja untuk ke stesyen kereta api. Dapat tiket bullet train untuk perjalanan jam tujuh malam. Huh...lega. Maka tamatlah lawatan kami sehari suntuk ke bandar Hangzhou.
Salam Mie...boleh kita buat geng kembara masjid..insyaallah
ReplyDeleteSaya pun nak masuk geng ni :).
DeleteMie, seronok saya tengok gambar masjid di sini, kawasan Islam dan restorennya. Info yang Mie beri tentang hotel berdekatan dengan kawasan masjid ini amat berguna. Bolehlah saya menginap di sini (kalau-kalau ke sini).
Wah Mie dah dapat makan lamien! Sedap kan? Satay 12 cucuk dah makan? he he he... Seronoknya tetiba jumpa kawan lama di negeri orang. Tentu kita kata, "What a small world!"
Di Shanghai jejantas yang menuju ke Masjid Xiotaoyuan tu ada lift, jadi memudahkan OKU dan orang tua macam saya naik jejantas yang tinggi tu.
Wsalam Nekcik,
DeleteKalau berjalan di negara bukan Islam, memang kena cari Masjid. Lebih2 lagi kalau kita jangka tidak dapat balik ke hotel sebelum malam. Jadi bolehlah tunaikan kewajipan sekali...
Assalam NA,
DeleteMemang lokasi masjid tu agak strategik. Kalau nak ke sana pun agak dekat dari stesyen kereta api, boleh je ambil teksi atau subway dan turun di stesyen Ding'an. Tapi kenalah menapak beberapa ratus meter.
Pertama sekali dapat makan lamien di Hangzhou dan berikutnya di kawasan Yuyuan Garden. Satay 12 cucuk pun dah merasa di masjid Xiataoyuan dan di Suzhou.
Saya pun gunakan lift itu...
Wah Mie pun dah makan satay tu? 12 cucuk juga ke he he he?
DeleteDalam gambar di atas ada gula ketuk kacang. Macam bepang kacang, kan? Tapi keras. Saya pernah makan, lepas tu habis patah gigi saya hu hu hu :P
Sikat tu dibuat daripada tanduk apa?
Haah saya dan makan satay tu, tapi kurang 12 cucuk, nanti saya cerita kemudian...
DeleteMemang macam bepang, nampak macam keras dan padat sangat sebab pengetuknya pun gedabak. Tapi saya tak beli pun...
Sikat tu dibuat dari tanduk kerbau...
Aha..byk info dlm entry ni..leh JM jadikan rujukan kalau ke sanan nanti :-)
ReplyDeleteOhh..La Mien rupanya nana mee tu...kerap jugak JM makan waktu ke Guilin dan Guangzhou..sarapan pagi pun mkn mee ni..suka sgt rasa mee dia tu..sedap..sampai blk masia pun nk cari tapi ada ker :-)
Sesama kita berkongsi info. Mudah-mudahan dapat membantu serba sedikit bagi sesiapa yang nak ke sana...
DeleteHaah lamien, saya tahu pun dari blogger NA. Memang sodap dan kena dengan selera serta mengenyangkan. Kat sini mungkin ada kot, cuma tak tahu tempatnya...
Jarimanis & Mie,
DeleteADA! Kawan saya kata ada lamien ni jual di Sungai Besi. Sebijik macam di China. Tukang masakpun dibawa dari China.
Memang sodap mee tu...hairan kalau ada orang yang kata tak sedap :(
Owh ada juga di sini lamien tu. Restoran China muslim agaknya. Kena riki ni...
DeleteSapa kata tak sodap, lidah tu nak kena kikis dulu... hehe
-mee tu sendiri dia buat lepas kita order? Special betul.
ReplyDelete-tu patung apa yg byk2 tu?
Haah Ujie, best kan. Adunan memang dah siap macam adunan roti canai, cuma tinggal uli dengan air sikit dan tarik-tarik, terus siap...
DeleteCantiknya header gambar tasik tu...
ReplyDeleteBestkan jalan2 tengok budaya orang... saya suka pergi ke negara dunia ketiga berbanding negara maju
Tapi kalau SR yang tembak tentu lebih cantik...
ReplyDeleteJalan2 memang best... walaupun negara China ni hampir kepada negara maju, tapi masih banyak cara kehidupan lama yang masih dikekalkan, terutama jika kita pergi ke luar bandar...
salam mie, kawasan pedestrian dekat hefang old road tu memang kawasan market ker? ala-ala uptown gitu...sebab nampak banyak gerai-gerai jual barang and souvenir. tapi sayang, FM takde...ke cari tak jumpa mie, hehe...
ReplyDeleteJalan tu rasanya ala-ala Petaling Street kot, cuma ianya lebih bersih dan teratur. Memang tak jumpa FM sebab saya dah jalan dari hujung ke hujung. Tak taulah kalau di dalam kedai. Di Shanghai pun yang ada cuma di kedai sekitar Yuyuan Garden...
DeleteWah...dah sampai...bestnya...enjoy kan...
ReplyDeleteHaah AndaQue, saya sampai juga ke Hangzhou... sebab tak jauh mana dari Shanghai tu...
DeleteSalam Mie..bestnya...tengok mee tu pon best, terlioq..hehehe
ReplyDeleteW'salam Fadzli, mee tu memang sedap dan sesuai dengan selera orang kita... Kalau terlioq bolehlah cari resepinya dan cuba buat sendiri... mana tau menjadi... hehe
Deletehihi. saya pon baru balik hangzhou. stay hotel sebelah pheonix mosque tu green tree inn. satay dia sedap. masa nak beli satay tnya daging ape drama jugak la sama2 tak paham. last2 tokey kedai buat bunyi haiwan. satay diamurah 2 yuan. ngap makan 15 cucuk.
ReplyDeleteAssalam hujanlebat,
DeleteLa kenapa saya tak jumpa gerai satay tu... ruginya. Saya sudah merasanya semasa di Shanghai dan kemudian di Suzhou. Memang sangat sedap. Kalau ikut hati boleh habis 20 cucuk tu.
Saya tidak menginap di Hangzhou, cuma balik hari je. TQ singgah sini.
owh. igt awak terjah jugak satay hangzhou. kalo awak turun dari metro Ding'an Lu memang akan nampak kedai muslim tu. dekat je restoren muslim tu b4 awak cross jambatan yg ade escalator jalan ke kiri. Hangzhou cantek and kemas kann. suka! shanghai serabut ramai orang.
ReplyDeleteSaya ada ternampak restoran muslim tu cuma tak singgah sebab baru je lepas lunch. Tapi kalau saya tahu ada jual satay tentu saya singgah. Restoran tu seperti foto di atas kan...
DeleteSebenarnya dari West Lake saya menapak je untuk sampai ke situ dan lalu di depan stesyen subway Ding'an Lu...
Setuju, memang Hangzhou lebih cantik dan kemas dari Shanghai...
Thanks...nak makan satay 12 cucuk tu..
ReplyDeleteMemang kena makan sate kambing tu... sangatlah sedap ok...
Delete